Jumaat, 28 Februari 2014

VIDEO LELAKI MENCURI BENANG KAABAH SEMASA UMRAH

Kesucian Kaabah sejak akhir-akhir ini telah di cemari dengan segelintir umat Islam yang mengambil kesempatan mencuri cebisan kain Kaabah yang di carik kecil utuk di bawa pulang sebagi kenangan atau tangkal.

Dalam video yang berjaya di rakam secara sulit ini kelihatan lelaki mengoyak  benang Kaabah, di fahamkan kejadian seumpama ini berlaku semasa musim mengerjakan umrah.


LIHAT VIDEO :

Kebiasaanya orang akan membawa pulang air zam-zam sebagai kenaqngan pulang dari umrah, tetapi mencuri dan menjadikan cebisan kain dan benang kaabah dianggap luar biasa dan mencemari kesucian Kaabah itu sendiri.

Seorang ulama ternama, Nabil al-Awadi, mengatakan amalan tersebut dilarang dan mendesak para jemaah untuk berhenti mengambil benang daripada kain penutup Kaabah.

"Mengoyakkan benang dari Kaabah adalah haram (dilarang) dan berbahaya bagi penutup Kaabah, walaupun para jemaah melakukannya dengan niat baik, tapi mereka membuat kesalahan besar," kata Al-Awadi.

"Sebenarnya, kain penutup itu mendapat berkat dari tembok Kaabah, tapi benang di kain itu tidak mengandungi berkat apapun," katanya lagi.

Kononnya kiswah atau cebisan kain Kaabah dan benang Kaabah ini mampu dijadikan azimat sebagai pelaris perniagaan atau pelindung. Kisawah atau cebisan kain Kaabah serta benanag Kaabah yang di curi ini biasanya berukuran panjang 6cm dan lebar 4cm. Biasanya saiz sebigini boleh di jual dengan harga RM 380.00 setiap satu.

FENOMENA TANGKAL :

Satu fenomena yang amat membimbangkan di kalangan umat Islam hari ini adalah kerapuhan aqidah yang meruncing. Ini antaranya dapat dilihat melalui suburnya amalan-amalan khurafat, tahayyul, bid’ah dan syirik. 

Di antara contoh mudah yang dapat kita perhatikan adalah suburnya amalan tangkal dan pelaris. Kunjungi dan singgahlah di mana-mana kedai makan orang Melayu atau Mamak, sebahagian besar dari mereka pasti ada menggantung sesuatu di bahagian dinding berdekatan kaunter bayaran.
Biasanya berukuran panjang 6cm dan lebar 4cm

CEBISAN Kisawah atau kelambu Kaabah yang di jadikan azimat
Kalau kita perhatikan baik-baik biasanya pada bahagian dinding tersebut mereka gantung dengan sesuatu mungkin sama ada berupa bingkai (frame) berisi kertas kuning atau kilat berwarna perak, gantungan kain hitam atau kuning yang diikat, gambar “wali keramat”, ayat bismillah 7, lambang khatamun nubuwwah, al-Qur’an kecil, cebisan kain kelambu ka’abah, dan benang Kaabah, tulisan-tulisan jawi berbentuk formasi aneh, “ayat 1000 dinar”, atau rajah-rajah dan simbol-simbol pelik yang hanya boleh difahami oleh pembuat tangkal.

Kalau di rumah-rumah pula, masih ramai yang menyimpan dan menggantungkan tulisan ayat al-Kursi di Masih ramai masyarakat Islam di negara kita hari ini meyakini tangkal-tangkal dan azimat-azimat tersebut mampu menarik kebaikan dan menolak mudharat.

TANGKAL TIADA MANFAATNYA :

Apabila budaya khurafat dan kepercayaan tahayyul seperti ini berleluasa, selagi itulah umat Islam akan terus dilanda kehinaan, kebodohan, kelemahan, dan kerugian. Kerana kebergantungan mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala telah bertukar kepada tangkal dan azimat yang tidak mampu berbuat apa-apa tersebut. Disebabkan kejahilan, wang dibelanjakan untuk membeli syirik.

Kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Sesiapa yang menggantungkan sesuatu (berupa tangkal), maka segala urusannya akan diserahkan kepadanya (kepada tangkal).” (Hadis Riwayat Ahmad, 31/78, no. 18781. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)

Sesiapa yang menggantungkan tangkal, jiwa dan hidupnya akan mudah terganggu dan tidak tenteram. Malah ia telah melakukan pula kesyirikan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Sesiapa yang menggantung tamimah maka semoga Allah tidak menyempurnakan apa yang dimilikinya, dan sesiapa yang menggantungkan wada’ah, semoga Allah tidak membiarkannya dalam ketenangan.” (Majma’ az-Zawa’id, 5/175. Kata al-Haitsami, “Hadis Riwayat Ahmad, Abu Ya’la, dan ath-Thabrani, para perawinya tsiqah.”. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)

MEMBUANG TANGKAL :

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengatakan:

“Jangan kamu tinggalkan satu kalung pun pada leher unta melainkan ianya harus dipotong.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/190, no. 2783)

Para ulama menjelaskan berkaitan hadis ini bahawa apa jua bentuk tali yang diikatkan pada leher unta (atau haiwan) yang padanya mengandungi kepercayaan atau i’tiqad tertentu (sebagai tangkal) maka ia wajib ditanggalkan (dihapuskan). Demikian juga pada selain itu.Wallahhu a’lam.-ALAMCYBER2020-

Khamis, 27 Februari 2014

IDEA PELIK TELUR TERSEKAT DALAM KEMALUAN

INILAH telur rebus yang berjaya dikeluarkan dari kemaluan seorang wanita
Shanghai: Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat doktor untuk mengeluarkan telur rebus yang tersekat di kemaluannya selepas melakukan tabiat pelik bersama suaminya ketika mengadakan seks dengan suaminya.

Doktor di Shanghai berjaya mengeluarkan telur rebus itu baru-baru ini. 

Suami wanita berkenaan berkata, dia memasukkan telur rebus yang telah dikopek kulitnya itu ke dalam kemaluan isterinya untuk mencuba sesuatu yang baru ketika mengadakan seks. 

Namun, tidak lama selepas itu, isterinya mengadu mengalami sensasi yang luar biasa di bahagian berkenaan.

Pasangan dalam lingkungan usia 20-an itu berkata, mereka cuba mengeluarkannya menggunakan penyepit dan sudu, apabila usaha itu gagal, wanita itu cuba mengeluarkannya dengan melompat -lompat tetapi gagal juga.

Dr Guo Xinxin daripada jabatan sakit puan hospital berkenaan berkata, pasangan itu mengambil risiko yang tinggi. 

“Apabila sudah berada dalam kemaluan, ia mengandungi campuran bakteria yang rumit dan telur rebus itu akan mereput. Pasangan harus berhati-hati tetapi jika mereka mempunyai masalah seperti itu, mereka harus cepat mendapatkan rawatan di hospital,” katanya. -Agensi

-SUMBER-

Rabu, 26 Februari 2014

GOOGLE PLAY BUAT TELEFON PINTAR PULAK?

Moto G Google Play Edition
Duit 'BR1M' dah dapat... nak beli telefon pintar canggih yang ribuan ringgit duitnya tak cukup pulak.

Haa! ini sebuah lagi telefon pintar yang mampu milik dan canggih 'Google Play Edition' kini boleh didapati di pasaran. Telefon pintar itu adalah 'Moto G Google Play Edition' dilancarkan oleh Google di Google Play.

Seperti telefon pintar Google Play Edition lain, inovasi ini didatangkan dengan sistem operasi Android. Motorola juga memilih menggunakan Android KitKat 4.4 pada telefon pintar berkenaan. Harga pasarannya adalah sekitar AS$179 (RM587). 

Telefon pintar ini mempunyai ciri skrin berukuran 4.5 inci HD 1280 x 720 piksel. Google turut menyediakan pilihan model 8GB dan 16GB. Selain itu, telefon pintar itu turut dilengkapi prosesor Snapdragon 400 quadcore 1.2GHz serta bateri berkapasiti 2070 mAh. 

LIHAT VIDEO :

Moto G Google Play Edition mempunyai sambungan HSPA+ sesuai dengan rangkaian GSM. Terdapat juga sambungan lain seperti wi-fi dan bluetooth 4.0. Teknologi terkini itu turut, dilengkapi kamera utama 5mp dan kamera kedua 1.3mp.

BANTAH KLIP VIDEO TERBAHARU KATY PERRY

Katy Perry dalam klip video terbaru 'Dark Horse'
Satu video muzik terbaharu penyanyi popular, Katy Perry mungkin dikeluarkan dari laman web perkongsian video, YouTube selepas seorang lelaki membantah tindakan seorang penari dalam video berkenaan yang memakai rantai mengandungi kalimah Allah, lapor akhbar MailOnline semalam.

Shazad Iqbal yang berasal dari Bradford membuat satu petisyen di internet bagi mendesak YouTube mengeluarkan klip video berkenaan kerana ia menghina agama Islam.

Petisyen berkenaan kini ditandatangani hampir 40,000 pengguna internet dari seluruh dunia termasuk Australia, Arab Saudi, Pakistan dan Bangladesh.

LIHAT VIDEO :

Dalam klip video yang berjudul Dark Horse itu, Perry menjadi seorang puteri ketika zaman purba Mesir dan sedang memilih beberapa orang lelaki untuk menjadi pasangannya.

Dalam satu babak video muzik itu, seorang lelaki yang muncul dengan memakai rantai tertera kalimah Allah kemudiannya menjadi pasir kerana dia tidak memenuhi ciri-ciri untuk menjadi pasangan puteri tersebut.
"Video ini secara terang-terangan menghina Islam kerana Perry yang dilihat seperti seorang yang jahat memusnahkan seseorang yang memakai rantai tentera kalimah Allah," katanya. - Agensi

TANDA TERBARU KIAMAT SEMAKIN HAMPIR ?


Kejadian luarbiasa ini di kabarkan berlaku pada 22-2-2014 pukul 7:17 pagi waktu Arab Saudi. Adakah ini membuktikan Semenanjung Arab bakal muncul tanah paling subur?


LIHAT VIDEO :

Anda jangan terkejut suatu hari nanti negeri-negeri yang mana muka buminya rendah bakal tenggelam ekoran kecairan bongkah ais di kutub utara dan selatan sekarang.
MENGEMPARKAN! salji pernah turun di Gurun Sahara suatu ketika dulu.
Ia bakal mengulangi apa yang pernah berlaku pada zaman air batu, di mana padang pasir gersang di negara-negara Arab ketika zaman tersebut dialiri anak-anak sungai.

Malah Semenanjung Tanah Arab merupakan kawasan paling subur di dunia pada zaman air batu.

Dalilnya dirakam dalam al Quran surah Saba’ di mana penduduk negeri Saba’ hidup dengan kemewahan kerana buminya begitu subur.
SALJI  elemen penting kearah penyuburan bumi yang tandus ini
zaman air batu kedua akan kembali semula, prosesnya sedang berlaku sekarang. Kutub utara mulai mengalami pencairan air batu sekarang. Kawasan utara Semenanjung Arab juga dikesan mengalami perubahan cuaca di mana kawasan kering mengalami salji beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saintis berpendapat bumi Arab akan dipenuhi kembali dengan anak sungai"!
SALJI turun di bumi Arab pernah mengemparkan dunia...
penemuan saintifik mengenai Semenanjung Arab selaras dengan Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Hari Kiamat tidak akan muncul sebelum bumi Arab sekali lagi menjadi bumi hijau (subur) dan dipenuhi sungai-sungai”.

Negara Belanda akan menerima kesan paling cepat dengan kecairan ais di kutub utara. Begitu juga negara berpulau seperti Singapura juga bakal berdepan situasi serupa.

Tabu sekarang menjadi pembekal buah anggur terbaik di Madinah, sedangkan dahulu merupakan kawasan kering kontang.

Malah Semenanjung Arab juga berjaya menghasilkan gandum jenis terbaik di dunia.

Penyelidikan satelit tentang muka bumi Arab menunjukkan kesan tali air dan pengairan wujud di bawah timbunan pasir di Yaman.

Begitu juga Bandar Iram ditemui tertimbus di bawah timbunan pasir sedalam 16 meter beberapa tahun lepas.

Al Quran dan sains tidak boleh dipisahkan, malah kitab itu merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Rasullah s.a.w..

Sabtu, 22 Februari 2014

EKZOS BULUH 'SENIMAN BUJANG LAPOK' JADI KENYATAAN

BABAK dalam 'Seniman Bujang Lapok' pasal ekzos buluh
"OOHHH!!! dia pakai exzos besi rupanya, patutlah bunyi, pom! pom! pom! kuat sangat...apa kata kita gantikan dengan ekzos buluh", ini lah dailog keramat Sudin dalam filem seniman bujang lapok yang paling di ingati hingga sekarang.


LIHAT VIDEO :

Ajaibnya walaupun dailog itu di ucapkan puluhan tahun dulu oleh Sudin, namun siapa sangka dailog keramat ini telah menjadi kenyataan pada zaman sekarang. Ceritanya begini, seorang petani tidak mampu kerana terlalu miskin untuk mengantikkan ekzos motorsikalnya yang patah dan telah berkarat.
Namanya Fang berasal dari pekan Chongzuo di China. Dia telah mengunakan idea 'Seniman Bujang Lapok' untuk mengantikan ekzos motorsikalnya dengan sebatang buluh, walaupun Fang tidak pernah menonton filem tersebut lucu kan...
Idea Fang menjadi, ekzos buluhnya berfungsi seperti ekzos biasa dan bunyinya agak senyap berbanding dengan ekzos besi. Seperti dalam dialog 'seniman bujang lapok' ekzos besi bunyinya kuat pom!pom!pom! sebab itulah si Sudin nak tukar dengan ekzos buluh biar bunyinya senyap sikit, dan tidak menganggu jiran sebelah hendak tidur agaknya.
Sekarang motorsikal Fang menjadi popular dan jadi perhatian kemana saja beliau pergi. Betul kat aorang tua-tua "Tiada rotan akar pun berguna juga". -ALAMCYBER2020-

Jumaat, 21 Februari 2014

GUNUNG TERCANTIK DI DUNIA

MENAKJUBKAN! seperti sebuah lukisan
Gunung berapi "Mayon" ini pernah dimasukkan untuk pencalonan sepuluh senarai terbaru Tujuh Keajaiban Dunia.

Bagaimanapun, ramai melihat kegagalan Mayon di wilayah Albay di Bicol, selatan pulau Luzon di tengah Filipina itu akibat kebimbangan pihak berkuasa berikutan kemunculan tanda-tanda amaran ia akan aktif dan mengganas semula. Jika tidak gunung berapi Mayon pasti termasuk dalam 7 keajaiban dunia.

LIHAT BETAPA INDAHNYA GUNUNG MAYON :

Hakikatnya, Gunung berapi Mayon tidak pernah meragut mangsa sejak 16 tahun lalu selepas ia membunuh 77 orang pada 1993, itu pun disebabkan kedegilan penduduk terbabit mengikut arahan pihak berkuasa supaya mereka berpindah. Sebaliknya mereka masih leka bercucuk tanam di kebun.
Daragong Magayon
Di sebalik persepsi negatif, Mayon tidak memiliki sejarah kejam, bahkan penduduk menggelarnya Magayon sempena kisah legenda seorang srikandi Filipina, dikenali sebagai Daragong Magayon yang bererti wanita cantik dalam dialek tempatan.
Tidak hairanlah, sesuai dengan namanya, Mayon dianggap gunung berapi tercantik di dunia. Termasuk dalam kategori stratovolcano iaitu memiliki banyak lapisan bertingkat, ia turut dirujuk kerana bentuk kon simetrik paling sempurna.
KECANTIKAN Daragong Magayon menjadi rebutan
Dari segi geografi, Mayon yang mencatat ketinggian 2,462 meter dari paras laut itu ialah sebahagian daripada lingkaran api Lautan Pasifik dan disifatkan gunung berapi paling aktif di Filipina berbanding Pinatubo, Taal, Canlaon dan Ragang.
Ironinya, Mayon yang terletak hanya sepuluh kilometer dari Teluk Albay itu dikelilingi pula oleh banyak zon perbandaran yang padat penduduk iaitu Legazpi, Daraga, Camalig, Guinobatan, Ligao, Tabaco, Malilipot dan Santo Domingo.
Bayangkan rekod 49 kali letusan, ia mencipta rekod sebagai gunung paling kerap memuntahkan lahar berbanding saingan terdekat, Taal yang setinggi 400 meter. Taal sudah meletus sebanyak 33 kali sejak 1572 hingga 1977.
Mereka yang hidup di sekitar Mayon boleh dianggap lali malah bosan dengan arahan kerajaan untuk bersiap siaga dipindahkan tetapi kesudahannya, ia menjadi 'pembaziran' apabila gunung itu tidak pula meletup.

DILEMA
Kali terakhir pemindahan besar-besaran melibatkan lebih 73,000 penduduk apabila Mayon meletus pada 1984 dan sejak itu, jumlah mereka yang diarahkan berpindah semakin berkurangan dan ramai lebih rela mati di rumah sendiri.

Ada yang mempertikaikan ramalan Institut Kajian Volkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) yang disifatkan sebagai kurang berpengalaman dan mudah gelabah apabila baru ternampak asap kecil berkepul di puncak gunung berapi itu.
Ini dapat dilihat pada pertengahan 2006 apabila agensi itu mengerah 20,000 penduduk berpindah kononnya Mayon akan meletup pada bila-bila masa dan selepas lima bulan, ternyata gunung itu sebenarnya belum lagi tiba waktu untuk meletus.

Sebaliknya, jika dilihat sejarah ramai penduduk yang maut bukan kerana letusan Mayon tetapi faktor lain seperti bencana Taufan Durian pada akhir 2006. Ia mengakibatkan banjir lumpur dan lebih 1,300 orang yang mati ditimbus hidup-hidup.
Malapetaka dahsyat itu juga meragut nyawa ramai pelajar Universiti Aquinas di Legazpi City yang sedang tidur di asrama selain menyebabkan banjir besar dan bekalan elektrik terputus di beberapa bandar raya berdekatan untuk tempoh yang lama.

Angka itu kurang separuh daripada jumlah yang maut ketika Mayon mengganas pada 1 Februari 1814 tetapi ia tidak dapat menandingi letusan pada 1766 apabila lahar gunung tersebut mampu mencecah puncak menara loceng sebuah gereja.

Ketika itu, lahar Mayon bukan sekadar memadam pekan Cagsawa daripada peta Filipina, malah mencapai paras semua pokok yang setinggi sembilan meter dan langsung menghilangkan rangkaian sungai di sekitar kawasan tersebut.
Lebih seabad kemudian iaitu pada 23 Jun 1897, Mayon kembali menggegarkan bumi dengan hujan lahar selama tujuh hari tanpa henti dalam lingkungan 160 kilometer persegi. Ia menimbus ratusan penduduk dan pekan sehingga ketinggian 15 meter.

Kini, penduduk Teluk Albay hidup dalam dilema apabila Pengarah Phivolcs, Renato Solidum pada 28 Disember 2009 lalu menyifatkan Mayon belum 'berehat' walaupun status amaran diturunkan kepada paras sederhana rendah.

Bagaimanapun, mereka boleh menarik nafas lega apabila kajian agensi itu awal tahun ini menunjukkan jika berlaku letusan, dianggarkan antara 20 juta hingga 23 juta meter padu lahar sahaja yang akan dimuntahkan untuk letusan ke-50.
Ia kecil berbanding letusan terakhir pada 2006 menyaksikan 60 juta meter padu lahar penuh gas berbahaya sulfur dioksida. Saintis menjangka kekurangan itu mungkin akibat Mayon terlalu kerap meletus dalam jangka waktu yang hampir.

Data diperoleh hasil pemantauan berkala Phivolcs menerusi tiga unit telemetrik yang dipasang di lereng gunung itu dan dianalisis ibu pejabat agensi tersebut di Ligñon Hill, 10 kilometer dari situ dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Filipina.

TENAGA GEOTERMAL:
Adakah ramalan Phivolcs itu sekadar menutup kelemahan selepas dikritik ramai pihak kerana kurang efektif atau mungkin juga ini menandakan zaman Mayon sebagai gunung berapi aktif bakal berakhir tidak lama lagi?

Sementara itu, Profesor Dr. Azman Abdul Ghani dari Jabatan Geologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) berkata, gunung berapi memberi kesan yang buruk bukan sahaja kepada manusia tetapi juga pada hidupan lain. Namun, tanpa kita sedari gunung berapi juga memberi impak yang baik.
"Paling besar ia boleh mengakibatkan bencana alam. Kita tidak dapat menganggarkan bila gunung berapi akan meletup walaupun pelbagai alat canggih digunakan. Apabila berlakunya letupan besar serta-merta kematian akan berlaku.

"Walau bagaimanapun, bukan semua gunung berapi memberi impak negatif. Sebaliknya ia dapat mengeluarkan tenaga geotermal. Tenaga panas yang tersimpan dalam perut bumi yang memberi manusia alternatif bagi menggantikan tenaga elektrik.
"Tetapi tidak semua gunung berapi mengeluarkan tenaga geotermal. Hanya gunung berapi di Jepun dan New Zealand didapati mempunyai tenaga geotermal," katanya.

BAGAIMANA KEJADIAN GUNUNG BERAPI BOLEH BERLAKU?

"Gunung berapi terjadi apabila plat tektonik berlanggar antara satu sama lain. Plat tektonik ini merupakan kerak bumi yang disokong oleh cairan lahar yang dikenali sebagai magma di bawahnya.

"Apabila berlakunya pergerakan antara plat tektonik, ia akan memberi tekanan kepada magma untuk keluar daripada gunung berapi," katanya yang memberitahu di Asia terdapat tiga negara yang mempunyai gunung berapi iaitu Jepun, Indonesia dan Filipina.

Tambahnya, gunung berapi juga memberi kesan yang buruk kepada hidupan. Ini kerana, pengoksidaan SO2 yang berterusan daripada gunung berapi akhirnya menyebabkan hujan asid.

Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan dan kereta menjadi pudar, mudah rosak dan cepat berkarat.

Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

5W8HYNZK7YN7

SEORANG DEMI SEORANG LEMAS (VIDEO DAN GAMBAR)

SEORANG- demi seorang jatuh akibat tergelincir ...
NEKAD TERJUN

Segamat: “Pada mulanya, seorang daripada kami terjatuh ke dalam sungai dan ketika nak menyelamatkannya, seorang demi seorang jatuh akibat tergelincir dari tebing yang runtuh.”

Demikian kata Mohamad Shahrul Abdul Halim, 14, mengenai tragedi yang menyebabkan lapan rakannya terjatuh ke dalam Sungai Muar dan dikhuatiri lemas di Buloh Kasap, di sini, kira-kira jam 9 pagi semalam, 

LIHAT VIDEO :

Sehingga jam 8 malam tadi, mayat tiga daripada mangsa sudah ditemui, manakala usaha mencari lima lagi masih dilakukan pihak berkuasa sehingga jam 11 malam.

Mayat Mohd Hafzul Daniel Norhashim, 16, ditemui pada jam 3.29 petang diikuti Mohd Zikri Zaidi, 14, pada jam 3.41 petang dan Nazrul Aminuddin Zamri, 15, pada 4.22 petang.

Ketiga-tiga mangsa ditemui kira-kira dua meter dari lokasi mereka dikatakan kali terakhir dilihat.

PASIR JERLUS:
Kejadian dipercayai berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, yang seolah-olah ‘menyedut’, mangsa apabila terpijak dasar sungai itu.
 Dipercayai berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar (Sekadar gambar hiasan)
Apabila mangsa memijak dasar sungai yang mencecah kedalaman sehingga enam meter, kaki terbenam dan ‘disedut’ sehingga gagal menyelamatkan diri.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk So’iman Jahid, berkata lokasi mempunyai kedalaman lebih berbanding tempat lain kerana kegiatan mengorek pasir dilakukan di kawasan itu.

“Cuaca panas sejak kebelakangan menyebabkan air sungai menjadi cetek sehingga terbentuknya teluk dan beting pasir jerlus di tengah sungai,” katanya.

Sebelum kejadian itu, 12 remaja berkenaan dari Taman Mewah, yang terletak kira-kira dua kilometer dari sungai itu, berjoging di tepi sungai berkenaan.

Mereka yang berjoging kira-kira jam 6.30 pagi, singgah menghirup udara pagi di tepi Sungai Muar berhampiran lokasi kejadian.

Mohd Shahrul berkata, ketika berada di tepi sungai itu, ada dalam kalangan mereka mengingati sesama sendiri supaya tidak pergi ke gigi air kerana bimbang terjatuh.

“Belum habis bercakap, tiba-tiba Mohd Hafizuddin tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai dan tangan terkapai-kapai.

“Pada mulanya, kami ingatkan dia bergurau, tetapi apabila dia tenggelam, Mohd Izoan dan Mohd Noreen terus terjun untuk menyelamatkannya.

“Apabila melihat Mohd Izoan dan Mohd Noreen tidak juga timbul, Mohd Zikri dan Nazrul Aminuddin pula terjun bagi menyelamatkan mereka,” katanya.

Dalam keadaan cemas dan panik, Nazrul atau dikenali Ayoi, meminta rakannya yang terkapai-kapai dalam sungai supaya bersabar dan mengarahkan rakan di darat mencari tali dan kayu.

Bagaimanapun, belum sempat empat rakan yang berada di darat mendapatkan tali atau kayu, Ayoi turut tenggelam.

MIMPI MAYAT BUSUK SEBELUM LEMAS:
SUHAILI (dua dari kanan) tidak dapat menahan kesedihan selepas anaknya Mohd. Nazrul ditemui mati lemas di Sungai Muar, Segamat semalam.
Mimpi buruk tentang mayat busuk yang dialami ibu salah seorang mangsa lemas di Sungai Muar di sini rupa-rupanya petanda dia kehilangan anaknya.

Suhaili Sarudin, 39, dari Taman Mewah, Buloh Kasap berkata, mimpi itu menimbulkan tanda tanya sebelum terjawab apabila dia mendapat berita anaknya, Mohd. Nazrul Aminuddin Zamri, 16, lemas di sungai semalam.

"Dua hari lalu, saya bermimpi menemui mayat busuk di sebuah tempat dan ia amat menghairankan saya. Anak saya, Mohd. Nazrul yang kami panggil Ayoi keluar rumah pada pukul 6.30 pagi bersama 11 orang rakannya untuk berjoging di kawasan berdekatan.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat yang di jumpai di dasar sungai
"Saya diberitahu, semasa kejadian anak saya itu cuba membantu rakannya yang sedang tenggelam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

5W8HYNZK7YN7

REMAJA MATI DIREJAM KERANA FB RUPANYA PALSU CNN TARIK LAPORAN

WASHINGTON – Kisah seorang remaja di Damsyik direjam hingga mati gara-gara mempunyai akaun Facebook yang disiarkan oleh agensi berita iCNN, mencetuskan spekulasi di kebanyakan laman web berita, semalam.

Kelmarin, agensi itu memaparkan berita kumpulan militan Iraq dan Syria (ISIS) merejam Fatoum Al- Jaseem di utara Syria hingga mati selepas Mahkamah Syariah Al-Raqqa mendapati gadis itu melakukan jenayah sama seperti berzina.

Menurut sebuah blog, ia adalah satu propaganda untuk melagakan negara Islam yang sedang dilanda perang saudara. 

Kisah berjudul Syrian girl stoned to death for using Facebook account telah dikongsi lebih 294,000 pengguna laman web selepas kisah tersebut disebarkan oleh agensi berita Fars yang merupakan pro Presiden Syria Bashar al-Assad.

“Gambar disebarkan itu juga adalah sedutan filem Stoning of Soraya dihasilkan pada tahun 80-an,” menurut satu laporan.

Sejurus mendapat kecaman banyak pihak, Pengarah Kanan Perhubungan Awam CNN, Matt Dornic menarik semula berita berkenaan serta merta, laporan dipetik dari -Agensi.

-mynewshub.my-

Rabu, 19 Februari 2014

GEMPAR PENEMUAN DUYUNG DALAM KAPAL LAMA DI DASAR LAUT

SEKUMPULAN penyelam sedang membuat satu penyelidikan di sebuah runtuhan kapal lama jauh di dasar laut. Secara tiba-tiba muncul satu makhluk seperti seekor ikan yang besar serta mempunyai lengan seperti manusia menyusup keluar dari celah runtuhan kapal.


Dalam keadaan panik dan ketakutan salah seorang penyelam sempat merakamkan makhluk aneh seperti ikan duyung ini. Lokasi kejadian di rahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

LIHAT VIDEO PENEMUAN DUYUNG :

penemuan ini satu lagi bukti ikan duyung memang benar-benar wujud bukan hanya khayalan, namun dimana tempat sebenar ikan duyung ini tinggal di dasar laut masih lagi misteri sehingga ke saat ini.
Cuma sekali-sekala kelibat ikan duyung ini dapat di lihat oleh penyelam-penyelam, itu pun jika mereka bernasib baik. Sebelum ini alamcyber2020 pernah menyiarkan artikel "PENEMUAN IKAN DUYUNG SEBENAR DILAUTAN GREENLAND". (Sila klik untuk membaca artikel tersebut).

Selasa, 18 Februari 2014

SADIS BUDAK DITEMUI DI PADANG PASIR BERSEORANGAN

Pekerja UNHCR membantu Marwan (dua dari kanan) ketika dijumpai berjalan sendirian di tengah padang pasir di Syria.
Damsyik: Seorang budak lelaki berusia empat tahun ditemui berjalan sendirian di tengah padang pasir di Syria selepas terpisah daripada keluarganya ketika melarikan diri daripada perang saudara di negara mereka.

KELIHATAN Marwan berjalan seorang diri mengikut orang ramai menyeberangi sempadan 
Pekerja bantuan terserempak dengan Marwan berhampiran sempadan di Syria dan Jordan. Dia mengenakan baju Nike merah, jaket serta berseluar panjang, dan membawa sebuah beg plastik merah yang diisi dengan barang-barangnya. 
PEKERJA PBB bertanyakan sesuatu kepada Marwan
Gambar menyayat hati yang dirakamkan pada Ahad lalu oleh wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Andrew Harper merakamkan saat pekerja PBB bertemu budak lelaki terbabit yang bersendirian. 
Kira-kira 2.5 juta orang terpaksa melarikan diri untuk ke Kem Pelarian Zaatar sejak konflik saudara bermula tiga tahun lalu. 
Tidak dapat dipastikan bagaimana dia terpisah daripada keluarganya ketika mereka melarikan diri dari perang yang melanda Syria dan menyebabkan berjuta penduduk lain hilang tempat tinggal.

BERTEMU IBUNYA SEMULA
Kem pelarian Zaatari adalah rumah kepada lebih daripada 160,000 orang yang telah melarikan diri dari Syria
“Sekadar memaklumkan kepada anda Marwan selamat bertemu semula (dengan) ibunya sebaik saja selepas dibawa merentasi sempadan Jordan,” kata wakil pesuruhjaya tinggi bagi pelarian PBB di Jordan, Harper, yang menulis di Twitter.

Nota terbabit adalah berikutan rakaman gambar yang menunjukkan seorang pekerja bantuan membawa seorang budak lelaki, manakala pekerja lain datang memberi bantuan kepada budak lelaki itu.
Marwan dibantu untuk menyeberangi sempadan ke Jordan oleh pekerja PBB selepas beliau terpisah dengan keluarganya. Budak kecil ini kemudian akan  ditemukan dengan ibunya sebaik sampai ke kem pelarian kelak.
Marwan adalah antara wajah kesengsaraan di Syria yang membabitkan lebih satu juta kanak-kanak dengan 425,000 daripadanya berusia di bawah lima tahun hilang tempat tinggal.
PEMANDANGAN dari udara Kem Pelarian Zaatar di Jordan, inilah bukti konflik politik membawa  sengsara kepada rakyat Syria

“Perjalanan merentasi padang pasir boleh mengambil masa sehari atau beberapa minggu,” kata jurucakap UNHCR, Andrej Mahecic.

“Ia amat berbahaya kerana masih ada peperangan berterusan dan di tengah musim sejuk jadi ia mungkin terlalu sejuk pada waktu malam.
“Perjalanan berkenaan amat panjang dan meletihkan, jadi mustahil bagi seorang kanak-kanak berusia empat tahun merentasi padang pasir bersendirian. Kami rasa Marwan mungkin sesat ketika tengah malam. Sehingga kini kami belum mengetahui apa-apa.” - AGENSI

LIHAT VIDEO :