FENOMENA EL NINO YANG MELANDA DUNIA SEKARANG |
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd. Emir Mavani Abdullah berkata, cuaca kering yang melanda negara awal tahun ini turut memberi kesan kepada pengeluaran MSM apabila mencatatkan penurunan antara enam hingga tujuh peratus bagi tiga bulan pertama bermula Januari.
Katanya, buat masa ini harga bagi setan metrik MSM mencecah RM2,400 melibatkan kawasan penanaman sawit FGV seluas 360,000 hektar.
"Kami masih menetapkan sasaran pengeluaran sebanyak 3.3 juta tan metrik setahun walaupun cuaca kering dan fenomena El Nino dijangka memberi kesan kepada pengeluaran MSM," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Buku Laporan Kemapanan FGV yang dirasmikan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Unggah Embas.
Fenomena El Nino dijangka memberi kelebihan kepada peneroka |
Fenomena El Nino yang mengakibatkan peningkatan suhu dan kekurangan taburan hujan berkemungkinan besar melanda dunia pada pertengahan tahun ini yang dijangka bermula antara penghujung bulan ini sehingga Ogos depan.
Impak El Nino kepada negara secara umumnya boleh menyebabkan jumlah hujan berkurangan terutama di Sabah dan Sarawak selain mengakibatkan cuaca menjadi lebih panas dan kering.
Dalam perkembangan lain, Mohd. Emir Mavani berkata, sehingga kini sebanyak 24 kilang sawit dan 133 ladang FGV meliputi pengeluaran 800,000 tan metrik MSM telah meraih pengiktirafan Sijil Meja Bulat Sawit Mapan (RSPO).
Menerusi RSPO, katanya, pengeluaran MSM dapat mengurangkan pembebasan gas hijau yang mana sehingga kini loji biogas FGV mencatat pengurangan sehingga 136,738 tan metrik karbon dioksida sekali gus meningkatkan pemuliharaan biodiversiti.
"Ini sejajar dengan sasaran kami untuk memastikan kesemua 72 kilang sawit FGV memperoleh RSPO menjelang 2017 dan pada masa sama mematuhi Standard Minyak Sawit Malaysia (MSPO) yang akan dilaksanakan kerajaan tahun ini," katanya.
Jelas beliau, pensijilan RSPO yang juga piawaian global mengiktiraf perkembangan pengeluaran minyak sawit secara mapan, mampu membantu FGV meningkatkan pendapatan daripada jualan minyak sawit kerana lebih mudah dipasarkan serta mempunyai nilai lebih tinggi di pasaran.
Beliau berkata, di samping itu, FGV juga memperoleh standard Persijilan Karbon dan Kemampanan Antarabangsa (ISCC) bagi pengeluaran 4,200 tan metrik minyak sawit methyl ester yang berjaya menembusi pasaran ke negara-negara Kesatuan Eropah.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, FGV sedang dalam perancangan untuk melaksanakan penggabungan dan pengambilalihan (M&A) melibatkan dua syarikat bertaraf antarabangsa menjelang hujung tahun ini. -UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan