Rabu, 16 April 2014

Seram Kuntilanak berkongsi wifi?

Kejadian misteri dan menyeramkan ini benar-benar terjadi kepada admin, begini ceritanya sebaik sahaja admin siap membuat satu post yang bertajuk 'VIDEO: Lagu Terakhir Allahyarham Alda Yang ‘Menyeramkan’(Rintihan Kuntilanak)'.


Tiba-tiba laptop admin shutdown dengan sendirinya...admin periksa sambungan elektrik tiada masaalah. Admin hidupkan semula laptop dan membuat kerja seperti biasa.

Tiba-tiba sekali lagi laptop admin shutdown dengan sendirinya...kejadian ini berlaku sebanyak 4 kali.

Tiba-tiba bulu tengok admin meremang semacam, rasa tak sedap hati pun ada...jam menunjukkan tepat pukul 11:00 malam.

Entah kenapa tiba-tiba admin tergerak hati hendak periksa data sambungan internet. Mana tahu wifi admin kena hacker ke? sebab itulah laptop asyik shutdown dengan sendirinya (ini andaian admin saja).
NAMA PENGGUNA 'KUNTILANAK' TIBA-TIBA MUNCUL...
Alangkah terkejutnya admin sebaik periksa data sambungan internet tertera nama pengguna yang sangat menyeramkan iaitu "kuntilanak". Mungkinkah ini ada kaitan dengan posting yang baru admin buat sebentar tadi? ataupun hanya sekadar kebetulan? dan apa kaitannya laptop admin asyik shutdown dengan sendirinya sebanyak 4 kali?

Untuk memastikan nama pengguna "kuntilanak" ini wujud, admin klik sekali lagi pada icon sambungan internet...nama "kuntilanak" sudah tidak wujud lagi. Beberapa kali admin mencuba... nama itu memang sudah tidak wujud lagi.
NAMA PENGGUNA 'KUNTILANAK' TIBA-TIBA HILANG...
Kerana sepanjang bertahun admin mengunakan wifi hanya nama pengguna seperti '09D44A' dan 'Lim-wifi' sahaja yang wujud dalam 'Wireless Network Connection' admin.

-Wallahhu a’lam-
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan