Dalam sebuah video yang disiarkan, al Qassam memaparkan sebuah senjata sniper kaliber 4.5 mm dengan jarak tembakkan 2 kilometer. Senjata ini diberi nama Ghul, sebagai bentuk aspirasi dan pengingatan untuk nama salah seorang komandan al Qassam yang telah gugur, Abnan al Ghul.
Video ini menunjukkan aksi menembak jarak jauh yang dilakukan oleh sniper al Qassam terhadap tentera Israel dengan senapang Ghul.
Di awal peperangan berlaku, Brigade al Qassam menyebarkan video yang menunjukkan salah seorang anggotanya sedang membina roket ukuran besar dan disekitarnya terdapat sejumlah roket dengan pelbagai jenis ukuran. Setelah itu Brigade al Qassam mengumumkan berjaya membina roket M75, R160, J80 dan Sijil 55.
Sebelumnya itu, al Qassam juga membina tiga jenis pesawat tanpa pemandu (drone) untuk tujuan pengintipan, tembakan roket dan serangan bom.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan