VIDEO KEPALA BUAYA TERPUTUS DARI BADAN TAPI MASIH HIDUP
PERNAHKAH anda melihat buaya yang sudah dipotong kepalanya tetapi kepalanya masih hidup dan mampu lagi membuka mulutnya untuk menyerang? Satu rakaman video menunjukkan kepala seekor buaya yang sudah pun dipotong dari badannya tetapi masih hidup, dan masih lagi mampu membuka mulutnya yang di penuhi gigi tajam yang merbahaya.
Buaya ini kemungkinan dipotong untuk dimasak di restoran-restoran yang menyediakan makanan yang dihasilkan berasaskan buaya. Tukang masak restoran ini bernasib baik kerana tidak dibaham oleh kepala buaya yang sudah terputus badannya. Apabila melihat video itu, hati saya berkata rupa-rupanya manusia lagi ganas dan zalim dari buaya, buaya berkenaan juga dilihat diperlakukan dengan kejam demi mendapatkan sumber makanan atau kulit daripada mereka.-ALAMCYBER2020-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan