Selasa, 3 Disember 2013

SUBHANALLAH KETAHUI KEAJAIBAN BURUNG GAGAK

Kenapa Allah memilih burung gagak sebagai GURU pertama umat manusia dan tidak memilih makhluk-Nya yang lain? 

Sebagai mana kita ketahui, peristiwa pembunuhan manusia pertama kali berlaku adalah di antara dua anak Adam as , Qabil dan Habil. Qabil membunuh Habil kerana tipu muslihat Iblis laknatullah yang menyusupkan rasa iri hati dan dengki kepada Adam dan seluruh keturunannya.
Kemudian Allah swt menghantar burung gagak untuk mengajar anak cucu Adam bagaimana menimbus mayat sesama mereka yang terbunuh.

PERISTIWA kejadian ini ada tertulis didalam Al-Quran Surah Al-maaidah ayat5:31



Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal. (Al-Maaidah 5:31)

MENGAPA DEMIKIAN?
KISAH gagak minum air terbukti bukan sekadar kisah dongeng
Kerana burung gagak adalah burung paling pintar dan cerdik dibandingkan dengan burung-burung lain. Allah swt telah memberikan naluri tentang keahliannya ini.

Melalui kajian saintis, terbukti burung gagak mempunyai saiz otak yang lebih besar berbanding otak burung-burung yang lain. Burung gagak sentiasa hidup bersama kelompoknya sebagaimana manusia yang sentiasa bersosial dengan masyarakat.

Mereka mempunyai pemimpin atau hakim yang akan menghukum yang melakukan kesalahan di antara mereka . Inilah fitrah yang sentiasa diberikan Allah kepada burung gagak.

Setiap kesalahan di antara burung gagak mempunyai hukuman masing-masing contohnya :

1.  Ketika salah seekor di antara mereka mengambil makanan anak burung gagak, maka hukumannya adalah sekumpulan gagak lain akan mematuknya sehingga bulu gagak tadi habis sehingga gagak tersebut botak dan tidak boleh berbuat apa-apa seperti anak gagak sebelum dewasa.

2. Ketika seekor gagak menyakiti gagak betina yang lain, sekumpulan gagak akan menyerangnya dengan paruh hingga mati.

Adapun pelaksanaan hukuman dilakukan di tanah padang atau di kawasan yang luas sehingga proses mahkamah disaksikan oleh kumpulan mereka dan gagak tertuduh akan dibawa dengan penjagaan ketat oleh sekumpulan gagak lain yang mengelilinginya. 

Kemudian gagak tersebut ditundukan kepalanya, diturunkan sayapnya dan ditahan untuk berkuak (berbunyi) sebagai bentuk pengakuan atas kesalahannya.

Ketika gagak tertuduh dijatuhi hukuman mati, gagak lain akan menyerangnya dengan paruh mereka hingga mati.

Setelah Gagak itu mati, salah seekor di antara mereka akan membawanya dan menggali lubang untuk menguburkan dengan tanah sebagai penghormatan atas bangkai gagak itu.

Hingga kini, para saintis yang melakukan kajian tentang dunia haiwan mengatakan bahawa hanya gagaklah yang menanam mayat kawannya ketika mati.

Demikianlah bagaimana burung Gagak menegakkan keadilah dari fitrah Ilahiyah adalah lebih baik dari pada keadilan yang dimiliki oleh umat manusia.

VIDEO BUKTI BURUNG GAGAK DI KURNIAKAN AKAL YANG CERDAS DAN PINTAR OLEH ALLAH SWT:
MASIHKAH anda memandang hina kepada sang gagak yang hitam legam ini?
Perkara ini dibuktikan lagi oleh Majalah American Scientific yang memaparkan hasil penelitian para saintis Bernd Heinrich dan Thomas Bugnyar, dari Vermont University, Kanada dan St Andrews University, Scotland. Kajian menunjukkan kemampuan mental yang luar biasa burung gagak.

"Burung ini menggunakan logik akal untuk memecahkan masalah dan beberapa kemampuan mereka, malahan melebihi dari logik akal seekor kera yang besar," kata mereka.

Burung gagak adalah salah satu haiwan yang paling bijak di dunia. Dokumentari A Murder of Crows memaparkan kepandaian gagak yang mampu menggunakan alatan untuk mendapatkan sekeping makanan. 


Dalam ujian yang lain, di mana makanan mengapung diatas air dalam tabung yang panjang... Langkah awal dilakukan gagak itu adalah menjatuhkan kerikil kecil dalam tabung tersebut.bagi meningkatkan ketinggian air yang cukup untuk paruhnya mencapai makanan.

 Subhanallah...ALAMCYBER2020


Tiada ulasan:

Catat Ulasan