Rabu, 25 Jun 2014

BENARKAH 15 MILITAN MALAYSIA DIDAKWA TERBUNUH DI SYRIA, KATA WISMA PUTRA ?

ANTARA RAKYAT MALAYSIA YANG SEDANG BERJIHAD DI SYRIA
Wisma Putra mendedahkan terdapat dakwaan mengatakan 15 rakyat Malaysia terbunuh di Syria pada pertengahan bulan ini selepas terlibat dengan aktiviti jihad kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil), kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Kementerian Luar mengesahkan dakwaan dibuat oleh Wakil Tetap Syria di New York pada satu sidang media pada 18 Jun.

Wakil Syria itu mendakwa, selain rakyat Malaysia, rakyat negara lain termasuk beberapa negara Asean, juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.

"Kementerian sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan mengenai perkara ini dan meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan itu," menurut kenyataan itu.

“Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan.”

Kementerian Luar berkata, Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.

Isil atau dikenali juga sebagai kumpulan negara Islam Iraq dan Syria (Isis) terlibat dengan aktiviti keganasan di kedua-dua negara tersebut.

Isil merupakan kumpulan pecahan Al-Qaeda yang mahu menubuhkan negara Islam dan diperintah oleh Khalifah di Iraq dan Syria dan diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas.

Sebelum ini media melaporkan terdapat rakyat Malaysia yang dikatakan terlibat dengan kumpulan Isil atau Isis.

Malaysian MUJAHIDEEN and friends in SYRIA

Utusan Malaysia melaporkan bulan lalu seorang rakyat Malaysia Ahmad Tarmimi Maliki, 26, menjadi pengebom berani mati untuk Isis di Iraq.

Pekerja kilang biasa di Selangor itu tanpa diketahui oleh keluarga terdekatnya di Pahang, diberi nama Abu Ahmad Al-Malizzi menjadi pengebom berani mati dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (Swat) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu yang mengorbankan 25 polis Iraq.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran pada pertengahan bulan ini rakyat Malaysia yang berjuang dalam peperangan di Syria akan ditangkap sebaik sahaja mereka pulang ke tanah air.

Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau pergerakan rakyat Malaysia yang berada di Syria dan bertegas tindakan akan diambil jika terlibat dalam kegiatan militan di negara Timur Tengah itu.  25 Jun, 2014.

Islam Agama Ku - Ustaz Lotfi Ariffin Di Syria

Oleh : Namialus_2020
Sumber : themalaysianinsider.com
Video : Youtube

Tiada ulasan:

Catat Ulasan