Ahad, 9 Februari 2014

PETIR YANG TAK PERNAH BERHENTI SEJAK RIBUAN TAHUN HINGGA SEKARANG

INILAH satu fenomena keajaiban alam yang berlaku di bumi, yang masih menjadi misteri sejak ribuan tahun sehinggalah sekarang. Terletak di muara sungai Catatumbo berhampiran Tasik Maracaibo (Venezuela). 



Fenomena misteri itu adalah, berlakunya petir dan kilat sabung-menyabung yang sangat dahsyat dan bunyinya yang mengegarkan jantung sesiapa saja yang mendengar dan melihatnya. Fenomena inilah yang dinamakan 'Catatumbo Lightning'. Kejadian misteri ini berlaku setiap hari sejak ribuan tahun dahulu tanpa pernah berhenti sehingga sekarang.

Cuba anda bayangkan, petir tersebut menyambar selama 10 jam dalam sehari, dan petir tersebut menyambar sehingga 280 kali sambaran dalam satu jam. Boleh anda bayangkan berapa kali 'petir Catatumbo' menyambar dalam sehari !!

Dan yang lebih menakjubkan lagi, dalam satu tahun, petir ini menyambar sehingga 140 hingga 160 hari dari 365 hari dalam setahun. Dan petir tersebut kebanyakkannya menyambar dengan ketinggian 5 km. Subhanallah! Sungguh luar biasa sekali...

Sejak ribuan tahun para pelaut telah menggunakan 'Catatumbo Lightning' sebagai arah panduan agar mereka tidak tersesat di lautan. Kerana 'Catatumbo Lightning' boleh dilihat dari jarak sehingga 400km atau 250 batu jauhnya. 

Walaupun saintis telah membuat banyak kajian dan teori mengenai fenomena misteri ini, tetapi apa yang menyebabkannya terjadi begitu masih tidak dapat di rungkai sehingga kini.

Kawasan fenomena misteri itu akan diletakkan di bawah perlindungan UNESCO, kerana ia adalah satu fenomena yang luar biasa yang pernah berlaku di planet bumi.

KEJADIAN PETIR DAN GURUH ADA DI SEBUTKAN DIDALAM AL-QURAN:

Surah An Nur, Ayat 43:


Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. 

Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.

Surah Ar Ra'd:

Adalah surah ke-13 dalam Al Qur'an dan terdiri atas 43 ayat. Surah ini dinamakan Ar Ra'd yang bererti guruh (petir) kerana dalam ayat 13 ini Allah berfirman yang ertinya "Dan guruh itu bertasbih sambil memuji-Nya", menunjukkan sifat kesucian dan kesempurnaan Allah SWT.

Dan lagi sesuai dengan sifat Al-Quran yang mengandungi ancaman dan harapan, maka demikian pulalah halnya bunyi guruh itu menimbulkan kecemasan dan harapan kepada manusia.

Isi yang terpenting dari surah ini ialah bahawa bimbingan Allah kepada makhluk-Nya bertalian erat dengan hukum sebab dan akibat. Bagi Allah SWT tidak ada pilih kasih dalam menetapkan hukuman. Balasan atau hukuman adalah akibat dan ketaatan atau keingkaran terhadap hukum Allah.

LIHAT VIDEO :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan