Khamis, 31 Oktober 2013

SUBHANALLAH DAGING KORBAN MASIH HIDUP WALAUPUN SUDAH JADI CEBISAN

Subhanallah! Kejadian yang mengejutkan sewaktu salah satu daging korban yang telah di lapah bergerak-gerak seperti sedang berzikir meskipun daging itu telah di potong menjadi cebisan. 

Kejadian ini dapat disaksikan orang ramai yang sedang bergotong royong melapah daging korban tersebut di sebuah kampung.

LIHAT VIDEO

Mungkin kejadian ini ada hikmahnya kepada kita semua.



Semua makhluk Allah berzikir dan bertasbih (Berzikir) mengingatinya:(Al-Israa' 17:44)



Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah, dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun :(Al-Israa' 17:44)

Rabu, 30 Oktober 2013

GEMPAR PENGAWAL KESELAMATAN BERSENJATA ROMPAK KEDAI EMAS DI SETAPAK

PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan.
SUSPEK Yang membunuh pegawai bank masih lagi bebas
Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah.

Sumber

KECOH PENGAWAL KESELAMATAN TIDAK SENGAJA LEPAS TEMBAKAN DI BANK

GEORGE TOWN: Seorang pengawal keselamatan menimbulkan kekecohan di sebuah bank di Datuk Keramat di sini apabila dia secara tidak sengaja melepaskan tembakan dari senapang pamnya, Rabu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata lelaki tempatan berusia 53 tahun itu sedang bertugas di belakang kaunter bank dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi.

Beliau berkata, tembakan telah tersasar ke lantai dan tiada siapa yang cedera.

"Kami sedang menyiasat kes itu daripada semua aspek dan kita juga akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap latar belakang pengawal itu," katanya di tempat kejadian di sini.

Beliau menambah pengawal telah ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api.

POLIS TAHAN PENGAWAL KESELAMATAN TERLEPAS TEMBAKAN DI GEORGE TOWN :

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang melepaskan tembakan secara cuai dalam sebuah bank di Jalan Datok Keramat di sini Rabu, untuk siasatan.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata dalam kejadian pukul 11.30 pagi, lelaki berusia 53 tahun terbabit secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan menggunakan pump gun di bahagian belakang kaunter juruwang.

"Ketika kejadian pengawal itu ditugaskan berkawal di ruang antara bilik kebal di ruang belakang kaunter juruwang dan siasatan lanjut mendapati dia mempunyai lesen senjata api yang sah.

"Kita turut menyiasat berapa lama dia telah bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata tembakan itu menembusi lantai jenis playwood dan tiada kecederaan dilaporkan. - BERNAMA

SUMBER

AWAS KEPADA PENYEBAR VIDEO DAN GAMBAR PEMBUNUHAN PEGAWAI AMBANK

PEMBUNUH pegawai AMBANK
YAN: Keluarga Allahyarham Norazita Abu Talib boleh membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar dan video kematian pegawai bank itu di media sosial, jika merasakan perbuatan itu menganiaya mereka, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata berdasarkan laporan itu, polis boleh mengambil tindakan di bawah akta-akta yang berkenaan.

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh membantu polis dengan mengesahkan bahawa ia (penyebaran gambar) dibuat oleh si polan, si polan menggunakan alamat IP internet masing-masing.

"Ia (alamat IP) boleh dicari...tidak mustahil untuk (SKMM) dapat maklumkan," katanya dalam sidang media di Pusat Media Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini, Rabu.
NORAZITA bersama anak perempuannya.
Dalam kejadian pada 23 Oktober lepas, Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan bank itu sendiri selepas wanita itu membuka pintu bilik kebal bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, Selangor.

Susulan kejadian, gambar dan rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook sehari selepas itu.

Suami Norazita, Irwan Kamarudin, 37, meminta semua pihak memadam dan menghentikan sebaran gambar dan video kematian isterinya demi menghormati sensitiviti keluarga.

Irwan dilaporkan sebagai berkata penyebaran gambar itu akan lebih menyedihkan keluarga kerana gambar itu memperlihatkan keadaan tidak elok mangsa.

Ahmad Shabery berkata media massa dan individu mesti ada etika masing-masing dalam keadaan sekarang, yang segala-galanya terlalu bebas dan tidak dapat dikawal.

"Kalau dulu boleh arahkan dan ambil tindakan seperti stesen televisyen siar gambar yang tidak sepatutnya disiarkan, kita boleh beri amaran dan ambil tindakan. Sekarang ini orang ramai boleh muat sendiri gambar tersebut. Masing-masing (perlu) ada tanggungjawab," katanya.

Ahmad Shabery berkata beliau difahamkan individu yang menyebarkan gambar tersebut telah memadamkannya, dan beliau berharap tiada lagi pihak yang menyebarkan gambar itu.

"Bayangkan kalau kena keluarga sendiri apa perasan kita. Kita tak mahu perkara yang kita tak suka berlaku pada kita, jadi jangan buat pada orang lain,' katanya. - BERNAMA

SUMBER

Selasa, 29 Oktober 2013

LELAKI PALING TINGGI DI DUNIA

MARDIN - TURKI. Lelaki paling tinggi di dunia, Sultan Kosen, 30, memiliki ketinggian 244 sentimeter (sm) akhirnya menamatkan zaman bujang bersama tunangnya, Merve Dibo, 20, di Turki.

Dengan perbezaan ketinggian 61 sm, Sultan yang juga seorang petani tetap meraikan hari bahagianya dengan meriah bersama keluarga dan peminatnya.

Beliau berkata, selama ini keadaan fizikalnya menjadi penghalang untuk mencari teman wanita.

"Walaupun isteri tidak mempunyai saiz sama, tetapi saya gembira kerana akhirnya mempunyai keluarga sendiri," katanya.

Sultan memakai kasut saiz 28, mempunyai kaki dan tangan sepanjang 36.5 sm dan 27.5 sm.
Sultan memiliki perbezaan ketinggian 61 sm dengan isterinya.
Laporan dipetik dari Daily Mail, dia menghidap penyakit yang jarang berlaku dipanggil pituitary gigantism yang menyebabkan tubuh badan terus menghasilkan hormon pertumbuhan.

Sabtu, 26 Oktober 2013

BAJET2014 TINGKAT KOS SARA HIDUP RAKYAT

KUALA LUMPUR: Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) amat kecewa dan sangat hiba dengan pengumuman Bajet 2014 kerana menambahkan beban kehidupan rakyat yang memang sudah sedia terbeban dengan kenaikan harga barangan.

S Barathidasan
Ini, kata Setiausaha Agungnya, S Barathidasan ditambah dengan pengisytiharan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April 2015 pada kadar sebanyak 6 peratus.

“Apabila kerajaan melaksanakan GST, maka kesannya cukup besar pada rakyat di kampung, orang miskin dan pendapatan rendah kerana apabila semua jenis cukai dikenakan terhadap barangan maka ia melibatkan semua lapisan rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, ujarnya kerana pelaksanaan GST hanya menyebabkan rakyat yang tidak pernah membayar cukai sebelum ini, akan terpaksa membayar cukai. 

Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.

Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) amat kecewa dan sangat hiba dengan pengumuman Bajet 2014 kerana menambahkan beban kehidupan rakyat yang memang sudah sedia terbeban dengan kenaikan harga barangan tetapi ditambah dengan pengisytiharan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April 2015 pada kadar sebanyak 6 peratus.

Apabila kerajaan melaksanakan GST, maka kesannya cukup besar pada rakyat di kampung, orang miskin dan pendapatan rendah kerana apabila semua jenis cukai dikenakan terhadap barangan maka ia melibatkan semua lapisan rakyat kerana pelaksanaan GST hanya menyebabkan rakyat yang tidak pernah membayar cukai sebelum ini, akan terpaksa membayar cukai. 

Isu GST ialah bagaimana kerajaan menguruskan kewangan negara, kegagalan menguruskan masalah kewangan ini merupakan satu perkara yang sangat besar kerana pelaksanaa GST ialah semata-mata bertujuaan menambahkan pendapatan negara, jikalau tiada GST maka pendapatan Negara tidak akan tambah. 

Sebenarnya kerajaan patut menyelesaikan isu kewangan negara dahulu. MIPAS sama sekali tidak menyokong pelaksanaan GST sehingga pendapatan rakyat mencapai tahap yang tinggi. 

Mipas berpendapat bahawa Bajet kali ini tidak ada apa-apa yang baru melainkan isu mengejutkan hanya lah kenaikan harga gula apabila kerajaan mansuhkan subsidi gula 34sen, dengan alasan-alasan yang tidak munasabah kononnya kerajaan nak mempertingkatkan taraf kesihatan rakyat, mengurangkan penyakit kencing manis, sedangkan harga gula sudah naik berkali-kali dan kerajaan tidak pernah memberikan satu statistic dan peratusan yang menunjukkan bahawa penyakit kencing manis sudah berkurangan ekoran daripada kenaikan harga gula. 

Persoalan di sini ialah jika sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas dan prihatin, yang ingin mempertingkatkan taraf kesihataan rakyat, maka kenapa kerajaan tidak menaikkan harga garam. 

Pengambilan garam berlebihan dalam makanan juga akan terkena penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi). Sebenarnya kerajaan menaikan harga gula adalah semata-mata hanya untuk mengurangkan tanggungan kerajaan.

Mipas mencadangkan selain menaikkan harga gula, kerajaan harus mempergandakan serta  memperbanyakkan kempen dan program kesederaan diri tentang bahaya, kesan dan akibat pengambilan gula berlebihan dalam makanan. 

Selain daripada itu Bajet kali ini merupakan Bajet pilih kasih, di mana RM100 juta diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil hanya diperuntukan RM50 juta.

Malahan Bajet kali ini juga tidak menepati janji Barisan Nasional, di mana “Lebih banyak tunai jika BN menang lagi di PRU13”. 

Pada bulan April 2013 ketika melancarkan manifesto BN, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan RM500 kepada RM1,200 untuk setiap keluarga berpendapatan bawah RM3,000. Tetapi sebaliknya dalam bajet 2014 BR1M hanya dinaikkan RM650. Mana janji nya ? Apakah ini dinamakan Janji Dicapati ?

Kesimpulannya Bajet kali ini akan meningkatkan kos sara hidup rakyat di mana nilai wang semakin mengecil tetapi pendapatan rakyat masih di paras yang sama sehingga rakyat masih tertekan. 

Nampaknya slogan Najib ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ hanya sekadar slogan sahaja dan gagal melaksanakannya. 

SUMBER

Khamis, 24 Oktober 2013

TEMBAK PEGAWAI BANK KDN BATAL LESEN SYARIKAT KESELAMATAN

BATAL lesen serta-merta
Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.

"Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
WAJAH pembunuh pegawai bank
Dalam kejadian 6 petang semalam, pegawai operasi Ambank Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 tahun selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama rakan setugasnya.

Alwi berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti dan latar belakang suspek yang merupakan seorang pegawal keselamatan gantian di bank berkenaan.

"Setakat tengah hari tadi, suspek belum ditahan," katanya.

Sementara itu, Alwi berkata KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api.

Untuk memastikan syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, beliau berkata KDN sedang melakukan audit secara menyeluruh terhadap syarikat-syarikat berkenaan.

"Audit sedang dijalankan dan sehingga kini, sebanyak 90 peratus syarikat telah diaudit dan kami akan membuat analisa dan rumusan," katanya.

Beliau turut memberi amaran keras kepada syarikat kawalan keselamatan agar mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, termasuk menggunakan pengawal keselamatan dari negara sumber bagi mengelak lesen syarikat dibatalkan serta-merta.-Bernama-

PELIK SUNGGUH :
Saya berharap KDN secara telus akan mendedahkan kepada umum nama syarikat pembekal pengawal keselamatan kini menjadi suspek membunuh  itu kepada umum. Apakah mahu disembunyikan? Fakta itu pentng untuk diketahui oleh semua rakyat Malaysia kerana kehidupan kami dikelilingi oleh pengawal keselamatan.


Sila baca laporan ringkas Sinar Harian, klik SINI

-ALAMCYBER2020-

VIDEO PENGHANTAR ROKOK AMAL ILMU SESAT MENGAMUK DAN MEMBUNUH

PENGHANTAR ROKOK mengamuk dan membunuh orang awam.
Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok. 
LELAKI TUA pemandu van pula di tikam sebanyak 3 kali.
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral. 

Suspek adalah seorang penuntut ajaran sesat dan ketika ditangkap mulutnya membaca sesuatu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, mengesahkan suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan mangsa maut di lokasi kejadian.
PEMANDU kereta Totota Prius pula di tikam hingga mati.
"Suspek kemudian larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta Toyota Prius yang dipandu remaja lelaki.

"Suspek kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian. 
LELAKI dipercayai mengalami tekanan jiwa berhampiran stesen LRT Taman Melati  berjaya ditangkap.
Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.

Rabu, 23 Oktober 2013

ALLAH TURUNKAN REZEKI DENGAN TERDAMPARNYA RATUSAN IKAN PARI DI GAZA

RATUSAN Ikan pari terdampar di Gaza Palestin.
Ratusan ikan pari jenis Mobula secara misteri terdampar di pantai Gaza, Palestin. Peristiwa ini menjadi berkah tersendiri bagi warga Gaza yang merana akibat sekatan negara zionis Israel.

Eyad Almadoun bersyukur dengan rezeki tak terduga
Dalam video yang boleh dilihat di Youtube, dilaporkan Daily Mail, seorang nelayan bernama Eyad Almadoun mengaku terkejut melihat pemandangan tersebut. Dia berkata, ikan pari ini terakhir dilihat di pantai Gaza enam tahun lalu.

Dia berkata, biasanya warga Gaza mendapatkan ikan ini dari Mesir yang dihantar melalui terowong bawah tanah. Harganya juga sangat mahal.

Dia berkata, ini bukan kali pertama ikan terdampar di pantai tersebut. Sehari sebelumnya, sebanyak 220 ekor ikan terdampar di pantai dan dia yakin esok ikan yang terdampar akan lebih banyak lagi.
"Hari ini Tuhan menyediakannya untuk kami," kata dia.

Ikan pari Mobula ini mempunyai ciri sama dengan ikan pari manta. Mobula boleh mencapai panjang hingga lima meter dan berat lebih daripada 76 kilogram. Sekilo ikan jenis ini dijual di Gaza dengan harga enam atau tujuh shekel.
Ramai-ramai warga Gaza memotong ikan-ikan tersebut dan mengangkutnya menggunakan kereta tolak. "Kini baik orang kaya dan miskin boleh memasak ikan ini dan memakannya dengan nasi atau tomato," kata Almadoun.
"Ia daripada Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa-siapa yang dikehendaki-Nya dengan tiada terkira. -Surah Ali Imran Ayat 37-

KECOH PASAL BATU NISAN BENTUK SPONGE BOB

BATU NISAN di pusara mendiang Kimberly Walker berbentuk SpongeBob SquarePants
Cincinnati: Keluarga veteran perang Iraq Kimberly Walker 28, yang mati dibunuh, mahu batu nisan SpongeBob SquarePants dikembalikan semula ke pusaranya manakala pegawai perkuburan yang memindahkannya, bertegas tidak membenarkan karektor kartun itu diletakkan semula di situ. 

Deborah Walker memberitahu The Associated Press selepas pertemuan dengan pegawai Perkuburan Spring Grove kelmarin beliau mempertimbangkan pelbagai cadangan mereka jika pihak pengurusan perkuburan juga berfikir mengenainya – dengan meletakkan semula batu nesan anaknya, Kimberly. 
MENDIANG Kimberly Walker 28
Namun presiden perkuburan itu, Gary Freytag, berkata ia bukan pilihan. Batu nisan berbentuk karektor kartun itu didirikan di Perkuburan Spring Grove pada 10 Oktober lalu, hampir lapan bulan selepas Walker ditemui dibunuh dalam bilik hotelnya di Colorado. 

Dapat kelulusan awal 

Walaupun mendapat kelulusan awal pentadbir perkuburan mengenai reka bentuk batu nisan, karektor kartun SpongeBob tersenyum dalam pakaian tentera, dengan nama Walker dan pangkat – kakitangan perkuburan menghubungi keluarganya sehari selepas ia diletakkan memberitahu ia perlu dibuang. 

Pegawai berkata, pekerja yang meluluskan reka bentuk itu membuat kesilapan. Ia dibawa turun bersama-sama salinan hampir sama yang didirikan untuk kembar Walker yang masih hidup. 
Deborah Walker berkata, beliau kecewa dengan Spring Grove, berkata keluarganya mempunyai kontrak, mahu ia dihormati seperti dijanjikan dan kini mempertimbangkan tindakan undang-undang. 

“Anda tidak boleh menyalahkan pekerja. Beliau mewakili pengurusan perkuburan dan apabila melakukan kesilapan, anda perlu membetulkan. Letakkan semula SpongeBob,” katanya. - AP

LINK

STATUS TERAKHIR NOREEN NOOR DI FB TENTANG KEMATIAN

Noreen Noor ada memuat naik status mengenai kisah tentang jenazah disembahyangkan 70,000 malaikat dalam akaun Facebooknya.

Status Noreen itu merujuk kepada kisah bagaimana malaikat memberikan kemuliaan ke atas Muawiyah yang meninggal dunia.
POST terakhir 10 hari sebelum beliau meninggal dunia
Semasa hidupnya, Jibril memberitahu Rasululllah yang Muawwiyah sering membaca Surah Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan.

Noreen, 54, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan buah pinggang pada jam 5.50 pagi semalam. Filem pertama yang dibintangi Noreen Noor adalah Talak pada tahun 1980, dan antara filem lain yang pernah dibintanginya ialah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam serta pernah popular dengan lagunya, 'Siang Terbayang, Malam merindu'.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri di sini dan meninggalkan seorang anak lelaki berusia 22 tahun dan anak angkat perempuan, 11 tahun.

Selasa, 22 Oktober 2013

KECOH WANITA BERGADUH DALAM SEMAK

WANITA berbaju hitam menindih mangsa sambil mencekik.
Kota Kinabalu: Belum reda dengan klip video memaparkan dua remaja membelasah seorang gadis sehingga pengsan, kini muncul pula klip video memaparkan pergaduhan dua gadis bertumbuk dan bergelut di dalam semak.

Video rakaman yang berdurasi tiga minit 24 saat ini tersebar luas di internet menerusi laman sosial Facebook dan YouTube sejak kelmarin. 

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku di Penampang serta dipercayai dirakam seorang lagi rakan mereka sebelum memuat naik video itu ke laman web terbabit. 

Pergaduhan itu membabitkan seorang wanita berbaju biru dibelasah wanita berbaju hitam berseluar pendek dipercayai rakan sekerjanya.

Ketika kejadian, wanita berbaju hitam itu menumbuk beberapa kali ke arah mangsa selain menindih tubuh rakannya itu sambil menampar mukanya beberapa kali.

Ketika itu, mangsa dalam keadaan lemah menjerit, “Allahuakbar, saya tidak boleh bernafas, sudah, tolong kasi lepas aku, saya tidak boleh bernafas, Allahuakbar.” 

Bagaimanapun, wanita berbaju hitam itu tidak mengendahkan perbuatan mangsa, sebaliknya berulang kali menumbuk dan menampar mangsa. 

Beberapa pejalan kaki yang melihat kejadian itu meminta supaya wanita itu memberhentikan tindakannya, namun tidak diendahkan. 

Malah, wanita berkenaan menampar beberapa kali muka mangsa menyebabkan mangsa tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu meminta tolong supaya dilepaskan. 

Bagaimanapun, punca sebenar pergaduhan itu belum diketahui, begitu juga identiti kedua-dua wanita berkenaan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berkaitan pergaduhan itu.

LINK

LG POCKET PHOTO CETAK TERUS DARIPADA TELEFON

JANGAN simpan foto sampai jadi pekasam...
LG POCKET PHOTO 
Kebiasaannya selepas anda merakam foto menggunakan telefon pintar, anda akan terus menyimpannya dan terperap dalam memori atau sekadar berkongsi di Facebook atau Whatsapp yang membosankan.

Apa kata kita gunakan cara lama (seperti zaman menggunakan kamera polaroid) untuk mencetak foto seterusnya berkongsinya dengan saudara atau rakan terdekat menggunakan pencetak kompak LG Photo Pocket. 

Pastinya LG Pocket Photo adalah aksesori terbaik untuk telefon pintar terutama musim cuti persekolahan tidak terlalu jauh di depan. 
BERBALOI memilikinya
Pencetak kompak terbaru yang ringan ini mempunyai saiz sama dengan telefon pintar biasa di pasaran, namun lebih tebal dan berat (215g).

Menariknya, pencetak kompak ini tidak ­menggunakan sebarang katrij, tetapi ia bergantung kepada kertas ZINK ­iaitu teknologi kertas yang menghasilkan warna sebaik dipanaskan dalam pencetak terbabit.

Setakat ini, terdapat dua jenis kertas iaitu ZINK dan ZINK 2.0, ­namun lebih baik jika anda menggunakan kertas jenis ZINK 2.0 yang lebih baik. 

Ia dijual pada harga RM49.90 untuk tiga paket yang masing-masing ­mengandungi 30 helai kertas bersaiz sebesar kad kredit. 

Apa yang perlu anda lakukan hanya memindah turun aplikasi LG Pocket Photo yang boleh ­didapati menerusi App Store atau Google Play dan ­menyambungkan pencetak terbabit ke telefon menerusi sambungan Bluetooth atau NFC. 

Cara ringkas adalah merakam foto sebelum ­mengklik butang cetak, namun anda juga boleh mendapatkan suntingan khas untuk foto tertentu sebelum mencetaknya. 
SENANG digunakan
Tempoh masa cetakan mengambil masa kira-kira 30 saat manakala baterinya bertahan bagi 200 cetakan. 

Meskipun ia hanya menawarkan satu saiz cetakan saja iaitu 2 x 3 inci, tetapi ia masih aksesori yang menyeronokkan ketika acara seperti hari lahir dan sebagainya. 

LG Pocket Photo dijual pada harga kira-kira RM399. 

INFO 
LG Pocket Photo 
Harga: RM399 
Pengeluar: LG Malaysia 
Pertanyaan: LG Malaysia 
Laman Web: lg.com.my 
Ciri: Pencetak kompak 
Pro: Pantas mencetak 
Kontra: Harga kertas mahal

SOURCE LINK

Isnin, 21 Oktober 2013

PENYANYI 80-AN NOREEN NOOR MENINGGAL DUNIA

Noreen Noor
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Pelakon dan penyanyi terkenal era 80-an, Noreen Noor meninggal dunia pada pukul 5.40 pagi ini di Hospital Ampang Puteri, dekat sini.

Allahyarham yang berusia 54 tahun meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.

Meninggalkan dua cahaya mata, Danial Baharudin, 21, dan Diana, 11, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Melaka untuk dikebumikan.

Noreen yang sebelum ini terkenal melalui lagu nyanyian berjudul Siang Terbayang Malam Merindu, turut juga popular di layar perak dan lakonan pertamanya adalah filem berjudul Talak pada 1980.

Filem-filem lain lakonan beliau ialahWira Angkasa, Pelumba Malam dan Hantu Siang.

Dalam pada itu, Seniwati Negara, Datuk Sharifah Aini dalam status laman Facebooknya turut bersedih dengan pemergian rakan seangkatannya itu.

"Al-Fatihah... Selamat beristirehat dan bertemu Pencipta Mu Wahai sahabatku yang dikasihi... Moga Allah himpunkan rohmu dalam kalangan mereka yang beriman... Ya Allah... Kau ampunkanlah kesemua dosa sahabat ku.... Mari kita semua mendoakan kesejahteraan Allahyarham di alam barzakh. Amin Ya Allah," tulis Sharifah Aini. - UTUSAN ONLINE

41 TANDA DALAM BADAN KITA ADA JIN

JIN SAKA mendampingi manusia tanpa kita menyedarinya
Ada ramai juga di kalangan kawan yang tak ambil peduli pasal jin. Kawan-kawan jenis itu biasanya memandang remeh jika ada orang yang mendakwa mereka terkena gangguan jin atau buatan sihir manusia. Mereka rasa orang yang seperti itu adalah lekeh kerana tidak kuat iman.

Itu kata kawan-kawan yang ‘kebal jin’. Setiap kali berbincang tentang buatan orang atau rasukan jin, mereka hanya ketawa sinis dan memandang rendah pada golongan yang hidup asyik salahkan jin.

Bagi mereka yang berpengalaman terkena rasukan jin atau buatan sihir orang sudah tentu akan marah dengan sikap seperti itu. Tak kena tak apalah, nanti bila kena baru tahu!. Namun begitu, yang peliknya mereka ini tidak pernah kena lansung hal-hal seperti itu.

Jika kawasan yang orang kata ‘keras’, mereka hanya selamba buat apa-apa saja tanpa rasa takut dan tidak mendatangkan kesan sedikit pun pada kehidupan dan juga kesihatan mereka. Memang mereka punya genetik tertentu yang sukar untuk jin masuk ke dalam darah.

Persamaan jin dengan orang gila
Saya pernah berbincang dengan mereka bahawa terkena rasukan atau gangguan jin bukan bermakna tidak kuat pegangan iman. Ia seumpama terkena pukulan kayu yang kuat dari belakang yang dilakukan oleh orang gila. Nak marah, orang yang memukul itu gila, dan dia buat apa yang dia suka.

Untuk megelak perkara sedemikian berlaku, maka kita berhati-hati apabila melihat adanya orang gila. Ini di sebabkan samada gila atau tidak gila, hentakan kayu yang dibuat mereka mengenai badan kita tetap sakit dan membuatkan kita merana.

Begitulah juga dengan jin. Nas-nas sahih ada tentang kewujudan mereka. Menolak wujudnya Jin sama dengan menolak kewujudan orang gila. Jika kita berhati-hati dengan orang gila, maka kita juga perlu berhati-hati dengan jin. Itu bukan bermakna iman tak kuat. Ia tidak ada kena mengena dengan tahap kepercayaan, ia sekadar usaha menjauhkan diri dari bahaya.

Simptom kena jin
Baguslah jika anda termasuk dalam golongan yang kebal jin. Tapi bagi mereka yang tidak kebal jin sila baca satu persatu simptom yang disenaraikan di bawah. Jika anda sering mengalami masalah-masalh yang tersebut, ada kemungkinan jin menumpang duduk di dalam badan anda.

1)  Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2)  Badan terasa berat dan malas.
3)  Sukar mendapat jodoh.
4)  Badan terasa bisa-bisa.
5)  Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6)  Sukar tidur malam.
7)  Sakit pinggang tanpa sebab.
8)  Sakit dada bila waktu asar keatas.
9)  Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Syaitan dapat mempengaruhi mimpi manusia.
Syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan:

الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ

فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ.

Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan.
Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.[38]


source/DetikIslam

MISTERI TASIK NATRON

Helang yang merupakan pemangsa digeruni juga tidak terlepas daripada ‘sumpahan batu’ Tasik Notron.
TASIK sepatutnya menjadi kawasan indah untuk aktiviti bersantai sambil menikmati pemandangan yang cantik tidak kira pada waktu matahari terbit atau terbenam.

Tetapi lain pula kisahnya di Tanzania apabila sebuah tasik di negara itu ibarat terkena sumpahan ekoran kewujudan pelbagai bangkai haiwan yang menjadi keras seperti batu dengan gaya dan rupa yang menggerunkan.

Pendedahan terbaharu oleh seorang jurugambar, Nick Brandant ketika melawat Tasik Natron yang terletak di benua Afrika Timur itu menemukan bangkai kelawar, helang, bangau dan burung dalam keadaan sempurna dan seolah-olah diawet seperti mumia.

Malah nama Natron diambil sempena bahan pengawet yang digunakan oleh orang Mesir pada zaman Firaun untuk mengawet mayat para pemerintah mereka.

“Saya tidak menjangka menemukan kesemua haiwan tersebut di sepanjang tepi Tasik Natron.

“Saya mengambil bangkai terbabit dan meletakkannya dalam posisi yang menggambarkan seolah-olah haiwan terbabit masih hidup sebelum merakamkan gambar," katanya.

Brandant merakamkan beberapa gambar menarik seperti kelawar dan helang sedang hinggap di dahan, bangau berjalan di dalam air serta burung berdiri di atas batu.

Bagi merungkai misteri sumpahan tasik tersebut, Dr. David Harper dari Universiti Leicester di Britain berkata, fenomena mengejutkan itu sebenarnya berpunca akibat kandungan alkali yang tinggi yang terdapat dalam Tasik Natron.

Harper berkata, kandungan alkali yang tinggi antara 9 pH dan 10.5 pH serta suhu yang kadang-kadang mencecah 60 darjah Celsius, terhasil akibat taburan abu gunung berapi Natron dari lembah Great Rift.

“Tasik Natron mempunyai keluasan 642 kilometer persegi dan kebiasaannya spesies burung tidak dapat menyeberangi kawasan yang luas itu.

“Jika haiwan terbabit cuba mendarat atau paling teruk, termasuk ke dalam tasik berkenaan, ia akan menjadi keras ekoran kandungan sodium karbonat atau garam natrium yang sangat tinggi melekat pada badan binatang terbabit," jelasnya.

Harper menjelaskan, suhu yang tinggi di Tasik Natron merupakan penentu nasib haiwan yang terjerumus ke dalam air.

Katanya, air tasik berkenaan sangat panas dan air menyejat dengan cepat, sekali gus menyebabkan kandungan garam natrium melekat pada tubuh haiwan.

“Jadi bayangkan seekor burung yang baru keluar dari air Tasik Natron tidak mampu terbang ekoran bulu yang menjadi berat akibat garam yang melekat dengan cepat dan akhirnya mereka mati mengeras seperti batu.

“Hanya ikan jenis Tilapia Grahami dan beberapa jenis bakteria sahaja boleh hidup di dalam air yang ‘disumpah’ itu," katanya.


Sabtu, 19 Oktober 2013

26 OGOS 2032 ASTEROID BESAR AKAN MELANGGAR BUMI

Kesan letupan 125,000 kali lebih dahsyat daripada bom atom Nagasaki
MIAMI: Pakar astronomi berkata, sebuah asteroid dengan ukuran 410 meter panjang, dikenali 2013 Tv135, akan melintasi atau mungkin menghentam Bumi pada 26 Ogos 2032. 


Pakar astronomi berkata asteroid 2013 Tv135 sedang menuju ke Bumi.


Asteroid itu dikesan bergerak melalui buruj zirafah oleh saintis di Pusat Pemantau Astrofizik Crimea di selatan Ukraine minggu lalu. 

“Saya sedang memantau buruj zirafah. Pemerhatian kali pertama menunjukkan ia bergerak dengan cepat dan agak hampir dengan Bumi,” kata pakar kaji bintang Gennady Borisov yang menambah 2013 Tv135 berada pada kedudukan 6.8 juta kilometer dari Bumi, Rabu lalu. 

Pakar kaji bintang di Itali, Sepanyol, Britain dan Russia juga sudah mengesahkan kehadiran asteroid terbabit dan ia dimasukkan ke dalam senarai asteroid berbahaya Pusat Planet Kecil Kesatuan Astronomi Antarabangsa. 
Kesan letupan 125,000 kali lebih dahsyat daripada bom atom Nagasaki
Jika ia menghentam Bumi, asteroid terbabit akan menyebabkan letupan yang sama kuat dengan 2,500 megatonm 50 kali lebih besar daripada bom nuklear paling kuat pernah digunakan atau 125,000 kali lebih besar daripada bom atom yang pernah digugur di Nagasaki pada Perang Dunia Kedua. 

Sementara itu, Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) berkata kemungkinan untuk 2013 Tv135 terhempas ke Bumi adalah amat kecil, Pengurus Projek Objek Menghampiri Bumi (NEOP) yang ditadbir NASA, Don Yeomans berkata 2013 TV135 pakar astronomi Cremia di Ukraine 8 Oktober lalu dan hanya mempunyai masa kira-kira seminggu untuk membuat kajian. 

“Mereka menganggarkan kemungkinan ia ‘menghentam Bumi’ adalah satu nisbah 63,000, bermakna kemungkinan untuk 2013 Tv135 tidak jatuh di Bumi ialah 99.998 peratus. Namun kemungkinan 0.02 peratus itu masih membimbangkan,” katanya. 

Beliau berkata saiz asteroid itu adalah amat besar dan untuk mengukur objek di langit gelap memang sukar. Namun NEOP menganggarkan lebar 2013 Tv135 adalah antara 200 hingga 800 meter. 

“Untuk sebuah asteroid, saiz ini adalah amat besar,” katanya. 

Ia juga mencorong Timbalan Perdana Menteri Russia Dmitry Rogozin untuk mengumumkan di laman Twitter bahawa asteroid terbabit akan ‘memberi cabaran besar kepada industri angkasa lepas kebangsaan. 
Asteroid ditemui oleh ahli-ahli astronomi di Balai Cerap Astrofizik Crimean.
NEOP yang juga dikenali sebagai ‘pengawal angkasa lepas’ bertanggungjawab mengesan asteroid dan komet yang melintas hampir dengan Bumi untuk mengenal pasti sama ada ia boleh menyebabkan ancaman. Asteroid 2013 Tv135 adalah objek ke 10,332 yang dikesan menghampiri Bumi setakat ini. - REUTERS/AGENSI