Sabtu, 7 Disember 2013

VIDEO:3 LAMBORGHINI BERHARGA 9 JUTA BERKECAI DI LEBUHRAYA MALAYSIA

Seremban: Kemalangan tiga kereta mewah Lamborghini di Kilometer 260, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, pagi semalam, menimbulkan persoalan apabila pemandunya lesap dari tempat kejadian.

Dalam kejadian pada jam 9.57 pagi itu, kemalangan dikatakan berlaku ketika lima kereta milik warga Singapura itu dikatakan berkonvoi dari negara berkenaan ke Kuala Lumpur.

Sebuah kereta dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kenderaan terbabit lalu menyebabkan ketiga-tiganya terbakar.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta terbabit yang belum dipastikan bilangan dan identiti mereka dikatakan diselamatkan orang awam sejurus selepas kejadian. Ketiga-tiga kereta mewah itu dianggarkan RM3 juta sebuah.
Kelihatan tiga buah kenderaan mewah Lamborghini sedang marak dengan api ketika kemalangan berlaku.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Baharuddin Mustapha berkata, sehingga lewat petang semalam, tiada pemandu mahupun pemilik ketiga-tiga kenderaan berkenaan tampil ke bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu untuk membuat laporan.

“Kami meminta pemilik kenderaan terbabit segera membuat laporan di IPD Seremban atau mana-mana balai polis untuk membolehkan siasatan dilakukan.
BAHAGIAN depan sebuah kereta yang terselamat.
“Setakat ini, kami hanya menerima laporan daripada orang awam dan tiada mana-mana pihak berkaitan sama ada pemandu atau penumpang membuat laporan sehingga lewat petang ini (semalam),” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Keadaan tiga buah kereta Lamborghini yang hangus selepas kebakaran di KM 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang serta Seremban tiba di lokasi kejadian pada jam 10.04 pagi, namun ketiga-tiga kenderaan terbabit didapati hangus terbakar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan