Isnin, 31 Mac 2014

KEJADIAN PELIK LELAKI DI RAKAM BERJALAN DI ATAS AIR

PERNAH dengar manusia berjalan di atas air? mungkin pernah dengar tapi tidak pernah melihat kejadian tersebut di depan mata. Mengikut hukum akal mustahil manusia biasa boleh berjalan diatas air.

SUNGAI GANGA DI INDIA
Kecuali manusia-manusia yang di kurniakan 'Karamah' atau kelebihan. Tetapi bukan semudah itu untuk manusia lain dapat melihat perbuatan manusia-manusia istimewa ini, ini kerana mereka akan mengunakan kelebihan ini tatkala darurat sahaja.

LIHAT VIDEO :


Tetapi di India lain pula ceritanya, seseorang telah berjaya merakam secara tidak sengaja sesosok tubuh lelaki sedang berjalan di tengah-tengah 'Sungai Ganga' di India. Untuk mengesahkan lagi apa yang beliau lihat, beliau telah mengunakan 'Zoom' kamera dan memang jelas lelaki pelik itu sedang berjalan di atas air sungai.
SUNGAI GANGA MERUPAKAN SUNGAI SUCI BAGI PENGANUT HINDU
Jika anda ada teori sendiri, silalah fikir-fikirkan bagaiman lelaki ini mampu berjalan diatas air 'Sungai Ganga' ini.-ALAMCYBER2020-

Sabtu, 29 Mac 2014

Apa Motif Israel Miliki Pesawat Serupa MH370 Ini?

Selain teori konspirasi melibatkan Amerika Syarikat, satu lagi pihak yang amat hangat diperkatakan sebagai ‘dalang sebenar’ di sebalik kehilangan MH370 adalah puak Yahudi atau Israel.

Meskipun penglibatan Israel dalam hal ini tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan dewasa ini.

Selain Kedutaan Israel didakwa ‘cuti tanpa sebab kukuh’ pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2001), terdapat bukti lain yang lebih membuka mata.

Teori ini dibawakan seorang wartawan Amerika Syarikat yang menulis buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World. , Christopher Bollyn.
Untuk rekod, Bollyn yang turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalisi serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah ‘mendapat susah’ termasuk diserang dan dipenjara.

Meskipun penglibatan Israel dalam hal ini tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan dewasa ini.

Selain Kedutaan Israel didakwa ‘cuti tanpa sebab kukuh’ pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan 9-11), terdapat bukti lain yang lebih membingungkan.

Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6(ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Pesawat ‘kembar’  MH370 ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes–Lourdes–Pyrénées, Perancis pada 4 Oktobe 2013 sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013.

Difahamkan, pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai N105GT.

Pesawat ini disimpan di Tarbes Lourdes Pyrenees pada 4 Oktober 2014 sebelum dibawa ke Tel Aviv sebulan kemudiannya.

Persoalannya, mengapa Israel membeli dan mahu memiliki pesawat lama MAS ini?

Jika dirujuk kembali reaksi Israel berkaitan kehilangan MH370, seorang ‘pakar keselamatan’ negara tersebut, Issac Yeffet pantas mengaitkannya dengan teori bahawa MH370 telah ditawan pengganas dan dibawa ke Iran untuk digunakan bagi siri keganasan akan datang.

Yeffet dilaporkan memberi kenyataan kepada Times of Israel:

“What happened to this aircraft, nobody knows. My guess is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved. They hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find it.” (Tiada siapa tahu apa sudah berlaku pada pesawat tersebut. Berdasarkan kes pasport curi yang dilaporkan, saya percaya Iran terlibat dalam hal ini. Mereka telah merampas pesawat dan menerbangkannya ke satu tempat yang tidak dapat dijumpai).

Pendapat ini turut disebarkan oleh individu yang bukan rahsia lagi merupakan agen Israel dan penyebar propaganda Zionis iaitu Rupert Murdoch.

Sejak dahulu lagi, Israel dikenali sebagai perancang licik dalam banyak agenda dunia termasuk serangan 9-11.
Namun rancangan mereka ini kadangkala dapat dihidu selepas kejadian berlaku, contohnya menerusi filem Medusa Touch pada tahun 1978 yang menunjukkan adegan serangan persis 9-11 di penghujung filem.

Pembikinnya, Arnon Milchan selepas diteliti adalah penerbit filem yang juga anggota perisikan Israel, Mossad.

Jadi selepas diambil kira tentang pesawat MAS yang secara tiba-tiba menarik minat Tel Aviv, tak dapat tidak kita akan terfikir bahawa tidak mustahil jiak kehilangan MH370 adalah satu daripada plot yang sudah dirangka oleh Israel.

Pada masa sama, Israel mungkin telah menunjukkan petanda mahu menjadikan Iran sebagai kambing hitam sambil misi utama mereka sebenarnya mewujudkan false-flag bagi mengatur satu kejadian serangan ala 9-11 menggunakan pesawat MAS tidak lama lagi?

Apa pun, teori kekal sebagai teori selagi ia tidak dibuktikan secara sahih. Sama-samalah kita doakan semoga kebenaran akan ditunjukkan akhirnya.

Wallahu’alam. - REM RAMZI MYNEWSHUB

Sumber: www.bollyn.com

KIAMAT MAKIN HAMPIR

SEBUT sahaja mengenai dunia akhir zaman atau lebih dikenali hari kiamat, pasti semua orang di dunia ini akan berasa gerun mendengarnya.

Pelbagai gambaran dan persoalan akan bermain dalam kotak fikiran mereka.
FILEM berkenaan Hari Kiamat ciptaan Hollywood
Mungkinkah bumi ini bakal hancur seperti yang diimiginasikan dalam beberapa filem Barat bertajuk The Day After Tomorrow, Knowing, Amageddon, 2012 atau lebih teruk daripada semua itu.

Mahu atau tidak, tiada satu makhluk pun di muka bumi ini dapat melarikan diri atau melawan hari kiamat.

Hari penghabisan itu pasti akan menjelma namun masa dan tarikh kiamat secara tepat tiada siapa yang mengetahuinya kecuali Allah.

Menurut seorang penulis antarabangsa, Imran N. Hosein, ungkapan dunia akhir zaman juga boleh diistilahkan sebagai akhir usia atau kemuncak kepada akhir sejarah.

“Sebelum kedatangan hari kiamat, Nabi Isa akan kembali ke dunia ini sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dan ini adalah salah satu daripada 10 tanda besar kiamat".

Al-Quran menguatkan lagi kisah kembalinya Isa ke bumi sebagai tanda segala tanda bagi hari terakhir.
MANUSIA akhir zaman semakin kejam dan berbunuhan sudah dianggap satu perkara biasa terutama di negara bergolak
“Tercetus kacau-bilau dan ketidakadilan sesama manusia selain kejadian gempa bumi semakin banyak dan dahsyat".
Mengikut buku tulisan Imran bertajuk Signs Of The Last Day In The Modern Age, antara tanda besar kiamat yang lain pula adalah dajal dibebaskan, yakjuj dan makjuj dibebaskan, kehadiran asap dan kemunculan d’abbatul ard iaitu makhluk dari bumi di Tanah Suci.

YAHUDI PERINTAH DUNIA

Mengulas lanjut petanda tersebut dengan beberapa rentetan peristiwa yang telah berlaku pada masa kini.

Dalam sebuah lagi buku karangan Imran bertajuk Jurusalem In The Quran, beliau memperincikan dajal termasuk impian terbesar kaum Yahudi selama lebih 2,000 tahun yang mahu kembali ke Tanah Suci dan memerintah semula negara Israel.

“Pada masa ini, impian orang Yahudi seolah-olah hampir tercapai kerana mereka sudah kembali ke Tanah Suci Baitulmuqadis dan bebas melakukan apa sahaja termasuk penindasan dan kekejaman terhadap penduduk Palestin.

“Negara Israel berjaya dibentuk pada tahun 1948 dan diiktiraf Amerika Syarikat (AS) sekali gus menjadi pelindung kepada negara terbabit".

Sekarang impian agung golongan Zionis itu adalah untuk menjadi negara yang memerintah dunia dan melantik seorang raja yang memerintah dari Baitulmuqadis.

Mengikut sangkaan kaum Yahudi itu, impian tersebut tidak mungkin tercapai tanpa kehadiran Al-Masih.

Namun apabila dilihat dari sudut Islam, Al-Masih itu adalah dajal (Al-Masih palsu) yang berjaya menipu orang-orang Yahudi bahawa bantuan dari tuhan telah membolehkan mereka hampir kepada impian ini.
TRAGEDI alam sekitar besar-besaran semakin kerap berlaku dan yang terakhir belaku di wilayah Miyagi, Jepun
Selain dajal, pergerakan bumi di timur dilihat berlaku apabila bencana tsunami melanda bahagian Asia Tenggara sehingga mengakibatkan kematian ratusan ribu nyawa manusia pada 2004.

“Kehadiran asap pula bukan sahaja dilihat kepada kejadian kabus atau jerebu sebaliknya turut melibatkan pencemaran alam sekitar sehingga berlakunya kepanasan global.

“Keadaan ini semakin dirasai pada hari ini dan impaknya kita telah lihat seperti banyaknya kejadian bencana seperti gempa bumi, banjir dan taufan".

Bagaimanapun, beberapa tanda-tanda kecil menjelangnya kiamat sudah dapat dilihat jelas pada hari ini.
Antara tanda kecil kiamat seperti zina bermaharaja lela sehingga menyebabkan ramai anak luar nikah dilahirkan.

“Sebagai contoh, keruntuhan moral di negara Israel sendiri sangat dahsyat sehingga kegiatan perhambaan seks kini subur di sana.

“Hal ini adalah bertentangan dengan nilai-nilai perbuatan mulia dan nyata sekali bahawa sebuah masyarakat jahiliyah kini menghuni Baitulmuqadis".

Dari segi ekonomi pula, amalan riba yang dikenali sebagai kegiatan memberi pinjaman wang pada kadar faedah tertentu semakin berleluasa di seluruh dunia.

MALAPETAKA RIBA

Riba diharamkan Allah manakala Rasulullah SAW mengingatkan umat Islam terhadap bahaya riba kerana ia merupakan senjata paling utama ke atas keruntuhan ummah.

“Kegiatan riba secara universal telah pun berlaku dan menjadi kenyataan pada hari ini namun malangnya mereka tetap mengisytiharkan sebagai negara yang mengamalkan ciri-ciri Islam dan syariah.
DUIT kertas yang semakin hari semakin susut nilainya...berbanding emas
“Di serata dunia hari ini, negara-negara sekular menghalalkan penggunaan duit kertas yang sentiasa susut nilainya menyebabkan kekayaan sesebuah masyarakat lenyap dan lebih malang lagi terpaksa menjadi hamba".

Sistem ekonomi dunia hari ini turut menyaksikan bahawa kekayaan tidak lagi akan dinikmati oleh semua golongan secara sama rata.

Di seluruh dunia hari ini, golongan yang kaya akan terus kaya dan yang miskin pula terbelenggu dalam kemiskinan selama-lamanya.

Apa yang nyata kini, berdasarkan ajaran Islam, hari kiamat adalah hari semua manusia dibangkitkan selepas kematian dan segala amalan ketika di dunia dihitung.

Bagi mereka yang berbuat baik dan beramal soleh diberikan ganjaran syurga dan bagi mereka yang ingkar dibalas neraka.

Jumaat, 28 Mac 2014

Rakaman Paling Seram : VIDEO ARWAH

Malam tadi admin merayau-rayau di alam maya untuk mencari idea dan bahan-bahan yang pelik, unik dan misteri untuk di kongsi bersama pengunjung blog 'alamcyber2020'. Setelah beberapa jam marayau di alam tanpa sempadan ini saya terjumpa satu rakaman video yang agak pelik unik dan sememangnya sangat misteri.

Jom! mari kita sama-sama ikuti dan saksikan apa yang pelik dan misteri itu...
Rakaman Akid : (Mungkin nama arwah abang pemilik akaun youtube ini bernama 'Akid')

TIDAK di ketahui apa motif rakaman  arwah ini?
VIDEO ARWAH #1- Segalanya bermula selepas 2 minggu arwah abang saya meninggalkan kami sekeluarga. Sejujurnya, saya dan keluarga amat berasa sedih di atas pemergiannya. Arwah ketika hidup ialah seorang yang amat rajin, baik hati dan menghormati orang yg lebih tua darinya. Arwah juga gemar merakam video dengan videocam pembelian ayah ketika hari jadinya yang ke-18.

GAMBAR yang di rakam oleh arwah memang pelik-pelik belaka
Dua minggu telah berlalu sejak pemergiannya, pada suatu malam, hati saya tergerak untuk
membuka dan melihat-lihat komputer riba kepunyaan arwah abang saya. Ketika saya menonton semula segala video-video rakaman arwah, saya terjumpa beberapa video yang saya anggap aneh dan mencurigakan.
INI ADALAH RENTETAN RAKAMAN YANG ANEH DIRAKAM OLEH ARWAH ABANG SAYA KETIKA DIA MASIH HIDUP DAHULU.

Khamis, 27 Mac 2014

Thailand Dakwa Satelit Miliknya Berjaya Kesan 300 ‘Objek’ Terapung Di Lautan Hindi

Satu-satunya satelit pemerhati bumi Thailand "Thaichote" 
AGENSI berita AFP hari ini melaporkan Thailand mendakwa imej satelit mereka menunjukkan kira-kira 300 objek terapung di sekitar lokasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi.

Objek-objek berkenaan dikesan sekitar 2,700 kilometer dari barat daya Perth oleh satelit "Thaichote" pada 24 Mac lalu, kata Gisda dalam satu kenyataan.
"Thaichote" satelit pemerhati bumi milik Thailand
Perkembangan terbaru ini pastinya akan membawa Thailand kini menjadi tumpuan media dunia yang kesemuanya masih diselubungi teka-teki berkenaan di mana lokasi pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Bagaimanapun, sehingga kini status imej itu samaada sudah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Pusat Penyelarasan Operasi Menyelamat Australia di Perth masih belum lagi dapat dipastikan.
Laporan berkenaan diketahui kebanyakan media melalui tweet AFP yang disebarkan menerusi twitter rasmi agensi berita itu hari ini.

Sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini akan berlangsung seperti biasa pada pukul 5.30 petang

Ia berkemungkinan akan menyebutkan mengenai perkembangan terbaru ini berkenaan imej yang dikatakan dikesan oleh Thailand berkenaan.

Rabu, 26 Mac 2014

Serpihan Pesawat MH370 Mungkin Ada di Atas Gunung Berapi Bawah Laut

SYDNEY - Pakar geologi marin percaya bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) tenggelam di satu kawasan rantaian gunung berapi dasar laut yang sangat besar di Lautan Hindi, lapor akhbar The Sydney Morning Herald semalam.

Seorang pakar geologi marin dari Universiti James Cook Australia, Dr. Robin Beaman berkata, beberapa objek dipercayai serpihan pesawat MH370 tersebut dikesan di satu kawasan gunung berapi dasar laut yang tidak pernah dipetakan sebelum ini.

Katanya, hanya sedikit diketahui mengenai dasar laut di selatan Lautan Hindi dan usaha untuk mencari bangkai pesawat jenis Boeing 777-200 itu memerlukan teknik pemetaan tiga dimensi dengan menggunakan peralatan yang canggih.

"Bagaimanapun, Australia tidak lagi mempunyai kemampuan untuk membuat carta dasar laut sedalam lebih 3,000 meter kerana satu-satunya kapal yang mampu melakukan kajian itu, RV Southern Surveyor telah ditamatkan perkhidmatannya pada Disember tahun lalu.

"Sebuah kapal baharu bagi menggantikan kapal berkenaan kini sedang dibina di Singapura," katanya.

Menurutnya, untuk membuat carta dasar laut dalam mereka memerlukan sejenis alat yang dikenali sebagai Pemancar Berbilang Gema Bunyi yang menghantar denyutan bunyi ke dasar laut sebelum bunyi itu dipantulkan semula untuk dianalisis.

Pesawat berkenaan yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada 8 Mac lalu.

Ia membawa 239 orang manakala 153 orang merupakan warga China.

Misi mencari pesawat itu dilakukan di kawasan lebih 2,000 kilometer dari Perth.

Beaman berkata, objek pertama yang dikesan oleh satelit milik DigitalGlobe pada 16 Mac lalu terletak kira-kira 60 kilometer (km) dari barat daya zon aktif satu rantaian gunung berapi bawah laut yang dikenali sebagai Rabung Hindi Selatan.

Rabung Hindi Selatan yang mempunyai panjang lebih 1,700km bermula di barat daya Australia hingga ke New Zealand.

Satu lagi objek yang dipercayai serpihan MH370 di kesan oleh sebuah kapal terbang China di satu lokasi kira-kira 180km barat daya rabung tersebut.

SUBHANALLAH BETAPA DAHSYATNYA KEADAAN DI LAUTAN HINDI

Sebuah kapal terbang peninjau Australia pada Isnin lalu mengesan satu lagi objek kira-kira 200km timur laut rabung berkenaan.

"Berdasarkan penemuan tersebut kemungkinan pesawat ini terhempas di rusuk rabung itu dan di kawasan ini tiada carta dasar laut pernah dibuat," jelasnya.
KEDALAMAN Lautan Hindi menyamai ketinggian Gunung Everest.
Tambahnya, rabung itu mempunyai muka bumi yang kompleks dengan puncak setinggi berpuluh-puluh meter.

"Sangat sukar untuk mengesan bangkai pesawat di dasar lautan ini tanpa carta yang bagus dan pasukan mencari juga memerlukan kapal selam kawalan jauh.

"Tiada keraguan lagi kita perlu membuat peta dasar laut yang baharu di kawasan ini," jelasnya. - Agensi


'Jangan marah jika saya ambil tindakan'

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua media terutama media cetak berbahasa Cina agar berhenti melaporkan berita yang memainkan sentimen membangkitkan kemarahan keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Ahmad Zahid berkata, laporan sedemikian akan mempengaruhi perasaan keluarga penumpang pesawat itu terutama dari negara China sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan negara ini.
   
Beliau berkata, demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan Rakyat di sini hari.
   
Ahmad Zahid berkata pengamal media perlu menyedari bahawa tragedi MH370 adalah satu kemalangan yang tidak dijangka, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah melakukan segala usaha untuk menyelesaikan masalah ini.
   
"Malangnya akhbar-akhbar berkenaan telah memanipulasikan dan memainkan sentimen melibatkan mangsa-mangsa dan keluarga mangsa-mangsa itu kelak menjadi marah terutama mereka yang berada di Beijing," katanya.

Dalam pada itu Ahmad Zahid juga memberi amaran kepada media termasuk media sosial supaya tidak memanipulasi sebarang maklumat atau fakta berkaitan keselamatan negara.
   
"Jangan ada sesiapa atau mana-mana media atau media online memanipulasi segala maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan negara.     Jangan marah pada saya jika tindakan diambil dengan segera, saya cakap ini secara serius, maka ia harus dipandang serius," katanya.-Bernama-
   

MH370 : MANIPULASI SINDIKET

DALAM keghairan membaca berita mengenai kehilangan MH370, maklumat peribadi pemilik akan diakses untuk tujuan 'JAHAT'.
Di sebalik tumpuan seluruh dunia terhadap kehilangan pesawat Boeing 777 dengan kod penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines 17 hari lalu (sehingga artikel ini ditulis), terdapat pihak yang cuba mengambil ke­sempatan mencari populariti murahan menyebarkan berita palsu berlegar di ruang siber.

Bukan saja palsu, malah terdapat beberapa pautan yang disebarkan me­ngandungi virus mampu menjang­kiti komputer peribadi (PC) pengguna sekira­nya tidak berhati-hati.

Ia diburukkan lagi de­ngan ketaasuban sesete­ngah pengguna yang mahu menjadi ‘orang pertama’ menyebarkan berita tanpa menyelidik terlebih dahulu kesahihan pautan dibaca sebelum berkongsi dengan orang lain.

Berbanding membaca­nya di media massa yang boleh dipercayai, terdapat golongan lebih percaya kisah ‘kawan kepada kawan yang ibunya bekerja di pesawat tertentu mempunyai adik saudara pernah menaiki bla...bla...’ di Internet sebelum mengesahkannya terlebih dahulu amat mendukacitakan.
VIDEO palsu yang menyebabkan pengguna dilencongkan ke laman yang tidak ada kena mengena dengan MH370.
Penyebaran berita palsu pertama berlaku hanya lima hari selepas kehila­ngan MH370 apabila pautan di laman Facebook dengan tajuk ‘MH370 dijumpai, 50 penumpang selamat’ mula tersebar yang kemudiannya dikongsi individu tanpa memeriksa terlebih dahulu kandungannya.

Bagaimanapun, ia ternyata pautan kepada laman web palsu lain dengan niat untuk mendapatkan maklumat peribadi pemilik akaun yang mengakses capaian itu.
FOTO nahas pesawat Lion Air yang terhempas di Bali, April tahun lalu yang didakwa MH370.
Malah, wujud beberapa pautan yang mendakwa terdapat rakaman video di YouTube yang mendakwa MH370 dijumpai di segi tiga Bermuda, baru-baru ini.

Namun, video terbabit hanya klip foto nahas pesawat Lion Air yang terhempas di Bali, April tahun lalu.

Bukan itu saja, terdapat segelintir nama besar seperti selebriti yang turut seakan tidak sensitif dengan perasaan keluarga mangsa seperti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58, memindah naik gambar dirinya memegang pemantul cahaya di tepi pantai dengan keterangan gambar mencetus kemarahan sesetengah pihak. 
CHEF Wan bikin kecoh satu Malaya....
Keterangan gambarnya berbunyi: “Dua objek di Perth dan satu ini saya i­ngatkan adalah sebahagian pintu kapal terbang. Setelah diteliti, rupanya ia hanyalah sebahagian daripada Pintu Jamban Cik Kiah di Pantai Morib yang sudah usang rupanya. Adoi Frust (kecewa).”

Chef Wan kemudian menarik balik status berkenaan, tidak lama selepas ia mula tersebar di Internet.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, orang ramai terutama pengguna laman sosial dinasihati supaya tidak tertipu dengan capaian di Internet yang me­nyiarkan sebarang berita 
sensasi mengenai penemuan MH370.

“Kita ada menerima laporan berkaitan pe­nyebaran maklumat palsu yang seharusnya tidak dikongsi,” kata Sharil ketika ditemu bual IT@Metro mengenai kegiatan tidak bertanggungjawab terbabit.

Menurutnya, pengguna Internet tidak seharusnya terburu-buru percaya berita yang bukan saja tidak sahih, malah memberi kesan kepada ahli keluarga waris penumpang dan krew pesawat MH370 yang masih hilang.

“Sebelum menyebarkan sebarang maklumat atau berita, cuba bayangkan perasaan ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang.

“Sikap mahu menjadi orang pertama menyampaikan berita tidak harus berlaku,” tegasnya.

Beliau turut meminta orang ramai mendapatkan berita daripada media sebenar dan bukan media sosial semata-mata.
IHAT pautan terbabit, klik pada pada butang kanan tetikus, klik pada ‘Copy Link Location’.
Terdapat sindiket yang mengambil kesempatan memanipulasi keghairahan dan berusaha menarik minat i­ngin tahu orang ramai setiap kali bencana melanda di mana-mana negara.
AKAUN palsu @OfficialCNN menyebarkan berita palsu.
Modus operandi penipuan itu mudah diketahui dengan memaparkan tajuk sensasi dan tidak munasabah supaya orang ramai cenderung membuka capaian itu bagi mendapat­kan maklumat lanjut.

Sebelum ini, ia berlaku di beberapa bencana seperti tsunami yang melanda Jepun pada tahun 2011 dan taufan di Filipina, tahun lalu apabila memuat naik penemuan mangsa dan punca di sebalik bencana terbabit.
PASTE’ kan ke laman virustotal.com di ruang URL.
Bagaimanapun, selepas diklik laman palsu akan meminta pengguna meleng­kapkan beberapa soalan dan memberi kebenaran untuk mengakses profil pemilik akaun sebelum dapat menonton klip serta gambar dipindah naik.

Ia sekali gus memung­kinkan pihak tidak bertanggungjawab bukan saja meng­akses maklumat peribadi anda, tetapi maklumat rakan yang berada dalam akaun laman sosial.

Niat sindiketnya sama apabila semua maklumat peribadi akan disalin secara automatik dan akaun berkenaan boleh diakses oleh sindiket untuk tujuan jahat.

IA akan memaklumkan status laman web yang mencurigakan.
Individu yang menyebarkan berita palsu boleh didakwa tindakan oleh SKMM dibawah Seksyen 211 dan/atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998:

• Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, me­ngugut atau mengganggu mana-mana orang.

• Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Selain itu, Seksyen 233 memperuntukkan:

• Dalam sesuatu kod kandungan yang disediakan oleh forum kandungan atau Suruhanjaya hendaklah dimasukkan tatacara contoh bagi menangani kandungan jelik atau sumbang.

• Komunikasi dan Multimedia 117 (2) Perkara-perkara yang boleh dikendalikan dalam kod itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada: 

- sekatan terhadap pemberian kandungan yang tidak sesuai

- kaedah untuk meng­kelaskan kandungan

- tatacara bagi mengendalikan aduan orang ramai dan bagi melaporkan maklumat mengenai aduan kepada Suruhanjaya

- gambaran budaya Malaysia dan identiti kebangsaan

- maklumat dan pendidikan awam berkenaan de­ngan pengawalseliaan kandungan dan teknologi bagi kawalan kandungan oleh pengguna akhir 

- perkara-perkara lain yang penting kepada masyarakat.


Pasukan Maklum Balas Kecemasan Komputer (MyCERT) yang bernaung di bawah Cybersecurity Malaysia menggariskan langkah bagi mengelakkan pengguna tertipu dengan taktik jahat ruang siber termasuk:

• Tidak mempercayai dan berkongsi mesej palsu dengan mengendahkan maklumat terbabit.

• Tidak mengklik atau membuka gambar atau video apabila pautan terbabit akan dilencongkan ke laman web berniat jahat.

• Pindah turun atau kemas kini perisian antivirus.

• Pengguna diminta memanjangkan e-mel, video dan URL kepada pasukan MyCERTA untuk analisa lanjut (mycert@mycert.org.my).

• Padam gambar dengan segera atau jangan ‘like’.

• Padam sebarang aplikasi tambahan yang dipasang selepas menonton video atau foto palsu.

• Buka tetapan aplikasi Facebook dan klik ‘X’ di ruang kanan untuk membuang aplikasi palsu yang meniru ‘CNN’, ‘Fox News’ dan ‘YouTube’.


Bagaimana untuk menyemak pautan palsu yang mengandungi virus:

• Lihat pautan terbabit, klik pada pada butang kanan tetikus, klik pada ‘Copy Link Location’.

• ‘Paste’ kan ke laman virustotal.com di ruang URL.

• Ia akan memaklumkan status laman web yang mencurigakan.

-sumber-

Selasa, 25 Mac 2014

Walaupun Dikecam Raja Bomoh Tekad Bantu Misi Mencari Pesawat MH370

AKSI terkini 'Raja Bomoh' di Sungai Perak pula
Perak Tengah – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menjelaskan beliau lega dan bersyukur dengan penemuan terbaru berhubung misteri kehilangan pesawat MH370 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.


Menurutnya penemuan terbaru itu secara tidak langsung akan menguatkan lagi semangatnya untuk membantu usaha mencari yang dilakukan oleh kerajaan.

“Alhamdulillah berkat usaha yang dilakukan sebelum ini ditambah dengan doa seluruh rakyat Malaysia, misteri kehilangan MH370 ini akhirnya menunjukkan perkemangan positif.

“Kalau nak ikutkan, Datuk perlu lakukan sekurang-kurangnya tujuh upacara, syukur ke hadrat Allah, dengan 5 upacara yang dilakukan sebelum ini, sudah ada tanda positif yang ditunjukkan.

LIHAT VIDEO AKSI TERKINI RAJA BOMOH DI SUNGAI PERAK...

“Sebelum ini, Datuk lakukan 2 upacara di KLIA, 2 di Menara Condong Teluk Intan dan 2 hari lepas satu lagi upacara di lakukan di persisiran sungai Perak, Parit. Datuk yakin pesawat ini baru terhempas, paling lewat tengah hari atau petang semalam. Seperti yang Datuk katakan sebelum ini, ia sebelum ini tergantung,” katanya.

Ibrahim turut mendakwa, beliau akan tetap meneruskan semua usaha yang dijalankan sebelum walaupun dikecam oleh pelbagai pihak.
“Semua mereka yang mengutuk itu hanya pandai untuk bercakap, tapi langsung tiada usaha untuk membantu. Setidak-tidaknya Datuk berani untuk tampil membantu dengan ikhlas. Kita perlu tolong berdasarkan kemahiran masing-masing,” jelasnya lagi.

Perdana Menteri sebelum ini mengesahkan bahawa pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lalu hilang di Lautan Hindi.
MISTERI...kehilangan pesawat MH370 masih belum terungkai hingga kini...
Dalam sidang media tergempar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, beliau berkata, maklumat tersebut diperoleh dari data terbaru yang dianalisis oleh Inmarsat, syarikat United Kingdom yang menyediakan data satelit dan Air Accidents Investigation Branch (AAIB).

“Berdasarkan maklumat yang diterima, saya dengan dukacitanya memaklumkan penerbangan pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi,”

“Maklumat ini telah diterima dan dianalisis AAIB berdasarkan data satelit yang disalurkan oleh Inmarsat,” katanya dalam persidangan media hari ini.
Menurutnya, berdasarkan teknik analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan sebegitu, mereka mendapat lebih banyak petunjuk mengenai laluan penerbangan MH370.-suara.tv-

MIMPI USTAZ MELIHAT PUNCA PESAWAT MH370 TERHEMPAS...SURATAN ATAU KEBETULAN ???

Sebelum ini dilaporkan, Pensyarah Jabatan Geografi Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata bahawa, “Pasukan mencari sekarang bekerja di kawasan laut yang ada pusaran amat besar serta mampu memerangkap apa saja objek yang jatuh di dalamnya.” Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai keadaan di selatan Lautan Hindi, kira-kira 2,500 kilometer ke arah barat daya Perth, Australia yang menjadi tumpuan dunia sekarang.

Ikuti mimpi yang dialami oleh seorang Ustaz :
Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.
Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.
Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.
Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin.- BICARA PERJUANGAN -

USTAZ DARUL MANZIL

21/03/2014