Ahad, 4 Mei 2014

DISANGKA SURAU RUPANYA TANDAS

Mungkin tidak patut rasanya apabila tandas yang merupakan tempat membuang najis dan kotor dibina menyerupai bentuk sebuah masjid dan surau.

RAMAI ORANG MENYANGKA IA SEBUAH SURAU TETAPI TERNYATA IANYA TANDAS
Namun, itulah realitinya yang terjadi di Jalan Padang Polo, Georgetown apabila bumbung tandas awam milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) direka seakan kubah masjid dan kelihatan seperti surau kecil.
KUBAH TANDAS AWAM DI DESARU RESORT INI SANGAT MIRIP SEPERTI KUBAH MASJID
Dan satu lagi tandas berbentuk seperti kubah masjid di kesan diJohor,bangunan kecil itu yang mempunyai tiga kubah telah tersebar luas melalui media sosial.

Bangunan berkenaan terletak dalam kawasan Lotus Desaru Beach Resort, pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor dan didakwa ia seperti menghina agama Islam dengan rekabentuk sebegitu.

“Isu tandas yang menyerupai rumah ibadat sememangnya sensitif, kita bukan perkauman tetapi apabila anda sendiri sebagai umat Islam melihat tandas yang mempunyai bentuk seakan masjid atau surau, apa perasaan anda"?...

Begitu juga kalau ada tandas yang dibina seperti tokong atau kuil, pasti ada penganutnya yang sensitif.

Ia bukan sahaja menimbulkan persepsi yang kurang enak dalam kalangan umat Islam tetapi menimbulkan rasa curiga kepada penganut bukan Islam.

Kalau mereka (orang bukan Islam) tengok dan lihat tandas kita macam masjid apa yang dikata mereka.
-ALAMCYBER 2020-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan