Ahad, 18 Mei 2014

Pakar serangga guna pijat buat tatu

NEW YORK - Seorang pakar serangga mengejutkan penduduk di New York apabila dia mampu membuat ‘tatu’ sendiri yang berbentuk arnab kecil dengan hanya menggunakan 1,000 pijat.

Johnny Fedora, membuat eksperimen itu semata-mata kerana mahu melihat kesan gigitan serangga berkenaan terhadap kulitnya. Dengan menggunakan penutup botol kecil yang diisi pijat dengan kertas yang diukir stensil berbentuk arnab sebelum membalikkan serta menekap permukaan botol ke lengannya.
INILAH TATU ARNAB YANG DI BUAT OLEH SERANGGA
Akibatnya, pijat berkenaan menggigitnya dan meninggalkan ‘tatu’ berbentuk arnab yang kekal di lengannya sehingga dua minggu.

Bagaimanapun, eksperimen itu turut mengakibatkan kulitnya melepuh dan bernanah hasil kesan gigitan berkenaan sepanjang tempoh tersebut. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan