Khamis, 17 Oktober 2013

IKAN ULAR RAKSASA BUKAN CERITA DONGENG

Ilustrasi ikan ular raksasa sekitar tahun 1850 an yang sering di ceritakan oleh pelayar memang benar-benar wujud.
Seekor ikan laut raksasa mirip ular sepanjang 5 meter ditemui di luar pantai California Selatan.
Bangkai haiwan berwarna cerah berkilat itu ditemui oleh seorang pengajar aktiviti menyelam dari Institut Marin Pulau Catalina, Jasmine Santana.

Santana mengesan satu objek yang berkilauan pada kedalaman kira-kira 9 meter dia kemudian mendapati terdapat bangkai ikan ganjil tersebut.
SEBAHAGIAN pengajar dari Institut Marin Pulau Catalina dan kakitangan sekolah pelayaran, Tole Mour memegang ikan ganjil yang ditemui di California pada Ahad lalu.
Lebih 15 orang membantunya menaikkan makhluk tersebut ke pantai selepas ia ditemui.

Ikan spesies laut dalam itu jarang ditemui kerana ia hidup pada kedalaman lebih 914 meter.
1996, Tentera Laut telah menemui ikan ular raksasa sepanjang 23-kaki di luar pantai San Diego,California.
Spesies berkenaan boleh membesar sehingga 15 meter sekali gus dianggap sebagai ikan bertulang yang terpanjang di dunia.

Sampel dan rakaman video ikan ganjil itu telah dihantar ke Universiti California di Santa Barbara untuk dikaji. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan