KUALA LUMPUR - Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini bertindak luar batasan apabila merogol ibunya di sebuah rumah dekat Taman OUG di sini.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dalam kejadian pukul 2 pagi itu, ibu pelajar tersebut yang bekerja sebagai pelayan sebuah pusat hiburan berusia 44 tahun baru pulang dari kerja dan dikatakan dalam keadaan mabuk.
“Wanita itu dalam keadaan tidak sedar telah memasuki bilik yang salah iaitu bilik anak lelakinya.
"Lebih kurang dua atau tiga jam kemudian wanita itu sedar dan lihat anak lelakinya dalam keadaan bogel berada di atas tubuhnya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini.
Menurut beliau, wanita tersebut kemudian bertindak memukul anak lelakinya sebelum keluar dan membuat laporan polis.
“Ibu pelajar tersebut memaklumkan kejadian kepada jiran dan jiran tersebut menasihatkan wanita itu membuat laporan polis,” katanya.
Difahamkan, pelajar tersebut sedang melihat bahan lucah dalam telefon bimbit sebelum secara kebetulan didatangi ibunya yang sedang dalam keadaan mabuk.
Sehubungan laporan tersebut, polis menahan pelajar tersebut dan membuka siasatan di bawah seksyen 376 (3) kanun keseksaan iaitu melakukan sumbang mahram.
Wanita itu pula dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk pemeriksaan lanjut.
Polis kini juga sedang menyiasat status perkahwinan wanita itu sama ada mempunyai suami, janda atau sebagainya.
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan