Ahad, 31 Ogos 2014

TRAGEDI GAZA: ISRAEL 'MAIN WAYANG'

Penduduk mendekati pejuang Hamas. Gambr kecil: Netanyahu, Kaled Meshaal.
TEL AVIV - ISRAEL. Israel dilihat cuba memujuk beberapa pemimpin Palestin supaya mengusir Hamas dari wilayah itu.

Berdamai dengan Israel atau berpisah dengan Hamas', itu cadangan diusulkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas jika mahu memastikan Gaza terus aman.

Netanyahu berkata, Operasi Perlindungan Sempadan 'mungkin' boleh memulihkan hubungan diplomatik di rantau ini, tetapi usaha itu perlu mengetepikan hubungan dengan Hamas.

"Jika beliau memilih untuk berdamai, beliau perlu memutuskan hubungan diplomatik dengan Hamas kerana Hamas selama ini merancang untuk menjatuhkannya,” dakwaan beliau dalam satu wawancara di stesen tv tempatan.

Apabila ditanya sama ada dakwaan itu semata-mata satu pujukan, Netanyahu berkata, Israel mahu melihat perdamaian dan bekerjasama dengan Palestin.

Bagaimanapun menurut agensi, pemimpin Hamas Khaled Meshaal berkata, peperangan dengan Israel bukan konflik terakhir, sebaliknya ia adalah satu usaha ke arah mencapai matlamat pergerakan itu.

“Kami tahu Israel kuat dan dibantu masyarakat antarabangsa. Kami tidak akan berkompromi dengan Netanyahu,” katanya di dalam satu sidang akhbar di Doha, semalam.

Sumber

Sabtu, 30 Ogos 2014

VIDEO: PERAGUT KENA BELASAH KAW-KAW PUNYA DI SG BESI

Tengok peragut kena keronyok dengan orang ramai sampai berdarah-darah memang kesian tapi perasaan itu mungkin hilang selepas tahu apa yang dilakukannya.

Sebagai contoh salah seorang daripada tiga peragut yang berjaya ditangkap selepas cuba mencuri rantai emas dipakai seorang wanita di Batu 3 1/2, Jalan Sungai Besi, kelmarin.

Sebelum meragut peragut ini terlebih dahulu berpura-pura bertanya jalan kepada mangsa yang membonceng motosikal abangnya sebelum dua lelaki tiba-tiba muncul dari belakang lalu merentap rantai emas yang dipakai.

Sudahlah menipu dan mencuri, bila rantai emas yang direntap putus dan sangkut di baju mangsa ketiga-tiga peragut boleh pula bertindak kejam menendang motosikal mangsa.

Dek kerana perangai kejam itu maka inilah makannya bila tak sempat melarikan diri dan dapat ditangkap.

Malah ketika keadaan riuh rendah dengan peragut tersebut cuba mencari perlindungan daripada terus dibelasah, seorang lelaki tiba-tiba muncul mendakwa sudah memerhatikan tindakan peragut itu bersama dua lagi rakannya mencari mangsa sejak dari Bukit Jelutong, Shah Alam lagi.

Kami rasa kalau tak ada orang awam yang simpati dan menenangkan keadaan, dah mati peragut ni kena pukul kelmarin kot. Tengok sajalah keadaan dia yang dah tak berdaya sampai jatuh longkang masa cuba untuk lari.

Snatching Hammered Together

Apa pun dah dapat sakit dan maki hamun begini harap-harap peragut terlibat insaflah hendaknya untuk menggunakan tulang empat kerat sendiri bagi mencari rezeki selepas ini.  

Oleh : REM RAMZI
Sumber : MYNEWSHUB.MY

Jumaat, 29 Ogos 2014

RAMAI YANG TIDAK TAHU, APA YANG BERLAKU PADA 26 OGOS 1975. PERISTIWA INI PERNAH MENGEMPARKAN NEGARA MALAYSIA!

SEMPENA  bulan kemerdekaan ini mari dapatkan sedikit maklumat bersejarah untuk hari ini. Semoga artikel dan peristiwa bersejarah ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan rasa kecintaan kita pada bumi bertuah 'MALAYSIA'.

Komunis letup Tugu Negara!

Berasa terhina kerana pengganas menganggap merekalah pejuang negara SEPANJANG tahun terutama ketika musim cuti sekolah, ribuan rakyat dan pelancong asing menziarahi Tugu Peringatan Negara atau Tugu Negara yang menjadi lambang kedaulatan, kemegahan serta mercu tanda pejuang yang mempertahankan tanah air, Malaysia.

Tugu yang dibina dengan kos RM1.5 juta itu dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 8 Februari 1966 dan setiap tahun, pasti diadakan pelbagai program sempena memperingati Hari Pahlawan bertujuan mengenang jasa pejuang negara.

Bagaimanapun, langkah kerajaan mengagungkan pejuang bangsa itu jelas merobek perasaan pengganas komunis yang kononnya mendakwa mereka juga pejuang negara. Yang pasti komunis berasa begitu terhina dengan patung pengganas yang rebah menyembah bumi manakala patung askar berdiri teguh memegang senjata dan bendera negara manakala satu patung lagi memangku rakan yang cedera.

Oleh kerana bencikan kerajaan, ingin melumpuhkan agenda mewujudkan keamanan dan cintakan negara di kalangan rakyat, komunis bertindak dengan mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975.
KERANA BENCIKAN KERAJAAN, TUGU NEGARA MENJADI MANGSA
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh daripada kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).

TUGU NEGARA YANG MUSNAH SELEPAS DI BOM OLEH KOMUNIS
Berdasarkan siasatan awal, polis percaya komunis merancang untuk meletupkan Tugu Negara pada jam 6 pagi iaitu ketika sesi tiupan biugel yang diadakan di situ. Mereka mensasarkan untuk membunuh semua peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan, tetapi malangnya cubaan mereka gagal.

Mengikut perancangan awal, mereka merancang untuk meletupkan tiga bom yang diletakkan di situ, tetapi malangnya satu daripada tiga bom itu meletup lebih awal yang meruntuhkan satu patung besar yang beratnya dianggarkan satu tan.
KEBENCIAN KOMUNIS DI LEPASKAN TERHADAP PATUNG YANG TAK BERDOSA
Lantai marmar di keliling kawasan tugu retak sepanjang 2 kaki disebabkan patung besar jatuh ke lantai. Letupan kuat itu menggegarkan kawasan perumahan di sekitar Taman Bunga dan sebahagian daripada tingkap rumah mereka pecah akibat gegaran letupan.
TUNKU ABDUL RAHMAN ANTARA ORANG PERTAMA KE TEMPAT KEJADIAN
Antara penduduk yang mendengar letupan kuat itu ialah Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran Tugu Negara. Beliau terdengar letupan kira-kira jam 5 pagi ketika bangun untuk solat menunaikan Subuh.
KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH TUGU NEGARA SEDANG DIJALANKAN
Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. 

Polis percaya empat pengganas terbabit dalam serangan itu termasuk seorang wanita. Sebaik saja letupan berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Travers dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.

Mereka melepaskan tembakan ke arah polis yang cuba menahan mereka sebelum menghilang di sebalik kegelapan kabus pagi yang tebal. Di tempat letupan, polis menemui dua topi keledar dan dua helai bendera komunis yang ditinggalkan di situ.

Berdasarkan penemuan kesan darah di tempat kejadian, polis percaya kemungkinan seorang penyerang Tugu Negara tercedera terkena letupan. Berikutan itu, polis segera mengeluarkan arahan meminta kerjasama doktor di hospital atau klinik yang didatangi mana-mana individu yang cedera terkena letupan supaya segera menghubungi polis. 

Polis melancarkan gerakan besar-besaran mengesan empat pengganas berkenaan dan tumpuan operasi ialah di semua kebanyakan penempatan yang disyaki terutama di sekitar Bangsar. Polis percaya, kumpulan pengganas itu mungkin menyamar sebagai pekerja buruh binaan.

Sehari selepas kejadian letupan itu, polis menemui sebuah motosikal jenis Yamaha 100 cc tersadai di tempat letak kereta berhampiran pasar Jalan Pudu kira-kira jam 1 tengah hari. Berdasarkan rekod, motosikal itu dipercayai dicuri di Flet Jalan Loke Yew pada 18 Ogos.

Walaupun tidak dapat disahkan motosikal itu digunakan pengganas, jenisnya dikatakan menyamai laporan awal kenderaan yang digunakan dua pengganas untuk melarikan diri ketika terserempak dengan polis. 

Penolong Kurator Kajian dan Penyelidikan Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Selamat Sainayune menjelaskan Tugu Negara itu adalah sebagai peringatan kepada perwira yang terkorban demi tanah air ketika peperangan dan darurat pada 1942-1960.

“Ia simbol kenangan, pengorbanan yang dilakukan dengan penuh taat setia oleh segenap lapisan pasukan keselamatan yang rela mengorbankan jiwa dan raga mereka semata-mata untuk menyediakan sebuah negara yang merdeka di mana rakyat dapat hidup aman harmoni. Sebab itu Ia wajar dihormati dan dipelihara bersama,” katanya.

Info Tambahan Berkenaan Tugu Negara :

Tugu Negara disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan Darurat (1948-1960).

Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.
Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara.

Tugu itu menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang.
Setiap patung gangsa melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan pengorbanan.

Dibina pada 1966, tugu setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggung jawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat.

Sejarah awal Tugu Negara

Tugu Negara terawal adalah tiang konkrit terletak di Jalan Tugu berhampiran bulatan di hadapan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, bersebelahan Masjid Negara.

Ia didirikan oleh Pentadbir British bagi memperingati peperangan dan perwira yang terkorban. Kini hanya asasnya tanah seluas 10 meter persegi yang tinggal.

Tiang asal dialih ke kompleks Tugu Negara dan padanya tercatat tarikh tragedi kemanusiaan: Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1939-1945) dan Darurat (1948-1960).

HELLO KITTY BUKANLAH SEEKOR KUCING SEPERTI SANGKAAN ORANG RAMAI

Selepas 40 tahun, pencipta karekter Hello Kitty mendedahkan bahawa ia bukan seekor kucing tetapi seorang budak perempuan.

Ramai peminat tegar Hello Kitty terkejut dengan pendedahan itu namun ramai yang tidak peduli apa yang didedahkan pencipta karekter itu.

Lebih mengejutkan lagi peminat Hello Kitty, syarikat Sanrio dari Jepun menyatakan Kitty merupakan seorang budak perempuan British bernama Kitty White.

Kejutan Hello Kitty

Khamis, 28 Ogos 2014

BENARKAH AL BAGHDADI DILATIH OLEH MOSSAD?

Media antarabangsa mendedahkan beberapa wajah Al Baghdadi yang sehingga kini menjadi tanda tanya.
BEKAS ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang juga ejen Perisikan Kebangsaan (NSA) Amerika Syarikat Edward Snowden mendedahkan, pemimpin Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIL) Abu Bakar Al Baghdadi dilatih di Israel.

Snowden berkata, CIA dan Perisikan Britain (M-16 British) bekerjasama dengan Agensi Perisikan Israel (Mossad) untuk mewujudkan sebuah organisasi pengganas yang mampu menarik semua kumpulan pelampau di dunia bernaung di bawah satu bumbung dengan gunakan strategi dikenali sebagai Hornet’s Nest atau sarang tebuan.

Strategi itu bertujuan mengenal pasti semua ancaman utama dari luar yang kebanyakan mereka mahu menghuru-harakan kestabilan negara-negara Arab.

Beliau juga mendedahkan, ketua pemimpin yang digelar sebagai Khalifah iaitu Abu Bakr Al Baghdadi pernah mendapat latihan ketenteraan dengan Mossad.

Selain latihan ketenteraan, Al Baghdadi diasah kemahiran berkomunikasi untuk menarik 'pengganas' dari segenap pelosok dunia untuk mempercayai dirinya.

 Difahamkan, penggunaan gelaran Khalifah itu adalah untuk memberi keyakinan kepada penduduk Islam bahawa ia merupakan gelaran tertinggi dan sangat suci.

Snowden kini, masih berada di bawah sekatan perjalanan dalam zon antarabangsa di Moscow kerana pasportnya telah dibatalkan baru-baru ini.

Pengesahan lain

Pusat Penyelidikan Globalisasi (CRG), sebuah pertubuhan bebas di wilayah Quebec, Kanada turut melakukan kaji selidik terhadap strategi itu yang pernah dilaksanakan di tiga negara.

“Satu-satunya penyelesaian untuk melindungi negara Yahudi adalah dengan mewujudkan musuh berhampiran sempadannya,” katanya.

Seorang pakar kajian oriental Rusia, Vyacheslav Matuzov berkata, Al-Baghdadi mempunyai hubungan rapat dan kerjasama dengan CIA.

“Kenyataan itu disokong ketika beliau berada dalam tahanan di penjara Bucca pada 2004  hingga 2009,” katanya.

Menurutnya, AS tidak akan menentang atau memburu pemimpin ISIL kerana mereka adalah rakan sekutu.

ISIL adalah kumpulan pelampau Takfiri yang mula bangkit ketika pencerobohan AS ke atas Iraq pada 2006 sebelum mereka bergabung menjadi kumpulan besar di Syria pada 2012.

Kumpulan ini juga bertanggungjawab melakukan pembunuhan besar-besaran di seluruh Syria dan Iraq.

Sumber Kurdish mendedahkan, tentera Pishmarga telah menemui bungkusan makanan dan peralatan berasal dari Israel di dalam tempat persembunyian ISIL di Iraq.

Laporan turut menyebut makanan dan peralatan itu ditemui di Ibu Pejabat ISIL terletak di Mosul dan Kirkuk.

Sebelum ini terdapat juga laporan menyatakan bahawa anggota ISIL ini menerima rawatan di hospital di Israel selepas tercedera ketika pertempuran di Syria.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu juga telah membuat lawatan rahsia ke hospital yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa Israel yang dikhaskan untuk merawat anggota ISIL ini.

Mei lalu, sebanyak 283 anggota ISIL menerima rawatan di Hospital Zif, bandar Safed, manakala selebihnya dihantar ke hospital-hospital lain di dalam Israel selepas bertempur dengan tentera rejim Presiden Syria Bashar al-Assad.

SUMBER

GEMPAR! ISIL ANCAM SERANG SAUDI PADA AIDILADHA

ISIL didakwa akan memulakan operasi ketenteraan di Arab Saudi pula.
DAMSYIK - SYRIA . Syria mendedahkan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) dilaporkan mahu menyerang Arab Saudi ketika Hari Raya Korban ini.

Laman web berita Syria, Alaan mendakwa, kumpulan itu akan memulakan operasi ketenteraan di Saudi selepas dibekalkan dengan senjata dan wang daripada ejen al-Qaeda.
Menurut laporan itu lagi, ancaman itu adalah satu tamparan buat Saudi dan sekutunya terutama Amerika Syarikat.

Bagi mengekang ancaman tersebut, lima negara diarah bekerjasama dengan Saudi dalam usaha menyalurkan maklumat tentang pergerakan kumpulan itu.

Laporan turut menambah bahawa Qatar bersedia memberi maklumat diperlukan manakala Mesir dan Jordan akan melakukan apa saja untuk menghalang pemindahan wang yang dilakukan melalui bank-bank di Emiriyah Arab Bersatu di mana wang itu adalah hasil dari jualan minyak yang dicuri sebelum dijual di pasaran gelap di Iraq dan Syria. - Al Arabiya/Press TV.

Sumber

VIDEO: MISI SENJATA HIPERSONIK TERCANGGIH AS GAGAL

Canggih dan teramat canggih, AS boleh menyerang sesebuah negara dalam masa 30 minit anywhere in the world.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Masalah teknikal menyebabkan ujian senjata hipersonik terbaharu milik Amerika Syarikat (AS) gagal dalam misi pertama peluncurannya, semalam.


U.S. Army’s Advanced Hypersonic Weapon destroyed four seconds after test launch
SENJATA HIPERSONIK yang bergerak 5 kali kelajuan bunyi
Difahamkan, senjata itu musnah dengan sendirinya sejurus dilepaskan ke udara.

A 2011 U S military test of hypersonic weapons technology

Jurucakap Pentagon Maureen Schumann berkata, senjata dikenali sebagai Advanced Hypersonic Weapon itu dibangunkan oleh Sandia National Laboratory dan Pentagon.
Peluru perpandu hipersonik gagal meluncur sejurus dilepaskan. - Foto: AP
"Kami terpaksa menamatkan misi ini kerana ia meletup ketika berlepas dan jatuh kembali di kompleks ujian,” katanya.
LOKASI KEJADIAN
Menurutnya, misi ini adalah program ciptaan peluru berpandu yang boleh memusnahkan sasaran dari mana-mana kawasan di dunia dalam masa sejam. Penganalisis Pertahanan Carnegie Endowment, James Acton berkata, misi itu adalah untuk bersaing dengan senjata milik China selepas negara itu melakukan ujian sistem hipersonik pada Januari lalu.

China military weapons Hypersonic aggresive missiles outshine USA power arm race global

"AS tertekan dengan China. Perkara itu menyebabkan mereka berusaha keras mencipta senjata yang lebih bagus tetapi AS menemui kegagalan," katanya menurut laporan Press TV.

TRAGEDI GAZA : PERANG BELUM TAMAT

Briged Al-Qassam masih meningkatkan kawalan di beberapa kawasan panas terutama di sempadan Gaza-Rafah. Foto: AFP
GAZA - PALESTIN. Pejuang Hamas dan kumpulan sayapnya menyifatkan peperangan antara Palestin dan Israel yang tercetus 50 hari itu sesuatu yang tidak boleh dilupakan atau dimaafkan.

Menurut Agensi, Pemimpin Jihad Islam Ramadan Shallah berkata, peperangan itu terpaksa dibalas bagi melindungi penduduk Palestin selepas diserang rejim Zionis bertali arus.

"Penduduk dunia selama ini menyangka kami hanya mampu bertahan sejam sahaja. Kini, kami buktikan bahawa kami mampu bertahan kira-kira dua bulan sebelum Israel tunduk kepada kami,“ katanya.

Menurutnya, peperangan ini belum berakhir dan sehingga kini pejuang Palestin kekal bertahan dan waspada.

Sementara itu, Briged Al-Qassam mendedahkan, tiga hari sebelum gencatan senjata dikuatkuasakan, kumpulan pejuang terbabit menyasarkan serangan ke atas pemimpin kanan tentera, Benny Gantz yang dipercayai mahu memasuki Gaza.

Jurucakap Al-Qassam Abu-Khalil berkata, serangan itu mengenai sasaran namun media Israel menyangkal dakwaan tersebut.

Dalam perkembangan berasingan, tentera Israel semalam menyerbu sebuah sekolah menengah di bandar Nablus, Tebing Barat,

Aktivis Palestin melaporkan, puluhan askar Israel menyerbu Sekolah Buren di selatan Nablus dan cuba menahan beberapa pelajar kerana mendakwa mereka dibaling batu.

Susulan tuduhan itu, tentera Israel bertindak melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan ke sekolah berkenaan.

Insiden itu berakhir selepas berlaku campur tangan guru dan ibu bapa.

Sumber

PANAS, SERBUAN JAIS BONGKAR RAMLI MS DAN ALYAH

Alyah
KUNJUNGAN Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke kediaman mewah komposer ternama Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, di sini awal pagi tadi akhirnya membongkar satu 'rahsia'.

Kunjungan tersebut akhirnya telah mengesahkan bahawa hubungan antara pengarah muzik itu dengan penyanyi Alyah terjawab hari ini apabila mereka sendiri mengesahkan yang sudah berkahwin lebih setahun lalu.

Memetik laporan portal dan media massa mendapati tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai Jais yang lengkap beruniform itu dikatakan mendapati mereka sudah berkahwin.

Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai Jais datang menyiasat. Ketika kejadian kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu.

Menurut sumber Jais, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu. Katanya, Ramli dan Alyah akan ke Jais dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.

Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.

Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai Jais keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai.

Sumber

Rabu, 27 Ogos 2014

PAKCIK INI BOLEH MENDENGAR SUARA IKAN

DENGAN sebelah tangan berpaut pada sampan, Pak Harun menyelam di perairan lagun Setiu dekat Terengganu untuk mendengar pergerakan ikan. Pak Harun merupakan antara saki-baki seni misteri 'mendengar ikan' yang masih wujud di Malaysia.
PAK HARUN DENGAN TUGAS PELIKNYA...PENDENGAR SUARA IKAN
SETIU, Malaysia: Sambil satu tangannya berpaut pada bibir perahu, Pak Harun Muhammad menenggelamkan tubuhnya ke dalam air, mata dan telinga melingas 'mendengar' bunyi ikan dalam laut.

Pak Harun adalah antara saki-baki 'pendengar ikan' yang masih wujud di Malaysia.

Malah, beliau dan anaknya, Encik Zuraini, dipercayai satu-satunya yang masih mengamalkan seni misteri yang kian pupus ini.

"Apabila anda mendengar, ia adalah seperti melalui kaca mencari - anda boleh melihat ikan kembung, sardin," kata Pak Harun, 68 tahun, yang telah memancing di lagun Setiu di pantai timur luar bandar Malaysia seluruh hidupnya.

"Bagi kami, kami hanya mencari gelama. Tetapi di kalangan jenis ikan gelama, akan ada ikan lain. Gelama adalah raja ikan," kata beliau.
SUARA IKAN ADA BERMACAM-MACAM TERANG PAK HARUN
Ramai 'pendengar ikan' yang lain telah meninggal dunia, bersara atau beralih kepada teknologi moden mengesan ikan. Amalan tradisional ini telah berkurang kerana tangkapan semakin berkurang dan bunyi dasar laut yang semakin bising.

Kajian menunjukkan bahawa perairan Malaysia hilang 92 peratus sumber perikanan antara 1971 dengan 2007 ekoran kegiatan penangkapan ikan yang berlebihan.

"Anda tidak boleh meniru teknik kami. Anda perlu mendapatkan kemahiran dan mempelajari tentang keadaan air.

"Pemborong beritahu saya, 'jika anda tiada lagi, tidak akan ada gelama lagi' yang dijual dengan harga sehingga 10 kali ganda harga ikan sama saiz," kata Pak Harun.

SEMACAM ANEH

Pak Harun, nama yang dikenali di kalangan penduduk setempat, mendapati sukar menggambarkan dengan tepat bagaimana bunyi ikan, tetapi mengibaratkannya seperti bunyi batu-batu kecil yang jatuh ke dalam air.
PAK HARUN SEDANG MENDENGAR SUARA IKAN
"Mereka ada suara. Bunyi begini, ikan ini; bunyi begitu, ikan itu. Jika seseorang itu 'pendengar' baru, tidak boleh kenal satu lagu jenis ikan dengan yang lain," kata Pak Harun.

Kekadang seminggu Pak Harun dengan sekitar sedozen kru beliau tidak mendengar gelama - yang mengundang pandangan sinis tentang dakwaan keupayaannya mendengar ikan.

Tetapi pakar-pakar dalam bunyi ikan mengatakan bahawa kelasi kapal telah lama mendengar bunyi ikan paus dan ikan melalui badan kapal.

"Penyelam skuba sering tidak mendengar apa-apa kerana mereka bernafas dan gelembung buih pernafasan agak bising.

"Bagaimanapun, penyelam bebas atau penyelam yang menggunakan alat pernafasan yang senyap boleh mendengar dengan lebih baik," kata Encik Rodney Roundtree, seorang ahli ekologi kelautan yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Bekas pendengar ikan menerangkan pelbagai teknik mendengar. Sesetengah mendakwa bahawa mereka dapat merasakan perubahan suhu air. Bagi Pak Harun ia adalah pengalaman pelbagai deria yang memerlukan mata dibuka luas.

"Selepas beberapa ketika, ia seolah-olah anda boleh lihat. Walaupun ikan itu sangat jauh, anda boleh berasakan ia berada di arah tertentu dan anda pergi ke sana. Hanya apabila anda semakin dekat, anda boleh mendengar ikan dengan jelas," katanya.
PAK HARUN DI RUMAHNYA
Walaupun perut Pak Harun sedikit gendut dengan kulit sawo matang dan beruban, Pak Harun masih riang gembira walaupun sudah berusia, cekap memanjat masuk dan keluar dari perahunya mencari bunyi ikan.

Apabila beliau menunjukkan arah kumpulan ikan gelama, kru beliau - yang menanti dengan mematikan enjin bot - bergerak ke hadapan, menurunkan jaring dan mengetuk sisi bot bagi menakutkan ikan supaya lari dan masuk perangkap jaring.

