Khamis, 5 Jun 2014

VIDEO: PELAKON SOFI JIKAN MOHON MAAF KEPADA 'JUNIOR-JUNIOR' DI SEKOLAH

Sofi Jikan menjadi tetamu ketika Buletin Awani 745
KUALA LUMPUR: Pelakon Sofi Jikan memohon maaf kepada junior-junior beliau di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan kerana suata ketika dulu beliau pernah menjadi pembuli.

Berkongsi pengalaman peribadi beliau di Buletin Awani 745 malam tadi, pelakon KL Gangster itu akui lakonan watak jahatnya hidup kerana mempunyai pengalaman yang banyak ketika zaman sekolah.

LIHAT VIDEO :

“Saya paling kesal kerana tidak kenal junior-junior Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan. Saya nak minta maaf sekarang ini. Namun cara kita mengganas terkawal, tidak di luar batasan dan tidak masuk hospital.
Wataknya dalam KL Gengster yang begitu di ingati sekali..."Wa kasi sengat! baru tau"
“Kepada pembuli dan yang dibuli, pengalaman-pengalam itu bukan sejarah yang membunuh tapi menghidupkan kita” kata Sofi.

Video Himpunan 4 Lakonan Mantap Sofi Jikan

Beliau juga bersyukur untuk memasuki industry perfileman yang membuat beliau menjadi lebih baik danbeliau juga mempunyai niat untuk memperbaiki diri.

-astroawani-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan