Rabu, 30 April 2014

Misteri MH370: Mungkin benar pengakuan Raja Dalelah

Raja Dalelah Raja Latife, 53, "Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya lagi.
DAKWAAN seorang wanita yang baharu pulang dari umrah telah melihat bangkai pesawat di perairan Laut Andaman mungkin ada benarnya. Walaupun kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu.

Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air, namun itu semua atas kekuasaan Allah jika di takdirkan ketika itu hijab mata wanita itu dibuka maka ini semua boleh berlaku.
Syarikat GeoResonance percaya pihak berkuasa Australia telah mencari di tempat yang salah.
IMEJ yang berjaya di kesan Syarikat GeoResonance  di Teluk Benggala berdekatan dengan perairan Laut Andaman.
Ini kerana berdasarkan dakwaan yang dilaporkan syarikat GeoResonance kelmarin, yang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu, mengesan objek berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Benggala berdekatan dengan perairan Laut Andaman.

LIHAT VIDEO :


BERIKUT DAKWAAN WANITA TERSEBUT: Seorang Rakyat M'sia Baru Pulang Umrah Dakwa Nampak Bangkai Pesawat Atas Laut Andaman:

Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.
Raja Dalelah Raja Latife, 53, "Saya ternampak objek berwarna perak di atas air".
Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.

Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.

“Saya nampak macam kapalterbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak ini.

Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin tv di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.

“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," ujarnya lagi.

Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar.
"Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya lagi.
INILAH salinan laporan polis yang di buat Raja Dalelah pada 14 mac lalu.
Hanya pada 14 Mac lalu dia telah membuat laporan polis akan apa yang didakwa telah disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius.

Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.
Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar lagi badan pesawat itu berada di dalam air dengan keadaannya yang senget sebelah.

“Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia),” kata beliau.

Raja Dalelah berkata, bila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia telah menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.

“Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya telah menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis," katanya sambil menambah "anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan."

Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan telah berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.

Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.

"Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air," kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan.


MH370: Terkini (01-05-2014) Bangladesh hantar dua kapal perang ke Teluk Benggala.
Bangladesh Air Force
DHAKA: Kerajaan Bangladesh menghantar dua kapal perang ke Teluk Benggala apabila sebuah firma yang berpangkalan di Adelaide, GeoResonance mendakwa mengesan beberapa objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang pada 8 Mac lalu.

“Sebaik saja tiba di kawasan berkenaan, pasukan kami akan mencari dan mengesahkan maklumat itu,” kata Pengarah Perisikan Tentera Laut Bangladesh, Komander Rashed Ali kepada CNN di Dhaka. 


Lawatan tiga hari Obama luar biasa - Tun Mahathir

KUALA LUMPUR 30 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan lawatan tiga hari Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama yang berakhir Isnin, sebagai satu lawatan yang luar biasa.

Presiden Obama meluangkan masa melawat Masjid Negara
Katanya, tindakan Obama meluangkan masa melawat Masjid Negara dan Makam Pahlawan dalam lawatannya telah menggambarkan Obama begitu diplomatik dan pandai mengambil hati.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
``Dia (Obama) sangat diplomatik dan pandai ambil hati orang. Sebab itu dia menang (sebagai Presiden AS),'' kata Dr. Mahathir kepada pemberita selepas melancarkan buku `A UN Chronicle' tulisan diplomat terkemuka Tan Sri Razali Ismail bersama Sharifah Shifa al-Attas di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar di sini hari ini.

Dr. Mahathir menambah, selepas Presiden Lyndon B.Johnson melawat Malaysia hampir 50 tahun lalu tidak ada presiden AS yang melawat negara ini.

``Tetapi Obama pilih untuk buat lawatan. Lawatan ini dapat dedahkan kepada Obama tentang Malaysia. Mungkin Obama pun selama ini hanya banyak dengar tentang Malaysia namun tidak tahu apa-apa,'' katanya.
Presiden Obama di sambut penuh istiadat
Obama, Presiden ke-44 AS mempunyai jadual kerja yang padat ketika berada di negara ini. Pada hari pertama tiba Obama diberikan sambutan rasmi permaidani merah di Dataran Parlimen.
Presiden Obama di Istana Negara
Pemimpin kuasa besar dunia itu dirai dalam jamuan negara bersama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pada Sabtu.
Datuk Najib dan Presiden Obama di Putrajaya
Pada hari kedua lawatan, Obama bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan mesyuarat dua hala di pusat pentadbiran Malaysia di Putrajaya.
Presiden Obama di  Universiti Malaya.
Selain itu, Obama turut menghadiri sesi perjumpaan tidak formal dengan pemimpin belia dari Asia Tenggara yang berlangsung di Universiti Malaya.
Perjanjian bernilai  US$2 bilion (RM6.53 bilion) 
Aturcara hari terakhir lawatan Obama adalah menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian komersial antara syarikat Malaysia dan Amerika bernilai US$2 bilion (RM6.53 bilion) dalam sektor penerbangan, bioteknologi dan insurans. - BERNAMA

Terkini Tiada `Harta Karun' ditemui di Pulau Nangka

MELAKA 30 April - Smart Partnership International (M) Sdn. Bhd. syarikat, yang menjalankan kerja mencari harta peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka dianggarkan bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka, gagal menemui harta itu setakat ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kontrak pencarian selama empat bulan bermula Januari lepas yang diperoleh syarikat itu, akan tamat pada 12 tengah malam ini.

,Mulai esok, katanya, kerja pencarian itu akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat lain, yang akan menumpukan pencarian di kawasan lain di pulau itu.

``Sebenarnya kerja pencarian harta karun di pulau itu telah dilakukan sejak lebih 25 tahun lepas oleh pelbagai pihak tetapi sehingga kini ia tidak ditemui,'' katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Isnin lepas, Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, kerja-kerja mengorek dinding batu di kawasan yang dipercayai pintu tempat simpanan harta itu, sudah siap 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya hari ini.

Idris berkata, kerajaan negeri bercadang menjadikan Pulau Nangka sebagai pusat tarikan pelancong jika harta itu ditemui tetapi tidak dapat dikeluarkan dari pulau itu atas sebab tertentu. - BERNAMA



Selasa, 29 April 2014

VIDEO: Lawak Habis Kesian Brader Ni Disangka Mesin ATM

Apa hal pulak mamat ni cocok kad ATM kat perut aku pulak?
Ini satu insiden yang benar-benar berlaku, bukan satu lakonan semata-mata. Kejadian lawak dan sangat lucu spontan ini berlaku di sebuah bank ketika mamat berjaket hitam ini hendak mengeluarkan duit dari mesin ATM.


Kejadian seperti ini memang boleh berlaku jika kita tidak fokus dan kepala tengah serabut dengan pelbagai masaalah. Mungkin itulah yang berlaku kepada mamat berjaket hitam ini...mujurlah brader yang berbadan sasa tu cool, kalau tidak mungkin lebam biji mata di buatnya.


KAH!KAH!KAH!....
Namun insiden ini mengundang hilai tawa yang spontan dari wanita-wanita yang kebetulan berada disitu. Jika Admin ada pun mau pecah perut jugak dibuatnya...macam-macam hal ragam manusia ni. Jom tengok video dia.

Kembar unik

Shivanath dan Shivram Sahu dari Raipur di tengah India
PASANGAN  kembar siam, Shivanath dan Shivram Sahu dari Raipur di tengah India digelar pasangan istimewa kerana selepas 12 tahun mereka masih bersama.


Mereka yang menjadi kebanggaan penduduk kampung itu bergerak seperti labah-labah dengan cara mengesot untuk ke sekolah dan melakukan aktiviti harian.

Bapanya, Raj Kumar, 45, berkata, anaknya itu berkongsi pinggang, perut, hati, kaki dan mempunyai empat tangan.
“Mereka menyikat rambut, menggosok gigi dan melakukan aktiviti seperti kanak-kanak lain bersama-sama, “ katanya yang dipetik Dailymail

Menurut Shivram, dia tidak mahu dipisahkan  dan mahu kekal seperti itu sehingga tua.

LIHAT VIDEO

Setiap hujung minggu, pasangan kembar yang lebih popular digelar The Sisters Spider akan melakukan persembahan di Dreamland Circus dan meraih pendapatan RM140 semalam.

Terkini Juruterbang AS dakwa menemui bangkai MH370

BELIAU yakin imej tersebut adalah bangkai pesawat malang MH370
TONAWANDA, New York - Seorang juruterbang Amerika Syarikat (AS) percaya dia menemui serpihan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu selepas melakukan pencarian melibatkan ribuan imej satelit secara dalam talian, lapor akhbar Mail Online kelmarin.

Juruterbang berkenaan, Michael Hoebel yang berasal dari sini menghabiskan masa berjam-jam meneliti sejumlah gambar di laman web perkongsian imej satelit, TomNod.com.
HOEBEL menunjukkan imej berbentuk seperti pesawat yang dikesan olehnya di laman web TomNod.com.
Dia kemudian menemui beberapa imej yang dipercayai pesawat Boeing 777-200 itu dalam keadaan sempurna di dasar laut di barat wilayah Songkhla, luar perairan timur laut Malaysia di Thailand, beberapa hari selepas tragedi berlaku.
'Saiz sempurna' Beliau menggunakan skala di laman web Boeing - dan mendapati bahawa ukuran di dalam laut itu adalah saiz yang betul 
Hoebel, 60, memberitahu saluran berita AS, WIVB bahawa dia mengguna- kan skala pada peta TomNod.com dan membandingkannya dengan spesifikasi di laman web Boeing untuk mengesahkan bahawa imej putih tersebut sebuah Boeing 777-200.
IMEJ ini mirip bentuk sebuah pesawat
"Saya terkejut kerana saya menemuinya (MH370)," katanya kepada WIVB.

Apabila ditanya oleh wartawan WIVB, Ed Drantch sama ada imej itu berkemungkinan seekor jerung, Hoebel berkata: "Hanya jika terdapat jerung sepanjang 64 meter."
LOKASI kejadian
Laman web TomNod.com membenarkan orang awam melihat berjuta-juta gambar satelit dalam usaha untuk membantu mengesan pesawat hilang tersebut.

LIHAT VIDEO

Menurutnya, dia telah menghubungi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) berhubung penemuan itu. - Agensi

VIDEO: Ngeri Pesawat Penumpang Patah Balik Akibat Enjin Terbakar

PERTH – Sebuah pesawat penumpang berpatah balik di Lapangan Terbang Perth, pagi ini dan melakukan pendaratan cemas selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas.

Penumpang pesawat Cobham Aviation memberitahu, mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Pesawat bagaimanapun berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Barrow Island.

Cobham Aviation Services dalam satu kenyataannya berkata, pesawat BAE 146 empat enjin itu kembali ke Lapangan Terbang Perth jam 10.53 pagi.

VIDEO: Ngeri Pesawat Penumpang Patah Balik Akibat Enjin Terbakar

Katanya, kejadian berlaku ketika pesawat sedang naik ke ruang udara apabila enjin nombor duanya tiba-tiba terbakar.

Ketika kejadian pesawat membawa 92 penumpang, dua juruterbang dan tiga anak kapal dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penumpang pesawat, Jason Grimmett, berkata kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas.
“Saya duduk di sebelah kanan enjin dan tiba-tiba kepulan asap keluar dari enjin.

“Minyak bertaburan di udara sebelum api menyambar dan keadaan panik ketika itu namun juruterbang bertindak pantas untuk menutup saluran minyak,” katanya. – ABC News

Pulau Nangka: Kenapa sekarang?

1-SEJAK kebelakangan ini, nama Pulau Nangka semakin menonjol. Siapa sangka, pulau yang dinamakan sedemikian kerana berbentuk seperti buah nangka itu, menyimpan rahsia besar sejak bertahun lamanya.

2-Sebuah pulau kecil tidak berpenghuni berkeluasan kira-kira 20 hektar, terletak kira-kira 17 kilometer dari pantai dan 4 kilometer dari pulau utama iaitu Pulau Besar, menyimpan peninggalan sejarah berharga yang belum terungkai sehingga kini.
3-Paling mengejutkan, harta karun dianggarkan bernilai berbilion-bilion ringgit masih tertanam di pulau berkenaan.

4-Pulau Nangka yang diwartakan menjadi milik Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) pada 1997 dikelilingi tidak kurang 10 pulau-pulau lain termasuk dua daripadanya dihuni manusia, sebelum ini pernah mendapat perhatian seketika.

MENGEMPARKAN negara! pelatih komando hampir maut berhampiran Pulau Nangka
5-Masih ingatkah peristiwa Disember lalu apabila 11 pelatih Kursus Asas Komando dan dua jurulatih dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak) hampir maut selepas bot dinaiki terbalik dan hanyut selama 28 jam ketika mereka menjalani latihan mendayung ke pulau itu?.

VIDEO PENCARIAN HARTA KARUN BERMULA...

6-Bagaimanapun, pendedahan media minggu lalu lebih menarik perhatian daripada kisah di atas, apabila Kerajaan Negeri Melaka dilaporkan melantik sebuah syarikat untuk mengkaji dan mengeluarkan harta karun dipercayai berada di pulau berkenaan.

7-Pendedahan itu bukan daripada sumber bukan-bukan, sebaliknya keluar dari mulut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sendiri yang dengan penuh yakin Pulau Nangka menyimpan banyak harta berharga.

8-Malam kelmarin, ketika menghadiri majlis makan malam sebuah majlis di kediamannya di Seri Bendahara, Melaka, Idris mengakui usaha mencari harta karun tersebut sebenarnya sudah bermula sejak kira-kira 30 tahun lalu secara senyap.
PULAU NANGKA
9-Ini bermakna, pencarian sudah dilakukan sekitar 80an lagi dan ketika itu ketua menterinya bukan Idris.

10-Hanya selepas bertukar lima ketua menteri, akhirnya ketika Idris yang mengambil alih tampuk pemerintahan tahun lalu mengambil keputusan mendedahkan kepada umum mengenai penemuan itu.

11-Idris mengakui, memang selama ini kerajaan negeri merahsiakan penemuan artifak yang mempunyai tidak kurang 20 bilik dan tersimpannya harta karun itu pada pengetahuan umum, khususnya rakyat Melaka.

12-Menurutnya, sebelum mendedahkan umum, beliau terlebih dulu mahu memastikan dakwaan berhubung penemuan artifak dan harta karun itu adalah sahih, bukan sekadar cerita dongeng.

13-Sehinggalah satu bukti ditunjukkan seorang individu kepadanya yang meyakinkan beliau berhubung harta karun terbabit.

14-"Emas yang ada di situ bukan berbentuk jongkong, tetapi berbentuk seperti timun. Sebelum ini, ada individu yang sudah berjaya menembusi tempat itu. Tapi, apabila mereka pegang emas untuk bawa keluar, kaki mereka tidak boleh melangkah. Apabila diletakkan kembali emas itu, barulah mereka boleh melangkah semula," kata Idris.

15-Beliau berkata, misi mengeluarkan harta berkenaan bukan satu tugas yang mudah kerana harta karun itu ada 'penjaganya'.

16-Bagaimanapun, katanya, usaha dilakukan secara senyap tanpa pengetahuan rakyat mungkin menyebabkan harta karun itu sukar dibawa keluar, lantas akhirnya Idris merasakan adalah lebih baik diwar-warkan kepada umum.

Video Pintu masuk utama Gua Pulau Nangka berjaya dibuka...

17-"Dulu kita lakukan secara senyap-senyap, tapi nampaknya tidak berhasil. Kita rasakan sudah sampai masanya perkara ini disebarkan kepada umum. Mana tahu, mungkin dengan cara ini akan lebih mudahkan usaha pencarian," katanya di hadapan kira-kira 800 orang pada program berkenaan, malam kelmarin.

18-Dikuatkan lagi dengan kenyataan Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep), Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin yang mendakwa Sultan Melaka dahulu mempunyai satu rumah khas menyimpan harta benda seperti pinggan mangkuk, cerek diperbuat daripada emas.

19-Beliau berkata, harta yang dimiliki hasil cukai pedagang luar negara itu kemungkinan disembunyikan di pulau berkenaan ketika Melaka diserang Portugis pada 1511 kerana ditakuti istana diserang dan ditawan.

20-Ternyata, apa dikatakan Idris bukanlah hanya satu angan-angan kosong dan kerana itu tidak ada apa lagi perlu disorokkan daripada pengetahuan orang ramai.

KERJA-kerja...membuka pintu gua sedang dilakukan...
21-Bagaimanapun, Idris sebelum ini ada menyatakan bahawa beliau tidak menaruh harapan tinggi untuk membawa balik harta karun berkenaan yang kini dilakukan Syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd yang diberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk mengumpul segala bukti.

22-Seandainya harta berkenaan ditemui, apakah akan dilakukan Kerajaan Negeri Melaka? Itulah soalan yang berlegar di fikiran sebahagian rakyat Melaka yang ditemui pada majlis sama.

23-Menurut Idris, sekiranya ditakdirkan harta berkenaan ditemui, itu bermakna ia rezeki dan nikmat kepada seluruh rakyat Melaka, namun tidak menyatakan secara terperinci faedah dimiliki hampir satu juta penduduk di negeri berkenaan.

24-"Ia boleh digunakan kerajaan negeri untuk membangunkan negeri selain ganjaran kepada kumpulan yang berusaha. Tapi kalau tiada, tak apalah," katanya.
PULAU Nangka juga di gelar Pulau Harta Karun
25-Dengan erti kata lain, artifak ditemui akan membuka pintu hasil lain, terutama melebarkan sektor pelancongan, sekali gus menambah pendapatan negara yang akan dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk pembangunan bukan saja pada prasarana, malah ekonomi.

Isnin, 28 April 2014

Haiwan kacukan kuda belang, keldai dilahirkan

KHUMBA (kanan) mewarisi kaki berbelang-belang ibunya, seekor kuda belang dan badan seperti bapanya, seekor keldai.
REYNOSA, Mexico Seekor anak haiwan spesies baharu hasil kacukan keldai dengan kuda belang menjadi tumpuan orang ramai selepas dilahirkan di Zoo Reynosa, utara Mexico baru-baru ini.

Menurut jurucakap Zoo Reynosa di Tamaulipas, anak haiwan kacukan diberi nama Khumba itu dilahirkan pada 21 April lalu.

Katanya lagi, Khumba merupakan haiwan yang paling jarang ditemukan di dunia kerana kebiasaannya kromosom kuda belang dan keldai tidak serasi.

"Ibu Khumba merupakan seekor kuda belang yang bernama Rayas, manakala bapanya seekor keldai albino bernama Ignacio," ujarnya seperti dilaporkan Mail Online.

Menurut beliau, Rayas berkawan baik dengan Ignacio dan sering dilihat berjumpa antara satu sama lain di dalam kawasan zoo setiap petang.

Setakat ini terdapat beberapa ekor sahaja haiwan kacukan seumpama Khumba di dunia ini, antara di Amerika Syarikat, Jepun dan China.

Namun, kebanyakan pakar biologi tetap beranggapan kromosom kuda belang dan keldai tidak serasi.

Sebelum ini seekor haiwan kacukan sama dilahirkan di Itali dan dikenali sebagai Ippo.

Haiwan istimewa tersebut mendapat perhatian apabila dilahirkan di Florence, Itali pada akhir tahun lalu.

Setelah 50 tahun baru Presiden Amerika sudi mengunjungi Malaysia

PERTAMA kali selepas 50 tahun barulah  Malaysia di kunjungi presiden Amerika 
Kedatangan Obama turut lonjakkan nama KJ

KEDATANGAN Presiden Amerika, Barack Obama untuk lawatan selama tiga hari ke negara ini bukan saja menyebabkan Perdana Menteri, Najib Razak diselubungi kegembiraan kerana seolah-olah mendapat pengiktirafan daripada negara "super power" itu, tetapi juga menyebabkan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan turut menerima lonjakan daripadanya.

PM Malaysia sempat berselfie dengan Presiden Amerika
Jika Najib berbunga-bunga hatinya kerana kunjungan Obama ini dibuat selepas hampir 50 tahun seorang Presiden Amerika tidak mengunjungi negara ini, Khairy atau KJ pula tentunya berasa paling bertuah kerana dipilih sebagai menteri pengiring kepada Obama sepanjang lawatannya ini.

Gambar-gambar pada  tahun 1966  lawatan Presiden Amerika Lyndon b. Johnson melawat Malaysia...
INILAH rupa Air Force One tahun 1966 yang membawa presiden  Lyndon b. Johnson


KALI terakhir Presiden Amerika iaitu Lyndon b. Johnson melawat Malaysia pada tahun 1966
Kali terakhir seorang Presiden Amerika mengunjungi negara ini ialah pada tahun 1966 iaitu Lyndon b. Johnson. Sejak itu tidak pernah mana-mana pemimpin negara itu melawat negara ini. Berbeza dengan Mahathir yang mentadbir negara ini selama 22 tahun tetapi Najib hanya setelah 5 tahun menjadi Perdana Menteri sudah berupaya meyakinkan pemimpin utama kuasa besar itu untuk melawat negara ini.
BUAT pertama kali AIR FORCE ONE  diruang angkasa Malaysia
Kepada Najib yang seperti kata Ahli Parlimen Raub, Ariff Sabri Abdul Aziz atau Sakmongkol bahawa "Tuhan politiknya adalah Amerika", kedatangan Obama merupakan kegembiraan yang yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata serta meletakkan namanya lebih tinggi berbanding pemimpin-pemimpin serantau yang lain.

Sepanjang Najib mentadbir negara ini pula, negara Amerika adalah antara kunjungannya yang paling kerap, bahkan di awal pemerintahannya juga, beliau juga melantik rakan karibnya, Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Besar ke negara itu dengan tujuan menjalin hubungan lebih erat antara Malaysia dengan Amerika.
Dalam Najib merasa gembira dan bangga dengan kedatangan Obama, KJ juga sebenarnya mengalami perasaan yang hampir sama.

Ini kerana walaupun KJ adalah menteri yang paling junior dalam kerajaan, tetapi pemilihannya sebagai menteri pengiring kepada Obama, pemimpin dunia paling berkuasa tentunya sesuatu yang menggembirakan bagi Ketua Pemuda Umno itu.

Timbul cakap-cakap mengapa KJ yang dipilih sebagai menteri pengiring kepada Obama? Kenapa tidak dipilih menteri yang lebih senior seperti Ahmad Zahid Hamidi, Nazri Aziz, Hishammuddin atau lain-lainnya, sesuai dengan kedudukan Obama sebagai pemimpin sebuah negara paling berkuasa?

Adakah pemilihan ini menunjukkan usaha menonjolkan KJ ke peringkat yang lebih tinggi?

Jika kebolehan menguasai bahasa Inggeris sebagai alasan, Hishammuddin dan Nazri Aziz juga mempunyai penguasaan yang lebih kurang sama dengan KJ.

Sementara ada yang memperlekehkan kehadiran KJ bersama-sama dengan Obama berikutan sebelum ini beliau pernah mengetuai demonstasi menentang kehadiran Condoleezza Rice, bekas Setiausaha Negara Amerika pada tahun 2006 dulu tetapi pemilihannya sebagai menteri pengiring tentulah melonjakkan namanya untuk lebih dikenali di persada antarabangsa.

Ini kerana gambar dan wajahnya mengiringi Obama ini bakal tersebar dan ditonton oleh ramai orang di seluruh dunia dan juga di dalam negara. Dalam masa yang sama, Obama dan pemimpin-pemimpin Amerika juga secara langsung akan lebih mengenali KJ.
BANGGA ...kehadiran KJ bersama-sama dengan Obama 
KJ pula pastilah tidak dapat mengelak daripada berasa bangga atas pemilihannya sebagai menteri pengiring kepada Presiden Amerika itu kerana ia secara tidak langsung menunjukkan suatu pengiktirafan besar daripada Najib dan kerajaan terhadapnya.

Adakah ini tanda-tanda awal masa depan politiknya lebih cerah selepas ini?