Jumaat, 18 Oktober 2013

BAHAYA GAME CANDY CRUSH

LUCY Berkley mengalami masalah tidak cukup tidur dan sakit belakang akibat ketagihan bermain Candy Crush. - AGENSI
KENT, England  - Seorang wanita di sini mengalami masalah sakit belakang dan tidak cukup tidur ekoran ketagih bermain permainan atas talian, Candy Crush.

Lucy Berkley, 44, berkata, dia mengalami masalah itu kerana duduk dalam keadaan membongkok yang terlalu lama untuk bermain Candy Crush.

"Saya boleh menghabiskan masa lebih 10 jam untuk bermain permainan itu tanpa memikirkan perkara lain.

"Saya akan berasa mengantuk setiap kali ke pejabat ekoran tidak cukup tidur," katanya.

Namun, situasi itu bukan sahaja dialami oleh Berkley kerana rakan-rakan pejabatnya turut ke tagih bermain permainan tersebut.

"Pada mulanya saya fikir mustahil saya tidak cukup tidur kerana Candy Crush, namun apabila rakan-rakan saya juga mengalaminya, kami tidak kisah dengan situasi itu.

"Malah, saya dan rakan-rakan pejabat mula bertanding kedudukan siapa paling tinggi dalam permainan itu," ujarnya.
PERMAINAN candy crush  menjadi fenomena sejak ia dilancarkan  pada tahun 2012
Menurut agensi AppData, kira-kira 700 juta pengguna bermain Candy Crush di seluruh dunia menerusi telefon pintar.

Data AppData juga menunjukkan, permainan atas talian itu lebih digemari oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan