Jumaat, 21 Februari 2014

SEORANG DEMI SEORANG LEMAS (VIDEO DAN GAMBAR)

SEORANG- demi seorang jatuh akibat tergelincir ...
NEKAD TERJUN

Segamat: “Pada mulanya, seorang daripada kami terjatuh ke dalam sungai dan ketika nak menyelamatkannya, seorang demi seorang jatuh akibat tergelincir dari tebing yang runtuh.”

Demikian kata Mohamad Shahrul Abdul Halim, 14, mengenai tragedi yang menyebabkan lapan rakannya terjatuh ke dalam Sungai Muar dan dikhuatiri lemas di Buloh Kasap, di sini, kira-kira jam 9 pagi semalam, 

LIHAT VIDEO :

Sehingga jam 8 malam tadi, mayat tiga daripada mangsa sudah ditemui, manakala usaha mencari lima lagi masih dilakukan pihak berkuasa sehingga jam 11 malam.

Mayat Mohd Hafzul Daniel Norhashim, 16, ditemui pada jam 3.29 petang diikuti Mohd Zikri Zaidi, 14, pada jam 3.41 petang dan Nazrul Aminuddin Zamri, 15, pada 4.22 petang.

Ketiga-tiga mangsa ditemui kira-kira dua meter dari lokasi mereka dikatakan kali terakhir dilihat.

PASIR JERLUS:
Kejadian dipercayai berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, yang seolah-olah ‘menyedut’, mangsa apabila terpijak dasar sungai itu.
 Dipercayai berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar (Sekadar gambar hiasan)
Apabila mangsa memijak dasar sungai yang mencecah kedalaman sehingga enam meter, kaki terbenam dan ‘disedut’ sehingga gagal menyelamatkan diri.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk So’iman Jahid, berkata lokasi mempunyai kedalaman lebih berbanding tempat lain kerana kegiatan mengorek pasir dilakukan di kawasan itu.

“Cuaca panas sejak kebelakangan menyebabkan air sungai menjadi cetek sehingga terbentuknya teluk dan beting pasir jerlus di tengah sungai,” katanya.

Sebelum kejadian itu, 12 remaja berkenaan dari Taman Mewah, yang terletak kira-kira dua kilometer dari sungai itu, berjoging di tepi sungai berkenaan.

Mereka yang berjoging kira-kira jam 6.30 pagi, singgah menghirup udara pagi di tepi Sungai Muar berhampiran lokasi kejadian.

Mohd Shahrul berkata, ketika berada di tepi sungai itu, ada dalam kalangan mereka mengingati sesama sendiri supaya tidak pergi ke gigi air kerana bimbang terjatuh.

“Belum habis bercakap, tiba-tiba Mohd Hafizuddin tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai dan tangan terkapai-kapai.

“Pada mulanya, kami ingatkan dia bergurau, tetapi apabila dia tenggelam, Mohd Izoan dan Mohd Noreen terus terjun untuk menyelamatkannya.

“Apabila melihat Mohd Izoan dan Mohd Noreen tidak juga timbul, Mohd Zikri dan Nazrul Aminuddin pula terjun bagi menyelamatkan mereka,” katanya.

Dalam keadaan cemas dan panik, Nazrul atau dikenali Ayoi, meminta rakannya yang terkapai-kapai dalam sungai supaya bersabar dan mengarahkan rakan di darat mencari tali dan kayu.

Bagaimanapun, belum sempat empat rakan yang berada di darat mendapatkan tali atau kayu, Ayoi turut tenggelam.

MIMPI MAYAT BUSUK SEBELUM LEMAS:
SUHAILI (dua dari kanan) tidak dapat menahan kesedihan selepas anaknya Mohd. Nazrul ditemui mati lemas di Sungai Muar, Segamat semalam.
Mimpi buruk tentang mayat busuk yang dialami ibu salah seorang mangsa lemas di Sungai Muar di sini rupa-rupanya petanda dia kehilangan anaknya.

Suhaili Sarudin, 39, dari Taman Mewah, Buloh Kasap berkata, mimpi itu menimbulkan tanda tanya sebelum terjawab apabila dia mendapat berita anaknya, Mohd. Nazrul Aminuddin Zamri, 16, lemas di sungai semalam.

"Dua hari lalu, saya bermimpi menemui mayat busuk di sebuah tempat dan ia amat menghairankan saya. Anak saya, Mohd. Nazrul yang kami panggil Ayoi keluar rumah pada pukul 6.30 pagi bersama 11 orang rakannya untuk berjoging di kawasan berdekatan.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat yang di jumpai di dasar sungai
"Saya diberitahu, semasa kejadian anak saya itu cuba membantu rakannya yang sedang tenggelam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

5W8HYNZK7YN7

Tiada ulasan:

Catat Ulasan