HALEEMA buntu akan penyakit yang menyerang anaknya. |
Bagaimanapun, sehingga anaknya berusia lapan tahun, tapak tangan tersebut terus membesar sehingga sekarang.
TANGAN gergasi yang dimiliki Kaleem membuatkan dia sering dibuli oleh rakan-rakannya. |
Bukan itu sahaja, tapak tangan tersebut juga mempunyai berat lebih dua ketul bata.
Perkara tersebut menyebabkan Kaleem tidak dapat melakukan kerja yang mudah seperti mengikat tali kasut.
Menurut Kaleem, akibat daripada tangan pelik tersebut, dia sering dibuli oleh rakan di sekolah selain disisihkan kerana bimbang penyakit tersebut berjangkit.
"Kawan-kawan mencemuh dan membuli serta memukul saya.
"Sejak kejadian itu saya tidak lagi ke sekolah. Lebih-lebih lagi apabila guru saya turut mengatakan murid-murid lain sangat takut dengan saya," kata budak lelaki yang gemar bermain kriket ini.
Jelas Kaleem, ada rakan yang memukulnya sekuat hati dan hanya akan berhenti apabila mereka melihat Kaleem menjadi lemah.
Tersisih
Bapanya juga pernah merayu supaya Kaleem terus dibenarkan bersekolah, namun, guru besar sekolah terbabit mengenakan syarat iaitu pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika Kaleem dibuli atau dipukul.
"Kelainan fizikal ini membuatkan saya sukar bergaul dengan rakan-rakan. Malah, saya menghadapi kesukaran untuk memakai pakaian, membutang baju dan menanggalkan seluar.
"Semasa saya baru lahir, doktor sendiri tidak dapat mengenal pasti penyakit saya," jelasnya.
TANGAN Young Kaleem mirip seperti HULK dalam filem |
"Kali pertama melihat tangan Kaleem saya memang terperanjat kerana saiznya yang besar dengan jari-jemari yang panjang.
"Doktor kata tangan Kaleem mungkin boleh dirawat melalui pembedahan namun, peluang untuk sembuh tidak diketahui," jelasnya.
Bagaimanapun, mereka tidak mampu membiayai kos pembedahan dengan pendapatan kira-kira RM8 sebulan.
Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, namun, mereka masih gagal mengumpulkan wang yang diperlukan.
"Tangan gergasi tersebut menyebabkan Kaleem sukar untuk makan dan tidak dapat membengkokkan tangannya.
"Dia juga terpaksa menggunakan dua batang jarinya untuk minum. Disebabkan kesukaran itu, kami selalu menyuapkan dia makanan," tambahnya.
Bapanya, Shamim, 45, yang bekerja sebagai buruh berkata, dia bimbang penyakit anaknya itu tidak dapat disembuhkan.
"Masalah kewangan menyebabkan kami sukar mendapatkan rawatan buat Kaleem, sehingga saya terpaksa menyuruh isteri mengemis demi mengumpul wang," jelasnya.
Bagaimanapun, baru-baru ini, pasangan ini membawa anak mereka ke sebuah hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan.
Menurut doktor yang merawat Kaleem, Dr. Ratan, penyakit yang dideritai kanak-kanak itu jarang berlaku.
"Saya tidak pernah lihat kes seperti ini dalam jurnal perubatan atau di internet dengan tangan mengembang secara luar biasa.
"Walaupun telah melakukan ujian genetik, ia masih gagal menjelaskan punca kecacatan ini berlaku," ujarnya.
Kata Ratan, biarpun Kaleem mempunyai tapak tangan gergasi, namun, kesemua organnya seperti paru-paru dan jantung berfungsi dengan baik.
Namun, tangannya terus membesar dan ini boleh meningkatkan tekanan pada sistem kardiovaskular sekali gus berisiko meragut nyawa.
Keadaan ini sangat mengelirukan dan jarang berlaku |
Bagaimanapun, dia percaya penyakit tersebut berkemungkinan sama dengan limfangioma atau hamartoma yang masih boleh dirawat.
"Keadaan ini sangat mengelirukan dan jarang berlaku. Tanpa pemeriksaan dan ujian perubatan yang betul, sukar untuk saya mencari punca penyakit ini," katanya.
Indian boy has TWO STONE hands that are bigger than his head
Tiada ulasan:
Catat Ulasan