Sabtu, 21 Jun 2014

VIDEO : DIKURUNG SAMPAI KERING

MENYEDIHKAN... Operasi Imigresen memburu pendatang tanpa izin di Nilai menemui seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 15 tahun dikurung seorang diri dalam keadaan kurus kering dengan pakaian reput di Taman Semarak, awal pagi tadi. - Foto Mohd Khidir Zakaria
Nilai: Sedih dan memilukan apabila seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak di sini, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.


LIHAT VIDEO 

Operasi bermula jam 2 pagi diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman bersama 115 anggotanya, 30 Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), empat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu rumah berkenaan.

Menurut Faizal, hasil maklumat awam beliau memecah masuk rumah itu dan pada mulanya menyangka menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila kanak-kanak terbabit masih bergerak. 

Menurutnya, remaja itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

Ibu remaja malang terbabit kemudiannya ditahan sebaik pulang bekerja untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


IBU NAFI REMAJA OKU DIKURUNG DAN DIABAIKAN

KUALA LUMPUR: Hasil siasatan awal mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun yang ditemui dikurung dengan keadaan fizikal kurus kering di Flat Semarak, Nilai, awal pagi tadi adalah akibat kekurangan zat makanan dan hanya mampu merangkak. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim, berkata 

ibu remaja lelaki OKU jenis 'celebral palsy' itu berasal dari Sabah dan sudah berpisah dengan suaminya. "Merujuk laporan akhbar berkaitan pengabaian seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang hari ini, saya terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku. 

"Saya telah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan siasatan lanjut dijalankan.Oleh itu Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan telah turun ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di mana tempat remaja tersebut diserahkan," katanya dalam satu kenyataan petang ini. 

Rohani berkata, siasatan juga mendapati ibu bapa remaja tersebut telah bercerai dan ibu yang menjaganya telah putus hubungan dengan bekas suami. Ibu tersebut menafikan yang anaknya dikurung dan diabaikan. 

"Siasatan terperinci sedang dijalankan dan sekiranya didapati pengabaian terhadap anak serta OKU ini berlaku, "JKM akan menempatkan remaja itu di pusat perlindungan kendalian JKM. JKM juga turut memberikan perhatian serius terhadap kebajikan remaja itu," katanya. 

Oleh : Namialus_2020
Sumber : mymetro/Bh
Video : Youtube

Tiada ulasan:

Catat Ulasan