Pemodenan, termasuk pengorekan pasir, akuakultur, kilang-kilang dan kapal pukat tunda nelayan, telah mengubah tanah bencah Setiu yang kaya tetapi dengan ekosistem terancam di pantai berlagun sekitar 14 kilometer sepanjang Laut China Selatan.
PAK HARUN MEMBELAH LAUTAN UNTUK MENDENGAR SUARA IKAN
Negeri Terengganu mahu menjadikannya sebuah taman laut yang dilindungi. Tetapi tangkapan Pak Harun semakin tidak menentu, dengan purata kasar kira-kira $2,000 seminggu, dan baki sedikit setelah menolak bayaran upah kru, minyak, penyelenggaraan dan kos lain.

"Setiap tahun, tangkapan semakin berkurangan. Tetapi saya tidak pandai melakukan pekerjaan lain, jadi saya masih perlu melakukan ini," kata anak beliau, Encik Zuraini.
PAK HARUN BERSAMA ANAKNYA ZURAINI
Encik Zuraini, 44 tahun, berkata bahawa suatu hari nanti beliau akan melatih salah seorang anaknya sendiri menjadi 'pendengar ikan'.

"Saya tidak mahu melihat amalan ini mati," kata beliau. - AFP.

Selasa, 26 Ogos 2014

TRAGEDI GAZA: PEPERANGAN TAMAT, PALESTIN-ISRAEL BERDAMAI

PEPERANGAN tujuh minggu di Gaza ditamatkan semalam selepas Israel dan Palestin setuju berdamai.

Kejayaan tersebut hasil dari runding Palestin dan Israel, bersama kerajaan Mesir.

Israel bersetuju untuk membuka sempadan supaya bantuan kemanusiaan dan bahan binaan dapat memasuki Gaza. 

Pihak Israel juga bersetuju meluaskan zon perikanan Gaza, lapor theguardian.

Sempadan Rafah juga akan dibuka semula. 

Kata putus tersebut disambut oleh pengumuman masjid-masjid di Gaza selepas pesanan ringkas dari Hamas diterima mengenai kemenangan tersebut.

Berpuluh ribu penduduk Gaza gembira dan meraikan kemenangan tersebut.

KONFLIK ini telah membunuh lebih 2,200 orang, sebahagian besar daripada mereka adalah rakyat Palestine, meninggalkan puluhan ribu di Semenanjung Gaza tiada tempat tinggal dan memusnahkan keseluruhan kawasan di wilayah pantai yang dikepung.

ADMIN :  Alhamdulillah, sekurang-kurangnya rakyat Gaza dan kita semua dapat menarik nafas lega sekarang (mungkin sementara). Mudah-mudahan keamanan berterusan di sana. 

Walaubagaimana pun, Zionis bukan boleh dipercayai. Mungkin sekarang mereka hanya mahu berehat sementara, mengumpul balik kekuatan, mengisi peluru dan sebagainya. 


Semoga rakyat Palestine tidak leka, kerana perang ini tidak akan tamat selagi Nabi Isa a.s tidak kembali ke bumi untuk betul-betul mendamaikan. Semoga Allah S.w.t melindungi mereka, amiin.......

GAMBAR-GAMBAR KEGEMBIRAAN PENDUDUK GAZA :
KEAJAIBAN BRIGED AL-QASSAM MENGERUNKAN MUSUH ISLAM
















PASUKAN ELIT AS, BRITAIN 'TASK FORCE BLACK' BURU MILITAN IS

‘Task Force Black’ hanya mempunyai satu tujuan iaitu menghapuskan militan Negara Islam (IS).
London: Pasukan elit tentera Britian dan Amerika Syarikat (AS) akan membentuk unit pemburu khas ‘Task Force Black’ yang hanya mempunyai satu tujuan iaitu menghapuskan militan Negara Islam (IS).



Pasukan yang bertugas secara menyamar itu diarah mensasarkan struktur pentadbiran kumpulan militan terbabit yang bertanggungjawab atas pelbagai keganasan di Iraq dan Syria. 

Perdana Menteri Britain David Cameron berkata, pasukan khas tentera (SAS) dan agensi risikan negara itu diarahkan memastikan penghapusan IS selepas video pembunuhan wartawan AS James Foley mengejutkan masyarakat dunia. 

Militant group posts execution video


Pasukan khas Britain akan bekerja sama dengan Delta Force dan Seal Team 6 dari AS.
Tindakan ini dilihat mewujudkan semula Task Force Black yang memainkan peranan penting menghapuskan al-Qaeda di Iraq.- Agensi