Isnin, 21 Oktober 2013

PENYANYI 80-AN NOREEN NOOR MENINGGAL DUNIA

Noreen Noor
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Pelakon dan penyanyi terkenal era 80-an, Noreen Noor meninggal dunia pada pukul 5.40 pagi ini di Hospital Ampang Puteri, dekat sini.

Allahyarham yang berusia 54 tahun meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.

Meninggalkan dua cahaya mata, Danial Baharudin, 21, dan Diana, 11, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Melaka untuk dikebumikan.

Noreen yang sebelum ini terkenal melalui lagu nyanyian berjudul Siang Terbayang Malam Merindu, turut juga popular di layar perak dan lakonan pertamanya adalah filem berjudul Talak pada 1980.

Filem-filem lain lakonan beliau ialahWira Angkasa, Pelumba Malam dan Hantu Siang.

Dalam pada itu, Seniwati Negara, Datuk Sharifah Aini dalam status laman Facebooknya turut bersedih dengan pemergian rakan seangkatannya itu.

"Al-Fatihah... Selamat beristirehat dan bertemu Pencipta Mu Wahai sahabatku yang dikasihi... Moga Allah himpunkan rohmu dalam kalangan mereka yang beriman... Ya Allah... Kau ampunkanlah kesemua dosa sahabat ku.... Mari kita semua mendoakan kesejahteraan Allahyarham di alam barzakh. Amin Ya Allah," tulis Sharifah Aini. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan