Khamis, 10 Julai 2014

VIDEO: ROKET PEJUANG GAZA MELINTASI MAJLIS PERKAHWINAN BUAT YAHUDI BERTEMPIARAN LARI !

MAJLIS perkahwinan ini meriah pada mulanya
JIKA pendatang Israel fikir mereka boleh bergembira dan hidup selamat di sebalik tembok tinggi yang memisahkan negara haram mereka dengan Palestin, ternyata percaturan itu silap sama-sekali.

GEMPAR! bila siren amaran berbunyi
ROKET Hamas melintasi rendah betul-betul di majlis perkahwinan
Ternyata operasi serangan udara tentera mereka di Gaza pada bulan Ramadhan ini turut mengundang serangan roket bertubi-tubi daripada pejuang jihad Palestin.
BERJAYA di pintas dan meletup di udara
KELIHATAN Pengantin dan orang ramai melarikan diri ketakutan
Natijahnya, pendatang Israel akan dilanda ketakutan setiap kali siren kecemasan dibunyikan.
MAJLIS yang meriah akhirnya lengang dan sepi semuanya lari menyelamatkan diri
Ia memberi amaran setiap kali berlakunya serangan balas daripada pihak pejuang.
Roket terbaru R 160 milik pejuang Hamas, Brigade Izzudil al-Qassam  mampu mencapai sehingga sejauh 150 km ke wilayah Palestin di Haifa yang dikuasai Israel dari Gaza.
Gazan rocket R 160 reaches Israeli occupied Haifa. (Photo: MINA File)
R 160 adalah roket terbaru Al-Qassam 'R' pada roket tersebut merujuk kepada pejuang Gaza Abdul Aziz Rantisi salah satu pemimpin Hamas yang syahid ditembak oleh pasukan Israel pada March 2004. Manakala angka 160 merupakan jarak roket.
Abdul Aziz Rantisi 
Sementara itu sekurang-kurangnya empat roket M 75 milik Al-Qassam berjaya mencapai sejauh kota Al-Quds. Pekikan takbir dari jamaah menggema dari masjid Al-Aqsha menyambut Roket dari Gaza yang mengenai tanah Palestin yang diduduki Israel itu.

Sejak awal Ramadhan Israel terus meningkatkan serangan terhadap Gaza menggunakan pesawat tempur F-16, Drone dan helikpter apache nya.

Inilah satu video terkini yang menunjukkan saat-saat cemas pendatang Israel ini di sebuah majlis perkahwinan apabila roket para pejuang Gaza melintasi ruang udara mereka.

Mungkin inilah ‘harga’ yang perlu mereka bayar akibat kekejaman para pemimpin Zionis terhadap rakyat Palestin. Kini mereka hidup dalam ketakutan...takut mati.

SAKSIKANLAH VIDEO INI BETAPA TAKUTNYA MEREKA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan