Rabu, 2 Julai 2014

VIDEO: HOTEL MURAH MENGUNAKAN KOLONG KONKRIT

ANDA tiada duit atau tidak layak buat pinjaman bank untuk membina atau membeli sebuah rumah impian. Tak mengapa jangan risau, dengan modal yang tidak seberapa dan sedikit idea impian anda itu pasti akan terlaksana.

Anda lihat video di bawah ini, dan fikirkan bagaimana hebatnya otak pengusaha hotel di negara China. Dia telah membuat rangkaian hotel yang paling murah di dunia untuk di sewa atau mereka yang sangat-sangat memerlukan tempat berteduh dengan kos dan bajet yang sangat murah.

Siapa sangka 'Kolong Konkrit' yang terbiar boleh dijadikan tempat tinggal yang selesa. Setiap struktur sangat kukuh, direka untuk menampung dua orang, dilengkapi dengan katil double, tandas, dan beberapa 'sentuhan tambahan' seperti penyaman udara dan kalis bunyi. Exteriors tempat tinggal pekeliling telah dihiasi dengan beberapa seni jalanan untuk membuat persekitaran hotel kolong konkrit ini kelihatan lebih menarik. 

Hotel yang pelik ini terbukti semakin popular di kalangan pelancong dan penduduk tempatan. Tempat percutian yang sesuai untuk mereka yang ingin melarikan diri dari tekanan kehidupan moden dan merasai kehidupan yang sederhana.

Anda suka dengan idea ini? bolehlah buat satu untuk bersantai bersama keluarga di hujung minggu.

LIHAT VIDEO :

Oleh: Namialus_2020
Sumber: Daily Mail/odditycentral

Tiada ulasan:

Catat Ulasan