Jumaat, 6 Jun 2014

VIDEO: AIR YANG TENANG JANGAN DI SANGKA TIADA KEPALA!

KOTA TINGGI - Orang ramai tidak perlu bimbang untuk bermandi-manda di kawasan riadah seperti jeram atau air terjun namun perlu menghindarinya semasa musim hujan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Suprintendan Mohd Nor Rasid
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Md Nor Rasid berkata, langkah berjaga-jaga itu adalah perlu berikutan keadaan cuaca yang kini kerap hujan.





Peringatan ini adalah berikutan tersebarnya gambar video dilaman social berikutan kejadian kepala air yang tiba-tiba melimpah di kawasan riadah Air Terjun Kota Tinggi di sini, baru-baru ini.

VIDEO: KEJADIAN KEPALA AIR DI AIR TERJUN KOTA TINGGI

“Saya difahamkan ada kejadian kepala air tetapi tiada laporan apa-apa bencana atau kejadian yang tidak diingini.” Katanya yang dihubungi di sini.

Sementara itu, seorang petugas yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian kira kira pukul 5.45 petang (Rabu lalu), kawasan yang mulanya tenang dan nampak selamat itu tiba-tiba berubah air deras turun dari kawasan atas air terjun tersebut.

Katanya, kejadian yang berlarutan kira-kira 15 minit itu berpunca daripada kepala air yang tiba-tiba turun akibat hujan sebelum itu.

“Walaupun lipahan air yang banyak dan deras itu memenuhi sekitar kawasan pejalan kaki dan tempat letak kereta namun tiada berlaku kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Tinjauan di lokasi hari ini mendapati suasana di sekitar kawasan riadah tersebut tenang selain kehadiran para pengunjung dan aktiviti  pelancongan di situ berjalan seperti biasa.
Ramdan Mohamad
Seorang Pengunjung tempatan, Ramdan Mohamad, 37, dari Kampung Bukit Lintang di sini, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan tentang kejadian tersebut.

“Inilah pertama kali saya dikabarkan dengan kejadian seumpama ini. Walaupun ada kesan-kesan akibat bencana itu tetapi saya lihat aktiviti di sini berjalan seperti biasa.

“Sebagai anak tempatan saya amat mengalu-alukan kehadiran pengunjung ke sisni, namun keselamatan jua diri perlu diutamakan ,” katanya.-johortimes.my-

KENALI TANDA KEHADIRAN KEPALA AIR:

1- Keadaan langit gelap dibahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat, bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.

2- Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba(kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).

3- Siren amaran akan berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu dan Kota Tinggi) jika berlakunya keadaan ini.

KENALI PUNCA KEPALA AIR:

1- Fenomena kepala air berpunca daripada hujan di hulu sungai, ini mengakibatkan akar pokok tidak dapat menahan air untuk diserap ke dalam tanah lalu melimpah dan masuk ke sungai dengan banyak.

2- Berlaku tanah runtuh disebabkan oleh pembalakan ataupun secara semulajadi.

3- pokok ini akan menyebabkan terhasilnya empagan-empagan kecil yang menakung air. 4- Kesannya, jika ia tidak dapat menahan tekanan untuk menakung air, ia akan pecah dan berlakulah limpahan air yang besar.

5- Hujan di kawasan tinggi (gunung) juga merupakan punca berlakunya fenomena 'Kepala Air'.

VIDEO: KEINDAHAN AIR TERJUN KOTA TINGGI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan