Isnin, 30 Jun 2014

TANDA SAKIT DI BADAN SUATU KEAJAIBAN YANG WAJIB ANDA KETAHUI

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan.

Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT : Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan.

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Oleh : Namialus_2020
Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Ahad, 29 Jun 2014

VIDEO: SILAP SASARAN, PESAWAT AS BOM PASUKANNYA SENDIRI

SILAP SASARAN TENTERA SENDIRI KENA BOM
Sepasukan tentera Amerika Syarikat (AS) yang sedang bertempur melawan Taliban di Provinsi Paktika, Afganistan, telah meminta bantuan serangan udara daripada rakannya. Namun pesawat pengebom yang dikirim tentera AS bukannya menjatuhkan bom dilokasi pasukan Taliban, malah di tempat tentera AS itu berada.


Video detik-detik peristiwa ini yang telah dimuatnaik ke Youtube dan telah tersebar dengan cepat dan meluas sekali. Video ini telah dilihat sebanyak lebih 1 juta orang, serta ribuan komen yang kebanyakkannya mempersendakan pasukan tentera AS.

Peristiwa tersebut terjadi pada tahun 2013, namun videonya baru saja tersebar. 

Dalam video bertajuk “500 Pound Bomb Dropped on U.S. Soldiers By Mistake” ini, menunjukkan bom jatuh menghentam tanah hanya 15 meter dari lokasi tentera AS berada. Asap putih berkepul keluar dari lubang besar tempat jatuhnya bom dan terdapat juga mangsa yang cedera dan terbunuh.

Lihat Video : 500 Pound Bomb Dropped on U.S. Soldiers By Mistake


Oleh : Namialus_2020
Sumber : bersamadakwah
Video : Youtube/FUNKER530

Jumaat, 27 Jun 2014

VIDEO: SUBHANALLAH, ALLAH LINDUNGI JENAZAH MUJAHID TIDAK LUKA DI TIKAM TIDAK DI MAKAN API BILA DI BAKAR TENTERA MUSUH

Karamah yang diberikan Allah kepada 'Mujahidin Suriah', yang memerangi reJim kafir Bashar Al-Assad bukan hanya ketika mereka masih hidup, namun juga sehingga kepada  jenazah mujahid ini gugur syahid dalam pertempuran melawan tentera Syi'ah.

Allah Subhanahu Wata'ala menjaga jenazah mujahid tersebut dari tindakan penghinaan dan juga penganiayaan yang dilakukan oleh tentera musuh yang cuba merosakkan jasad mujahid ini, bahkan sehingga sanggup membakarnya.

LIHAT VIDEO :

Sebuah video yang dimuatnaik ke YouTube oleh tentera Syi'ah sendiri, menunjukkan percubaan merosakkan jenazah salah seorang mujahid yang gugur Syahid (Insyallah).

Kelihatan seorang tentera musuh berusaha menikam pisau yang dipegangnya ke tubuh jenazah tersebut berkali-kali dengan sekuat tenaga, namun walaupun telah berulang kali mencuba di beberapa bahagian tubuh, pisau tentera kafir Syi'ah tersebut tidak mampu menembusi kulit jenazah mujahid itu. 


Kerana tidak berjaya untuk merosakkan jenazah mujahid tersebut, tentera kafir kemudian menuangkan satu tong minyak petrol ke jenazah mujahidin itu dan cuba untuk membakarnya pula.

Namun begitu, percubaan itu juga tidak berhasil. Bila Allah mahu menunjukkan kuasanya, walaupun api menyala di pakaian mujahid itu, namun api itu tidak mampu menyentuh kulit jenazah mujahidin tersebut.

Setelah berkali-kali mencuba dan tidak berhasil, tentera kafir Syi'ah kemudian meminta kawannya untuk menghentikan merakamkan aksi tersebut. Walahualam.

INILAH IKRAR @ Qasam (sumpah) 'Mujahidin SURIAH'

LIHAT VIDEO :


Oleh: Namialus_2020
Sumber: voa-islam
Video: Youtube/Inzane Camel/fazzamin

Khamis, 26 Jun 2014

KISAH BENAR PEROMPAK TAWAR DIRI JADI KEKASIH!

BANDAR BAHARU – Pelik tapi benar! Detik berhadapan dengan penyamun sepatutnya menjadi saat mendebarkan boleh bertukar menjadi satu koleksi cerita lucu yang mungkin diingati sampai bila-bila.  

Situasi itulah yang berlaku kepada seorang gadis apabila seorang daripada empat lelaki yang memecah masuk kediamannya di Kampung Permatang Pasir, awal pagi semalam, menawarkan diri untuk menjadi teman lelaki.
Razak terpaksa mengemas kembali barangan di bilik tidur yang berselerak selepas diselongkar perompak.
Gadis dikenali Nurul, 24, penuntut sebuah universiti berkata, lelaki berusia lingkungan 25 tahun itu mengakui meminatinya dalam diam dan berhasrat untuk menjadikannya teman wanita.

Menurutnya, lelaki itu juga memaklumkan sering memerhatikannya terutama di majlis keramaian yang diadakan di kawasan itu.

“Dalam sibuk mereka cari barang, lelaki itu setia berada dekat dengan saya, dia tak ikat saya, cuma ajak saya berbual-bual, hampir satu jam juga kami berbual.

“Dia juga kata nak jadi rakan dalam Facebook dan mahukan nombor telefon supaya senang untuk berbual nanti. Saya tak dapat kenal siapa mereka, sebab pakai
topeng,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Pertubuhan Sukarela Keselamatan dan Kebajikan Islam Kerian (PSKK), Abdul Sukur Ahmad.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, empat lelaki berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun itu dipercayai memecah masuk rumah berkenaan melalui pintu belakang sebelum mengikat tiga ahli keluarga lain iaitu, kakak, abang ipar dan anak saudara Nurul.

Selain wang ringgit, barang kemas, dua komputer riba, telefon bimbit dan sebuah gitar dengan nilai keseluruhan hampir RM10,000 turut dilarikan kumpulan itu.

Nurul berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur dalam biliknya sebelum dikejutkan dua lembaga hitam yang berdiri di atas katil.

Katanya, tergamam dengan kehadiran dua lelaki tidak dikenali itu, dia cuba menjerit meminta tolong, namun mulutnya segera ditutup.

“Saya disuruh baring atas katil, seorang daripada mereka ada cuba buat sesuatu, namun dihalang seorang lagi rakan.

“Saya rasa mungkin itu ketua kumpulan sebab dia siap bagi amaran akan membelasah  mereka sekiranya saya diapa-apakan,” katanya.

Sementara itu, abang ipar mangsa dikenali Razak, 35, tidak menolak kemungkinan, kumpulan lelaki itu merupakan orang tempatan.

“Saya percaya mereka memecah masuk rumah kami melalui salah satu pintu belakang rumah dan melarikan diri dengan meredah semak-samun di belakang rumah, ini kejadian pertama berlaku di rumah ini.

-sinarharian-

APA-APA HAL SELFIE DULU!

GAMBAR pasangan berkenaan sejurus selepas kereta yang dipandu terbabas.
Bel Air: Nampaknya tiada apa yang mampu menghancurkan kebahagiaan sepasang suami isteri yang berkahwin sejak 60 tahun lalu walaupun selepas mereka ditimpa kemalangan jalan raya.

Pasangan warga emas itu terselamat walaupun kereta mereka terbalik. Tanpa menunjukkan rasa terkejut, mereka segera mencapai telefon bimbit dan bergaya untuk mengambil selfie sejurus selepas kejadian berlaku.

Kemalangan berlaku semalam Pesiaran Linda Flora kawasan kejiranan elit yang terkenal melalui siri komedi Fresh Prince of Bel Air pada 1990-an. Si suami dilaporkan memandu Honda sedan biru itu apabila ia terbabas dan jatuh di kiri jalan berhampiran pokok.

LIHAT VIDEO

Kedua-dua pasangan ini bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, namun si isteri terperangkap di dalam kereta manakala suaminya berjaya memanjat keluar.

Ketika menunggu bantuan, si suami yang berpakaian seluar sukan kelabu menaikkan seluar ke paras dada dan mengambil gambar dengan kereta yang terbalik sementara isterinya selamba di dalam.

Beberapa penduduk setempat yang melintas kawasan kemalangan termasuk jiran mereka berhenti untuk membantu.

Saksi Ryan Steinberg turut bergambar dengan berlatarbelakangkan kereta itu.

Kedua-dua pasangan ini dikatakan mempunyai semangat yang baik kerana mampu bergembira walaupun ketika menghadapi kesukaran. - Agensi

VIDEO: MAUT SELEPAS 'SELFIE'

SEORANG wanita maut selepas berkongsi gambar 'selfie' semasa dalam perjalanan ke sebuah majlis di Amerika Syarikat.

Collette Moreno, 26, yang duduk di tempat duduk penumpang maut dalam insiden itu apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan kenderaan lain ketika pemandu cuba memotong sebuah lori.

LIHAT VIDEO SEWAKTU KEMALANGAN BERLAKU 

Kereta yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan, lapor sebuah portal.  

Pemandu kereta tersebut, Ashley Theobald merupakan sahabat baik kepada mangsa. Ketika insiden itu, mereka dalam perjalanan ke Tasik Ozarks di Missouri dan memakai tali pinggang keledar.

Theobald, 26, berkata, dia cuba untuk memintas lori yang mengeluarkan banyak asap semasa kejadian. Moreno merupakan penghidap asma dan asap menyebabkan dia batuk.

"Saya cuba untuk memintas dan sebuah lagi lori datang dari arah depan," ujar Theobald.

Lapan minit sebelum kejadian, Moreno mengambil gambar 'selfie' bersama Theobald, yang menunjukkan mereka sedang menikmati perjalanan tersebut.

Peronda Lebuhraya Missouri berkata, Theobald boleh didakwa atas pemanduan cuai.

BUNIAN SEDANG SOLAT BERJEMAAH 'TERTANGKAP' GAMBAR OLEH STAFF TELEKOM MALAYSIA

Sekeping gambar yang sedang tersebar di media-media sosial di dakwa memperlihatkan sekumpulan jemaah sedang menunaikan solat menjadi telah menjadi pertikaian.

Foto tersebut pada asalnya dimuatnaik bertujuan untuk memaklumkan berkenaan penampakan entiti a.k.a orang bunian yang sedang bersolat jemaah seperti mana yang dibulatkan.

Namun begitu, timbul pertikaian apabila beberapa pendapat menyatakan mengenai keistimewaan tempat tersebut hingga menimbulkan kekeliruan pengguna media sosial yang lain. 

Foto yang dipercayai diambil oleh kakitangan TM sebaik sahaja selepas membuat pemeriksaan ke atas pencawang TM waktu petang di puncak Gunung Jerai Kedah pada hari Ahad baru-baru ini (22.06.2014) kini tersebar meluas di Facebook.-Bicara Perjuangan-

SERAM JUMPA BUNIAN SEMASA PIKAT AYAM HUTAN

Rabu, 25 Jun 2014

GEMPAK! JOHOR CUTI ESOK (KHAMIS ) SEMPENA JUARAI LIGA SUPER

Pasukan JDT meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan Sarawak dengan 1-0 pada perlawanan Liga Super 2014 di Stadium Negeri di Kuching, malam ini. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum esok bersempena kejayaan pasukan Johor Darul Takzim menjuarai Liga Super, malam ini.

Pengumuman itu dibuat, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim di Dataran Bandaraya sebaik tamat perlawanan JDT menentang Sarawak berkesudahan 1-0 yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak.

"Pengumuman cuti ini dibuat setelah mendapat perkenan Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

"Ia satu kejayaan selepas 24 tahun Johor tidak memenangi sebarang piala.

"Ia tanda penghargaan kerajaan negeri buat rakyat Johor," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

-sinarharian.com-

VIDEO: JIHAD RAKYAT MALAYSIA DISYRIA TERSEBAR

KUALA LUMPUR - Video dipercayai dirakamkan rakyat Malaysia yang terlibat dalam peperangan saudara di Syria, selama seminit dan 33 saat mula tersebar di laman YouTube.

Video yang bertajuk "Siria - Mercenarios Asiáticos Combaten en las Filas Terroristas - 7" telah dimuat turun ke laman YouTube pada 7 Jun dan dirakamkan oleh seorang individu yang bercakap bahasa Melayu loghat utara.

LIHAT VIDEO
   
Video itu merakamkan sebuah kereta kebal bergerak ke medan pertempuran dan sekumpulan lelaki, yang berpakaian celoreng tentera dan bersenjata, berada di dalam sebuah trak pengangkut.
    
"Ya kereta kebal sedang bergerak menuju ke destinasinya menuju ke medan pertempuran, Allahuakbar, Allahuakbar..Kesemuanya cinta syahid," kata jurukamera video itu.
    
Seorang lagi lelaki bercermin mata, yang dirakamkan dalam video itu, turut berkata: "Mujahid-mujahid hensem".
    
Rakaman video itu dikesan ketika Malaysia meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di negara Timur Tengah itu.
    
Dalam kenyataan semalam, Kementerian Luar berkata Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.
    
Kenyataan itu merujuk kepada dakwaan bahawa 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda, telah terbunuh di Syria.
    
Dakwaan itu dilapor dibuat oleh seorang pegawai Syria yang berpusat di New York pada sidang media 18 Jun yang turut mendakwa selain rakyat Malaysia, rakyat dari negara lain termasuk beberapa negara Asean juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria. - Bernama

KES ASIANA AIRLINES: MUNGKINKAH JURUTERBANG CUAI?

KUMPULAN penyiasat Amerika Syarikat yang menjalankan siasatan ke atas kemalangan penerbangan pesawat Asiana Airlines 214 yang terhempas di San Francisco hampir setahun lalu mendakwa juruterbang yang mengemudi pesawat terbabit tidak diberikan latihan lengkap dan sempurna.


Laporan CNN memetik Pengerusi Lembaga Keselamatan dan Pengangkutan Negara AS, Christopher Hart berkata, faktor anak kapal yang kurang diberi latihan dan tidak dibiasakan dengan sistem pengemudian pesawat Boeing 777 telah membawa kepada insiden kemalangan ke atas pesawat yang membawa hampir 300 penumpang dan anak kapal.

Dalam pada itu, laporan akhir yang dikeluarkan oleh pasukan penyiasat mendakwa salah seorang juruterbang pesawat terbabit secara tidak sengaja mematikan salah satu sistem automatik yang mengawal kelajuan pesawat di udara.

Hasil siasatan juga mendapati juruterbang pesawat tersebut turut menangguhkan keputusan untuk mendarat dengan alasan untuk mengelakkan kemalangan walaupun pesawat tersebut didapati terbang rendah.

LIHAT VIDEO

Laporan itu bagaimanapun menolak andaian sistem pengemudian pesawat Boeing 777 sebagai salah satu punca berlakunya kemalangan terbabit.

Malah, pakar penerbangan yang turut menyiasat insiden terbabit juga bersetuju bahawa sistem nagivasi dan automasi pesawat Boeing 777 adalah salah satu sistem pesawat yang paling selamat dan paling canggih dalam sejarah penerbangan.

Pada 6 Julai tahun lalu, sebuah pesawat Boeing 777 Asiana Airlines 214 dilaporkan telah terhempas di San Francisco sehingga mengorbankan tiga penumpang manakala 187 yang lain cedera.

“Sistem automasi pesawat Boeing 777 lebih kompleks, ianya menjadi satu cabaran buat juruterbang untuk memahami sistem tersebut.

LIHAT VIDEO BAGAIMANA KEMALANGAN INI BERLAKU

“Dalam hal in, juruterbang lebih bergantung kepada sistem automatik yang tidak difahami sepenuhnya oleh juruterbang itu sendiri, akibatnya, mereka terbang terlalu rendah dan terlalu perlahan sehingga berlanggar dengan tembok batu di penghujung landasan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Punca kemalangan masih disiasat sehingga kini.