Isnin, 30 Disember 2013

KUTUB BUMI TELAH BERGANJAK?

KEADAAN cuaca tidak menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi.

Selain itu, pemanasan global juga dikatakan turut mengubah lokasi geografi kutub bumi menurut kajian Geophysical Research Letters.

Laporan penyelidik Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada setiap tahun sejak 2005.

Difahamkan, bermula 1982 hingga 2005, kutub tersebut berubah secara perlahan dari tenggara ke bahagian utara Labrador, Kanada pada jarak kira-kira 2 milliarcsecond atau 6 sentimeter setahun.

Sejak 2005, kutub mula bertukar haluan dan bergerak ke arah timur Greenland pada jarak lebih 7 miliarsecond setahun. 

Kumpulan saintis telah sekian lama mengetahui bahawa lokasi kutub bumi tidak tetap dan ia juga menjadi penyebab musim menjadi tidak menentu seperti yang berlaku pada ketika ini.

Selain itu, pencairan ais juga menjadi punca utama paras air meningkat kepada lebih 90 peratus akibat daripada anjakan kutub pada 2005.

Medan magnet bumi berganjak

Pada 2011, medan magnet bumi dilaporkan berganjak pada jarak 64 kilometer setahun, dan saintis menyifatkan ia sebagai fenomena normal yang berlaku sekali pada setiap 100,000 tahun.

Keadaan itu menyebabkan arah kompas berubah dan berkemungkinan tidak lagi menghala ke arah Kutub Utara berikutan kutub kini telah berganjak dari utara Kanada menghampiri ke Rusia.

Susulan daripada perubahan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa di pantai barat Florida terpaksa melakukan pengubahsuaian terhadap tanda arah di tiga landasan berdasarkan anjakan medan Kutub Utara.

Saintis menganggarkan pada setiap lima hingga 10 tahun, arah kompas akan berubah akibat anjakan kutub bumi.

Bagaimanapun, pendedahan pada pertengahan tahun lalu yang turut dimuat naik ke dalam Youtube menunjukkan Kutub Utara berganjak 260 kilometer dalam tempoh enam bulan.

Perubahan itu menyebabkan medan magnet bumi beralih dari Kanada ke Siberia dalam tempoh kurang daripada 24 bulan.

Apabila peralihan tersebut berlaku,  kutub akan berada pada kedudukan 40 darjah merentasi hemisfera utara.  

Menurut Conall Mac Niocaill, seorang saintis di Universiti Oxford, medan magnet bumi semakin lemah dan ia telah berganjak lebih 1,500 km sejak berabad lalu.

“Kekuatan medan magnet Kutub Utara berkurangan 10 peratus sejak 150 tahun lalu.

"Setiap 250,000 tahun sekali, medan magnet ini akan berubah arah ke selatan dan fenomena tersebut dipercayai kali terakhir berlaku kira-kira 800,000 tahun lalu iaitu sebelum kewujudan manusia,” katanya lagi.

Sehingga kini, saintis gagal menemui jawapan bagaimana fenomena penyongsangan medan magnet itu terjadi.

Waktu lebih singkat

Ahli geofizik Nasa, Richard Gross mendedahkan, kadar putaran bumi menjadi lebih cepat kira-kira 1.8  mikrosaat akibat gempa berkekuatan 9.0 skala Richter yang melanda Jepun pada 2011.

“Gempa kelima terkuat di dunia sejak 1900 itu juga menyebabkan waktu sehari yang sepatutnya bersamaan 24 jam menjadi lebih singkat tanpa disedari masyarakat,” katanya.

Difahamkan, gegaran dahsyat tersebut mengakibatkan kepulauan Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di bawah dasar laut sepanjang ratusan kilometer selain paksi bumi berubah pada jarak hampir 10 sm.

Ahli Geofizik Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Kenneth Hudnut memaklumkan, peta dari Lembaga Maklumat Geospatial (GSI) menunjukkan terdapat corak peralihan melibatkan kawasan yang besar selepas gempa berlaku.

SUMBER

PETANDA AWAL KIAMAT ?

Perubahan paksi bumi mengubah arah utara dan selatan.
KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)

Dan juga pada ayat:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)

SUMBER


VIDEO DEMO RAWATAN LINTAH DI INDIA

TIGA ekor lintah diletakkan pada kaki gadis tersebut.
AHMEDABAD - Seorang pengamal perubatan purba ayurvedic di India, Vyasadeva Mahanta menggunakan lintah dalam rawatan ke atas pesakitnya.

Mahanta menunjukkan demonstrasi penggunaan beberapa ekor lintah yang menyedut darah pesakit di Kampus Sekolah Antarabangsa SGVP di pinggir bandar ini kelmarin.

Rawatan yang menggunakan lintah telah diamalkan sejak tahun 800 Sebelum Masihi.

Penggunaan lintah itu mampu merangsang pembentukan semula kulit, menangani masalah kekejangan otot, tromboflebitis atau keradangan pada urat darah dan osteoartritis. Sejumlah pelajar turut menyaksikan demonstrasi yang dibuat Mahanta itu. - Agensi

Jumaat, 27 Disember 2013

GEMPAR JUTAAN KETAM KELUAR DARI HUTAN MENUJU KE PANTAI

JIKA di Lahad Datu, Malaysia baru-baru ini heboh dan gempar dengan kemunculan ikan tamban naik ke pantai hingga ribuan ekor. Di Australia lain pula yang terjadi, Di sebuah pulau yang di namakan Pulau Krismas, telah muncul lebih dari 50 juta ekor ketam merah yang tiba-tiba keluar dari hutan untuk menuju kepantai dan lautan.


Pulau Krismas adalah sebuah pulau kecil di Australia terletak di Lautan Hindi, kira-kira 2,600 kilometer ke barat laut bandar Perth. 

Lebih 50 juta ketam merah dewasa di beritakan tiba-tiba keluar dari hutan dan menuju ke pantai untuk masuk kedalam lautan. Penghijrahan berlaku serentak di seluruh pulau ini, Ketam ini mengambil masa 5-7 hari untuk sampai ke laut. 

Untuk melindungi ketam daripada di langgar oleh kenderaan, kakitangan Taman Negara Pulau Krismas telah menutup buat sementara waktu jalan-jalan raya, untuk memberi laluan kepada jutaan ketam merah ini untuk berhijrah kelautan.-ALAMCYBER2020-












GEMPAK KAPAL KOREK BUATAN MALAYSIA

DI REKA sendiri menggunakan kudrat yang ada tanpa menggunakan mesin berteknologi tinggi.
Di reka khas daripada barang terpakai untuk memudahkan mengorek kolam yang tidak boleh di lakukan oleh jentera berat yang biasa.

NAMPAK sempoi...Tapi canggih.
Di antara bahan terpakai dan buangan ialah enjin kubota (Mesin bajak sawah), gearbox lori terpakai, enjin motor lama, tayar kereta sorong, besi dari kedai india, belting terpakai, batu bata buruk untuk pemberat, puli dari pokok nangka belakang rumah, dan macam-macam lagi bahan untuk menjadikan ianya sebuah kapal korek..

Menurut sumber Pencipta "Kapal Korek Kampung" made in malaysia ini di cipta oleh seorang penduduk kampung di daerah Pauh,Arau Perlis. Hmm...memang otak genius pakcik ni, boleh di komersialkan 'Kapal Korek Kampung' ni kalau kena caranya.-ALAMCYBER2020-

PADAH SUMBAT KUCING DALAM BALANG

Kucing peliharaan ini disumbat ke dalam balang sebagai hukuman kerana nakal.
TAIPEI - TAIWAN. Gara-gara tindakannya menyumbat kucing di dalam sebuah balang sebagai hukuman kerana nakal, seorang pelajar di Taiwan bakal berdepan hukuman penjara setahun dan denda jika didapati bersalah melanggar undang-undang perlindungan haiwan.

SESAK nafas ,woiii....
Kiki Lin pelajar Universiti Providence Taichung didakwa melakukan penganiayaan ke atas haiwan selepas dia memuat naik gambar tersebut di Facebook.

Tindakan kejamnya itu mengundang kemarahan pencinta haiwan dalam kalangan pengguna laman sosial itu dan mereka turut menggelarnya sebagai pendera haiwan, dipetik dari laporan DailyMail.-ALAMCYBER2020-

JABATAN METEOROLOGI KESAL ORANG RAMAI SEBAR KHABAR ANGIN

Kuala Lumpur: Masyarakat sepatutnya tidak cepat membuat telahan dan mempercayai sepenuhnya maklumat bencana alam yang diperoleh di laman sosial, tanpa merujuk agensi berkuasa terlebih dulu.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Che Gayah Ismail berkata, pihaknya kesal apabila terdapat pihak yang menyebar maklumat palsu berhubung fenomena tsunami, sedangkan tiada amaran mengenainya dikeluarkan sehingga hari ini.
GEMPAR berita palsu perairan Pelantar Minyak Terengganu dilimpahi berbagai jenis ikan.
Katanya, kejadian begitu menyebabkan lebih ramai orang yang keliru, sedangkan pihaknya dan agensi bertanggungjawab di bawah prosedur operasi standard (SOP) menyelamat masih dalam keadaan tenang memantau situasi semasa.

“Jika ada amaran tsunami, semua agensi bertanggungjawab seperti polis, bomba dan sebagainya akan terus bertindak sebab kita mempunyai SOP yang jelas dalam hal ini, bahkan penduduk di kawasan berisiko sendiri sudah menjalani latihan amal sejak 2005.

“Jadi mereka tahu apa yang perlu dilakukan sejurus amaran keluar.

Namun setakat ini keadaan masih tenang dan Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional (SAATN) tidak mengesan sebarang tanda kejadian gempa bumi di dasar laut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Che Gayah berkata, SAATN adalah sistem yang dibangun dengan kerjasama serantau dan antarabangsa, berupaya mengesan serta mengeluar amaran tsunami dalam tempoh 10 hingga 15 minit selepas gempa yang berkeupayaan mencetus ombak besar.

“Kena ingat kita memang tak boleh jangka bila gempa bumi akan berlaku, tetapi kita boleh menganggar bilakah ketibaan ombak, masanya dan ketinggian selepas gempa itu berlaku.

“Ini saja ramalan yang kita boleh buat.

Contohnya jika gempa yang bawa tsunami dikesan di Filipina, maka SAATN akan meramal bila ombak itu akan tiba di perairan negara, masa ketibaan, ketinggiannya dan kawasan mana akan terjejas.

“Dari situlah semua persediaan akan dilaksana, agensi akan bertindak di bawah SOP yang sudah ditetapkan.

Tapi buat masa ini memang tiada apa-apa yang berlaku, melainkan amaran cuaca biasa, angin kencang dan laut yang bergelora,” katanya.

Berikutan itu, beliau menasihati orang ramai supaya merujuk laman web JMM atau menghubungi agensi berkenaan untuk maklumat sahih mengenai amaran bencana alam.

Jelasnya, JMM beroperasi setiap hari selama 24 jam dan mereka boleh dihubungi di 03-79678066/8126 dan cuaca di talian 0379678116/8119.
 Fenomena ribuan ikan tamban naik ke darat di Kampung Tambisan Darat Lahad Datu
Kelmarin tersebar khabar angin kononnya berlaku tsunami termasuk di perairan negara dalam tempoh 36 jam akan datang, malah maklumat itu hangat diedar di laman sosial terutama selepas fenomena ribuan ikan tamban naik ke darat di Kampung Tambisan Darat Lahad Datu, jam 8 malam, Rabu.

KOSMETIK INI MENGANDUNGI RACUN MERBAHAYA

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak membeli dan menggunakan produk kosmetik Sensual Meiji Skin Renewer Cream yang dikesan mempunyai racun berjadual asid azelaik.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Datuk Eisah A. Rahman berkata produk yang dikilangkan di Taiwan itu diuji serta dikesan mengandungi racun yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Katanya produk yang mengandungi asid azelaik, perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, yang bertujuan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagi merawat masalah jerawat dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

"Penggunaan asid tanpa mendapat nasihat kepakaran daripada profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini seperti bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, kegatalan, kesan kemerahan, kulit mengelupas dan perubahan warna kulit," katanya.

Beliau berkata syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk itu diarah memberhentikan penjualan atau pembekalan dengan serta-merta dan memanggil balik kesemua stok produk itu dari pasaran dalam tempoh 72 jam.

"Sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta merta," katanya.

Eisah berkata pemilikan produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika didapati bersalah boleh dihukum maksimum tiga tahun penjara dan denda RM25,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, beliau berkata syarikat yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 dan hukuman bagi kedua-dua individu ataupun syarikat akan meningkat jika didapati mengulangi kesalahan sama.

Pengguna yang mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik, dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, di talian 03-8835532/5533/5537. - Bernama-

Rabu, 25 Disember 2013

LELAKI INI HIDUPKAN AYAM YANG SUDAH MATI DAN TERPOTONG KAKINYA

PERCAYAKAH anda ayam yang sudah di kerat kaki dan di bunuh mati dapat di hidupkan kembali? Memang tidak masuk akal dan sukar untuk di percayai jika kita hanya mendengar cerita saja tanpa melihatnya.


LIHAT VIDEO
Dalam video yang di paparkan ini anda akan melihat sendiri satu permainan sihir dengan bantuan syaitan bagaimana perkara ini boleh berlaku. Amat mengejutkan ayam ini hidup kembali dengan tiada cacat celanya.

Penganut agama Islam dilarang keras daripada mengamalkan sihir, kerana dianggap mengingkari hukum Allah/alam dan boleh jatuh syirik. Ia seolah-olah cuba menyaingi kuasa Allah. Walaubagaimanapun sihir boleh dielak dengan mengamalkan beberapa ayat suci al-Quran seperti ayatul kursi dan lain-lain. Kedua-dua mazhab Sunni dan Shiah melarang penggunaan sihir.

Di dalam aliran Sufi bagaimanapun terdapat konsep "barakah" yang merujuk kepada "rahmat" atau "kuasa Tuhan" yang diberikan kepada orang alim. Juga masih terdapat orang Islam yang menggunakan jin bagi tujuan yang baik seperti dalam perubatan dengan bantuan dari ayat Quran dan doa. Mazhab Wahhabi bagaimanapun melihat segala penggunaan jin atau makhluk halus walaupun untuk tujuan baik sebagai syirik.

IKAN NAIK DARAT DI LAHAD DATU BUKAN KERANA GEMPA BUMI AKAN BERLAKU

KOTA KINABALU, MALAYSIA - Jabatan Meteorolgi Malaysia tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu, yang dikaitkan dengan fenomena ribuan ikan tamban terdampar di pantai Kampung Tambisan Tungku, pagi semalam.


Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah, Abdul Malek Tussin berkata, berdasarkan sistem amaran awal tsunami, keadaan dasar laut di kawasan berkenaan juga seperti biasa.
Bagaimanapun jabatan ini tetap memantau pergerakan kerak bumi terutama di dasar laut di kawasan terbabit, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Datuk Rayner Stuel Galid berkata, kejadian tersebut merupakan kali pertama berlaku di Sabah.

"Selalunya ikan tamban ini berada di tengah laut, jarang di tepi pantai,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah menghantar pegawai ke kawasan berkenaan bagi melakukan siasatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Mat Shamsuddin pula berkata, pasukan keselamatan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana alam.

Dalam kejadian 8 hingga 9.30 pagi itu, ribuan ikan tamban seolah-olah naik ke darat dan menarik perhatian masyarakat setempat dengan ada antara mereka menganggap fenomena tersebut sebagai petanda bencana alam seperti tsunami. - Bernama / ALAMCYBER2020

Selasa, 24 Disember 2013

SEDIH REMAJA SYRIA INI MAKAN KOTAK UNTUK TERUSKAN HIDUP

PERGOLAKAN yang melanda Syria memaksa penduduknya melakukan apa sahaja untuk menyambung nyawa.

Kanak-kanak dan remaja jelas menjadi mangsa akibat kerakusan manusia berebut kuasa sehingga ekonomi negara itu lumpuh dan bekalan makanan amat sukar diperolehi.

Dalam sebuah paparan video di YouTube, seorang remaja  ini dijumpai sedang duduk di tepi jalan sambil memegang kertas kotak.

Bila diselidiki rupanya remaja tersebut kebuluran akibat tiada makanan dan terpaksa makan kotak serta kertas untuk meneruskan hidup.

Kes sebegini semakin banyak telah dilaporkan di Syria dan keperluan bantuan kecemasan sangat diperlukan.

Pembaca boleh menyelami sendiri kesedihan remaja ini menerusi paparan YouTube yang berjudul RescueSyria-Makan kotak untuk hidup, Video ini berdurasi selama 49 saat.

KAMBING BERTANDUK EMPAT

BIRI-biri unik dan aneh yang mempunyai empat tanduk kepunyaan Lachmanan.
KUALA PILAH,MALAYSIA: “Selama 30 tahun menternak kambing dan lembu ini kali pertama saya menemui kambing biri-biri jantan bertanduk empat,” kata penternak, K Lachmanan, 52, dari Kampung Masjid Tua, Air Mawang, dekat sini, semalam.

Dia berkata, lazimnya biri-biri jantan hanya ada dua tanduk, tetapi biri-biri ini yang juga kacukan Barbados dengan tempatan ada empat tanduk.
“Saya perasan dan terkejut melihat keempat-empat tanduk ini tumbuh serentak ketika ia berusia enam bulan dengan dua menegak dan dua lagi bengkok ke bawah berukuran kira-kira 17 sentimeter setiap satu,” katanya ketika ditemui di kandang kambingnya, di sini.

Lachamanan berkata, kejadian aneh itu bagaimanapun tidak diceritakan kepada sesiapa pun sehinggalah pada Jumaat minggu lalu, dia memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Verterinar (JPV) Kuala Pilah.

VIDEO KAMBING BERTANDUK 4 JUGA DI TEMUI DI INDONESIA:

“Walaupun pelik, saya anggap kejadian ini perkara biasa dan tidak membawa maksud lain di sebalik kejadian itu.

“Biri-biri ini membesar seperti kambing yang lain dan diberi makan dedak serta daun kelapa sawit. Selama menjaganya dari kecil hingga berusia setahun lapan bulan kini, ia tidak banyak ragam dan jinak.

“Buat masa ini, saya belum berhasrat menjualnya kerana berasa sayang dan mahu menjaganya,” katanya yang masih bujang.

Sementara itu, Pengarah Verterinar negeri Dr Azman Shah Abd Manaf berkata, pihaknya akan meninjau biri-biri berkenaan dalam tempoh terdekat ini sebelum memberikan ulasan lanjut.

“Berkemungkinan ia terjadi (bertanduk empat) akibat faktor genetik,” katanya ketika dihubungi.
-ALAMCYBER2020-

TERKINI PETANDA BENCANA MUNGKIN BERLAKU

RIBUAN ikan tamban berenang menuju ke pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah pagi semalam.
KOTA KINABALU , MALAYSIA – Jika pada Mac tahun ini Lahad Datu di Timur Sabah menjadi sasaran serangan pengganas Sulu dari Filipina, lain pula ceritanya semalam apabila beribu-ribu ikan tamban melompat dan ‘menyerang’ pantai Kampung Tambisan di kawasan berkenaan.

Kehadiran ribuan ikan tamban hidup itu yang menukar warna landskap pantai Kampung Tambisan di Felda Sahabat kepada putih telah mencetuskan keresahan penduduk kononnya fenomena bencana tsunami mungkin berlaku.

Perairan Sabah sememangnya terdedah dengan kemungkinan tsunami.
Tiga pelampung boya keselamatan dipasang di perairan Malaysia di Sabah iaitu di Pulau Rondo, Pulau Layang-Layang dan Pulau Sipadan bagi memberi amaran tsunami di kawasan tersebut.
Kejadian pelik ikan tamban melompat dan terdampar di pantai itu disedari penduduk kampung pada kira-kira pukul 8 pagi apabila mereka melihat kawasan pesisir pantai berubah menjadi putih ekoran timbunan ikan tersebut.

LIHAT VIDEO :

Fenomena itu turut mencetuskan pesta ikan di kalangan penduduk kampung yang mengambil kesempatan untuk memunggah ikan ke dalam bekas. -ALAMCYBER2020-

Isnin, 23 Disember 2013

LELAKI BERUSIA 137 TAHUN HANYA BANGUN UNTUK SOLAT

Seorang lelaki yang berusia 137 tahun di Arab Saudi didapati menghabiskan masanya dengan tidur kerana terlalu uzur tetapi dia akan tersedar setiap kali tiba waktu solat.

Warga emas itu akan bangkit daripada tidur dengan dibantu anak lelakinya untuk menunaikan solat setiap kali bunyi azan kedengaran.

Aksi lelaki itu dirakamkan dalam satu klip video pendek dan dimuat naik di laman perkongsian video YouTube untuk pedoman dan iktibar kita semua. 

Dalam rakaman tersebut, lelaki itu dilihat sedang tidur nyenyak apabila anak lelakinya meletakkan tangan di kepala bapanya dan menyatakan waktu solat telah tiba.

Lelaki tua dan uzur itu yang pada mulanya sukar bergerak menjawab 'azan' dalam nada rendah (lemah) dengan air matanya mula menitis. 

"Keadaan ayah saya ini sepatutnya menjadi satu pengajaran kepada kita semua," kata anaknya. Namun, akhbar berkenaan tidak mendedahkan lokasi kediaman lelaki tersebut

Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-

Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun) 

Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.

Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."


Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia 
Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut
Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
(su'ul khatimah)
Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh
Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
(Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)

Hari Qiamat
Hisab keatasnya menjadi sangat berat
Allah SWT tersangat murka kepadanya.
Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.-ALAMCYBER2020-

Ahad, 22 Disember 2013

KETAHUI RAHSIA HIRUP UDARA WAKTU SUBUH

Dr. Abdul Hamid Dayyat, dari Universiti Kaherah Mesir menjelaskan manfaat kesihatan yang diperolehi seseorang dari aktiviti pada waktu Subuh (fajar) dan mandi pada waktu subuh di antaranya adalah gas O3 (ozon). Pada waktu fajar kandungan gas O3 sangat banyak kemudian berkurang sedikit demi sedikit sehingga habis ketika matahari terbenam pada petang hari. 

Gas O3 mempunyai pengaruh yang positif pada urat saraf, mengaktifkan kerja otak dan tulang. Ketika seseorang menghirup udara pada waktu subuh akan merasakan kenikmatan dan kesegaran tiada tara.
Ozon yang terdiri daripada tiga molekul oksigen, berupaya menghapuskan mikroorganisma dan digunakan secara komesial untuk membersihkan sumber bekalan air, menguraikan sisa toksik serta mengekalkan kesegaran makanan yang disimpan.
Dalam rawatan pembersihan darah, ozon bertindak membunuh kuman, membantu membekalkan oksigen kepada tisu serta mengaktifkan sistem pertahanan tubuh.

VIDEO KEPALA BUAYA TERPUTUS DARI BADAN TAPI MASIH HIDUP

PERNAHKAH anda melihat buaya yang sudah dipotong kepalanya tetapi kepalanya masih hidup dan mampu lagi membuka mulutnya untuk menyerang? 

Satu rakaman video menunjukkan kepala seekor buaya yang sudah pun dipotong dari badannya tetapi masih hidup, dan masih lagi mampu membuka mulutnya yang di penuhi gigi tajam yang merbahaya.


Buaya ini kemungkinan dipotong untuk dimasak di restoran-restoran yang menyediakan makanan yang dihasilkan berasaskan buaya. Tukang masak restoran ini bernasib baik kerana tidak dibaham oleh kepala buaya yang sudah terputus badannya.

Apabila melihat video itu, hati saya berkata rupa-rupanya manusia lagi ganas dan zalim dari buaya, buaya berkenaan juga dilihat diperlakukan dengan kejam demi mendapatkan sumber makanan atau kulit daripada mereka.-ALAMCYBER2020-

Rabu, 18 Disember 2013

AKHIR ZAMAN:SALJI KOMPONEN UTAMA DALAM PEMBENTUKAN SUNGAI DAN TANAMAN

SUBHANALLAH salji turun di Mesir.
JIKA di Canada baru-baru ini gempar dengan bunyi dahsyat seperti bunyi tiupan trompet yang bergema dari langit selama 10 minit. Bunyi yang tidak di ketahui oleh para saintis akan puncanya sehingga artikel ini di tulis.

Beberapa hari kebelakangan ini pula, salji turun di Semenanjung Arab selepas dilanda Ribut Alexa. Imam Masjid Haram Syeikh Su'ud Syuraim berkata, terbukti bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah benar-benar seorang Nabi dan Rasul yang menerima wahyu dari Allah.


Syeikh Syuraim menambah, salji merupakan komponen utama dalam pembentukan sungai dan tanaman. Turunnya salji di Semenanjung Arab membuktikan kebenaran dari Nabi S.A.W.

Dalam sebuah hadis, Nabi berkata, "Hari Penghakiman baru akan tiba selepas negara Arab kembali ke ladang hijau dan sungai."

Syeikh Syuraim juga menyebutkan salji telah turun di wilayah Tabuk. Hal ini mengingatkan pada sabda Nabi S.A.W kepada Muadh ketika terjadi Perang Tabuk, "Jika kau berumur panjang, engkau akan melihat tempat ini penuh dengan kebun". -ALAMCYBER2020-