Bunyi tersebut dikatakan telah merentasi Lautan Hindi dan telah dikenalpasti sekitar pantai barat Australia |
KEHILANGAN MH370 MENJADI MISTERI HINGGA SEKARANG |
Ia percayai telah merentasi Lautan Hindi dan telah dikesan oleh dua alat penerima (receiver) sekitar pesisiran pantai dan selatan Perth, Australia, lapor laman berita United Kingdom, Telegraph.
Namun lokasi asal isyarat itu adalah hampir lima ribu kilometer dari barat laut Australia, yang mana lokasinya tidak sama dengan lokasi carian MH370 di Australia yang dibuat berdasarkan data satelit Firma British, Inmarsat sebelum ini.
Walau bagaimanapun, kekuatan bunyi tersebut adalah di luar lingkungan pendengaran manusia.
Telegraph turut memetik laporan New York Times yang menemubual Ahli Sains Marin dari Universiti Curtin, Alec Duncan mengenai bunyi tersebut.
Duncan berkata beliau menganggarkan hanya terdapat 25 hingga 30 peratus peluang untuk bunyi tersebut datang dari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac yang lalu.
“Hanya 25 hingga 30 peratus kebarangkalian bunyi tersebut datang dari pesawat MH370, walaupun rendah namun berbaloi untuk dikaji” kata Duncan kepada New York Times.
Kata Duncan lagi, bunyi tersebut telah dikesan oleh alat penerima yang biasanya beroperasi untuk memantau aktiviti ikan paus.
Sementara itu, dalam laporan yang sama dari Telegraph menyatakan bahawa seorang wanita British, Katherine Tee, 41 memberitahu Thailand Gazette bahawa dia dan suaminya ada terlihat sebuah pesawat terbakar ketika belayar dari Lautan Hindi ke Thailand.
Tee mendakwa kejadian berkenaan disaksikan olehnya pada 8 Mac namun hanya membuat laporan mengenainya pada keesokan harinya.
“Saya fikir mungkin saya hilang akal seketika, objek tersebut menarik perhatian saya. Ia kelihatan berwarna jingga terang dan bersaiz lebih panjang dari kapal terbang biasa” beritahu Tee kepada Thailand Gazette.
Menurut Tee lagi, pada masa yang sama dia terlihat pesawat lain berdekatan dan menyangka mereka pasti telah membuat laporan berkenaan pesawat yang terbakar itu.
“Ada dua pesawat di bawah kapal terbang yang terbakar itu, dan mereka bergerak ke arah lain ketika itu. Mereka mempunyai lampu navigasi normal. Saya masih ingat ketika itu saya terfikir bahawa dua pesawat tersebut pasti sudah melaporkan mengenai kapal yang terbakar itu” cerita Tee lagi.
Kawasan laut dalam di Lautan Hindi yang menjadi tumpuan operasi pencarian pesawat MH370 selepas empat isyarat ping yang dipercayai datang dari kotak hitam pesawat diiystiharkan sebagai bukan kawasan pesawat MH370 hilang.-astroawani.com-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan