Selasa, 26 Ogos 2014

SINGAPURA BELI LAGI 16 PESAWAT PENGGEMPUR SECARA SULIT

Singapura: Republik ini dilapor membeli secara senyap 16 lagi pesawat F-15SG (versi pesawat F-15E khusus untuk Singapura) untuk menjadikan jumlah kapal terbang penggempur miliknya itu kepada 40.

 The F-15SG multi-role fighter. 
Pembelian itu didedahkan dalam satu artikel yang disiarkan majalan Jane’s Defence baru-baru ini. 

Sebuah akhbar Internet Singapura melaporkan, Singapura pada mulanya membeli 24 pesawat berkenaan dan jika artikel itu sahih, ini bermakna tambahan 16 pesawat itu dibuat tanpa pengetahuan umum atau perbahasan Parlimen. 
GAMBAR fail pesawat F-15SG.
Menurut artikel itu, Kementerian Pertahanan tidak mengesah atau menafikan laporan berkenaan, bermakna ia sahih.

Artikel itu menyatakan, pembelian itu dibuat secara sulit kerana ‘ia keputusan strategik untuk membuat negara jiran berteka-teki.’ - Agensi / Source


RSAF - F-15SG Strike Eagle Multi-Role Fighter Declared Fully Operational [720p]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan