Isnin, 23 Jun 2014

VIDEO: GEMPAR LELAKI TERPERANGKAP DALAM BATU BERBENTUK FARAJ

INILAH LELAKI YANG TERPERANGKAP ITU
SEORANG pelajar dilaporkan telah terperangkap di dalam replika batu faraj gergasi di Tubingen, Jerman.

Pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat itu tersepit pada batu faraj gergasi itu ketika cuba memasuki ke dalamnya untuk merakam gambar keadaan didalamnya. (Pantang nampak benda tu...nak masuk aje!) 


LIHAT VIDEO

Berikutan itu, lima kenderaan yang dilangkapi 22 anggota bomba dikerah untuk membebaskan pelajar berkenaan.

Ketika mangsa tersepit, terdapat orang ramai yang merakam gambar dan menyebarnya di laman sosial sebagai kejadian yang memalukan.

Selain itu, pihak bomba juga menganggap tindakan lelaki terbabit sebagai memalukan apabila dia cuba memasuki faraj gergasi.

Faraj gergasi itu merupakan hasil seni seorang artis dari Peru, Fernando de La Jara dan telah berada Universiti Tubingen sejak 13 tahun lalu.

Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud berkasih-sayang. Hmm Ada-ada saja...
 Universiti Tubingen, Jerman



Oleh : Namialus_2020
Sumber : metro.co.uk / mynewshub.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan