Khamis, 14 Ogos 2014

TRAGEDI GAZA: HERO DISEBALIK TABIR TERKORBAN

Rahed Taysir al-Hom, 43
GAZA - PALESTIN. Rahed Taysir al-Hom, 43, satu-satunya ketua unit pemusnah bom di utara Gaza, terkorban apabila bom yang sedang dimatikan, tiba-tiba meletup.

Tragedi berkenaan juga mengorbankan dua wartawan dan tiga anggota pemusnah bom yang lain.

Beberapa hari sebelum kejadian, Rahed ditemuramah oleh The Guardian.

"Isteri saya fikir saya akan balik rumah di dalam keranda," katanya kepada pemberita.

"Kami bekerja sepanjang masa. Orang ramai terancam bila ada bom di dalam rumah mereka.

"Ia sangat merbahaya, tapi kami perlu melakukannya," katanya.

Tambahnya lagi, belum ada yang tercedera atau terkorban di dalam pasukannya.

"...Syukur kepada ALLAH SWT," tambahnya.

Sepanjang konflik Gaza, Rahed menerima 70 panggilan sehari dan bertanggungjawab menguruskan lebih kurang 400 bom yang tidak meletup setelah dijatuhkan oleh tentera Zionis.

Rahed Taysir al-Hom, berusia 43 tahun mempunyai pengalaman lebih 20 tahun mematikan bom, peluru berpandu dan apa saja objek yang tidak meletup yang digugurkan oleh tentera Israel di Gaza.

Sewaktu Gaza diserang pada tahun ini (2014) saja, Rahed Taysir al-Hom perlu berdepan dengan 400 bom setiap hari dan menerima lebih 70 panggilan setiap hari sepanjang serangan oleh tentera Israel.
Tidak syak lagi beliau adalah super hero sebenar yang boleh dijadikan idola. Beliau adalah antara penyelamat nyawa rakyat Gaza.

Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Jabaliya dan dianggap hero disebalik tabir konflik Gaza.

Adiknya, Abdel Jawad al-Hom yang menyertai briged al-Qassam, maut dalam serangan udara Zionis, dua minggu lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan