Rabu, 2 Julai 2014

WAJAH DIPLOMAT MALAYSIA DALAM SERANGAN SEKSUAL DI NEW ZEALAND DIDEDAHKAN

Muhammad Rizalman Ismail
WELLINGTON – Malaysia memohon New Zealand menggugurkan kes membabitkan diplomatnya di Wellington, dan berjanji dia tidak akan kembali ke negara itu.

Pegawai Pertahanan, Muhammad Rizalman Ismail dihadapkan ke mahkamah di New Zealand pada 10 Mei lalu atas tuduhan mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pada malam sebelumnya dan menyerangnya di rumahnya berhampiran bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Polis mendakwa dia melakukan pecah masuk dan menyerang dengan niat untuk melakukan perkara sumbang – kedua-dua kesalahan membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun – tetapi dia terlepas daripada pendakwaan dengan menggunakan imuniti sebagai diplomat.

Dalam suratnya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia menyatakan ia ingin mendapatkan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan New Zealand dan Polis New Zealand bagi menimbang menutup semua dokumentasi berhubung kes berkenaan dan menarik balik semua tuduhan.

“Kerajaan Malaysia akan memastikan Rizalman tidak kembali ke New Zealand pada masa hadapan,” menurutnya.

Rizalman kini menghadapi Mahkamah Tentera di Malaysia. – AFP

-mynewshub.my-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan