Selasa, 28 Januari 2014

MODEL BARU PERODUA ADA KELAINAN


Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yakin akan melancarkan model terbarunya pada separuh kedua tahun ini dan ketika ini sedang berbincang dengan rakan kongsi teknikalnya Daihatsu Motor Company Ltd (DMC), berkaitan spesifikasi teknikal kereta berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model baru akan dilancarkan itu berbeza daripada model yang pernah dihasilkan seperti Perodua, Myvi, Viva dan Alza.

“Kami bekerjasama dengan DMC untuk bergerak ke hadapan dengan segala maklumat diperoleh berdasarkan kepada maklumbalas yang kami terima daripada semua pihak ketika Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) yang lalu,” katanya.

LIHAT VIDEO









PULAU TERKECIL DAN PADAT PENDUDUK TERLETAK DI PULAU MIGINO AFRIKA

KELUASAN pulau ini hanyalah kira-kira 1800 meter persegi bersamaan 1/4 daripada padang bola sepak. Dengan pulau yang seluas ini ada lebih 1,000 penghuni di sini, ia benar-benar pulau terpadat di dunia.



Di pulau sekecil ini terdapat 5 buah bar, salun kecantikan, farmasi, hotel dan rumah-rumah setinggan yang di perbuat daripada kayu dan papan terbuang serta kepingan zink buruk dan berkarat dengan persekitaran yang kotor.


Menurut Bancian pulau kecil ini hanya boleh di diami oleh 131 keluarga sahaja tetapi apa yang di lihat sekarang pulau ini telah di huni lebih dari 1000 orang.Penduduk di pulau ini kebanyakannya nelayan dan menjual ikan untuk menyara hidup.


Pada awalnya nelayan yang menghuni pulau kecil ini terdiri dari 60 orang. mereka ini dari Kenya, Uganda, Tanzania kerana terdapat banyak ikan di sekitar pulau ini sehinggalah ia berkembang sehingga sekarang.
Hasil tangkapan nelayan-nelayan di pulau kecil ini akan dibawa ke tanah besar Kenya oleh syarikat-syarikat pemprosesan ikan ada yang dieksport ke Eropah dan lain-lain.
Memang pelik dan unik, pulau sekecil ini di huni oleh ribuan orang. Namun mereka hidup aman damai dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.

LIHAT VIDEO

Isnin, 27 Januari 2014

GEMPAR! KAPAL PERANG CHINA MERONDA BERHAMPIRAN MALAYSIA

PASUKAN peronda terdiri daripada kenderaan Amfibia, Changbaishan dan dua kapal pemusnah.
BEIJING 27 Jan. - Sebanyak tiga buah kapal China semalam melakukan rondaan di kawasan maritim Tebing James yang turut dituntut oleh Malaysia, kejadian terbaharu dilihat untuk memperkukuhkan tuntutannya di kawasan perairan Laut China Selatan.

LOKASI kejadian
Pegawai dan askar pasukan peronda tersebut berikrar untuk melaksanakan dan mempertahankan kedaulatan negara di Tebing James, yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Sarawak.

Agensi berita Xinhua melaporkan, pasukan peronda tersebut turut terdiri daripada kenderaan amfibia, Changbaishan dan dua kapal pemusnah.
Xinhua menyatakan, dalam satu majlis yang diadakan di kawasan Tebing James yang turut dikenali sebagai Beting Zengmu, pegawai dan askar itu berikrar menjaga kepentingan maritim dan kedaulatan China.

"Komander armada tersebut, Jiang Weilie menggesa askar dan pegawai sentiasa bersedia untuk berperang, memperbaiki keupayaan perang dan mengetuai pasukan untuk membina negara sebagai kuasa maritim,'' lapor Xinhua.

China terlibat dalam beberapa tuntutan bertindih di wilayah maritim Laut China Selatan dengan negara-negara jiran termasuk Malaysia. Beijing menganggap Tebing James sebagai kawasan jajahan yang terletak di selatan negara itu.

Malaysia pada Mac lepas, mengemukakan bantahan terhadap pencerobohan empat kapal China di Tebing James.


China melepaskan tembakan ke udara ketika berada di kawasan maritim tersebut. - REUTERS / LINK

VIDEO KAKI RABA DI RAKAM DALAM MRT SINGAPURA

AWAS! kepada wanita dan gadis-gadis yang menaiki kenderaan awam seperti BAS, LRT dan MRT, satu video telah berjaya di rakam oleh seorang penumpang yang peka dengan keadaan di sekelilingnya, perangai lelaki yang suka meraba ada di mana-mana terutamanya di dalam kenderaan awam.

Dalam video ini kita dapat melihat tangan seorang lelaki yang secara sengaja meraba punggung seorang wanita yang memakai mini skirt pendek. Namun tidak di sedari oleh wanita ini, mungkin di sebabkan pergerakan MRT yang kadang-kadang berbuai, keadaan dan kesempatan inilah yang telah diambil kesempatan oleh lelaki kemaruk seks pelik ini.
Namun yang pasti perbuatan lelaki gila seks ini telah dirakam tanpa diketahuinya. Kejadian ini di katakan berlaku didalam MRT Singapura. Berdasarkan kedengaran bunyi'Buona Vista' dan 'Circle Line' dalam rakaman ini. Dengan bukti rakaman, lelaki ini boleh di dakwa atas kesalahan mencabul kehormatan. - singaporeseen.stomp.com.sg-

LIHAT VIDEO DI BAWAH

Sabtu, 25 Januari 2014

VIDEO BUDAK KECIK BERCAWAT HANDAL MAIN SKATE BOARD.

UMURNYA baru 2 tahun, tapi kalau kita tengok budak kecik ni bermain skateboard seperti gaya seorang profesional. Memang hebat dan lucu bila budak umur 2 tahun pandai mengimbang badan, dengan berkaki ayam berkayuh laju meluncur jalanraya dengan teknik-teknik seperti orang dewasa.

Namanya 'Kahlei Stone-Kelly' berasal dari Australia. Budak kecik ni sudah menggilai skateboard sejak di berumur 6 bulan lagi. Tak percaya mari kita tengok aksi budak kecik ni dalam Video berikut.

GURU CINA DENDA MURID MELAYU MAKAN RUMPUT MACAM LEMBU

INILAH wajah cikgu yang 'Menglembukan' muridnya.
SUNGKAI - Dua pelajar Tahun Empat sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini, dikenakan hukuman tidak masuk akal apabila digantungkan loceng dileher dan dipaksa makan rumput seperti lembu, Khamis lalu oleh seorang guru bahasa Inggeris sekolah terbabit, hanya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

Terkejut selepas mengetahui mengenai kejadian yang menimpa dua pelajar berkenaan, ibu salah seorang mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sungkai, semalam, berhubung tindakan melampau guru itu.

Menurut ibu seorang daripada pelajar terbabit, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Abidin, 32, anaknya kini trauma dengan kejadian itu, kerana dikutuk dengan panggilan 'lembu' oleh rakan sekelas dan sekolah.

TERGAMAK GURU CINA INI MEMPERLAKUKAN 2 ORANG PELAJAR MELAYU SEPERTI LEMBU.
LOKASI kejadian.
Keadaan Makin PANAS Di Balai Polis Sungkai.Seorang Guru Cina Di SJKC Sungkai memperlakukan Pelajar Melayu Di Situ Seperti Lembu.Siap memaksa Pakai Loceng Dan Suruh Makan Rumput.  
LAPORAN polis yang dibuat ibu bapa terbabit.
Nama Murid :-
 1.Muhammad Naswinder Bin Muhammad Hamid
 2.Mohd Izat Iqbal Bin Mohd Harith.

Apabila sudah melibatkan sentimen kaum dan boleh menggugat keselamatan negara maka tindakan undang-undang harus dikenakan bukan setakat hanya tindakan dari Kementerian Pelajaran yang mana itu sudah tentu wajib. Pecat dari jawatan adalah hukuman palibg wajar.
APAKAH hukuman yang sesuai untuk cikgu yang menglembukan muridnya ini?
Akta hasutan paling sesuai untuk guru rasis ini. Kerajaan diminta bertindak segera jangan biarkan rakyat hilang sabar dan bertindak sendiri.

LIHAT VIDEO KEPETAHAN BUDAK NI MENGADU KEPADA WARTAWAN...

Jumaat, 24 Januari 2014

CUACA SEJUK DI MALAYSIA DIJANGKA KEMBALI NORMAL

Rakaman video tersebar luas di laman sosial kononnya memaparkan kejadian salji di Indonesia.
SHAH ALAM – Cuaca sejuk yang melanda beberapa negeri Pantai Timur beberapa hari lalu, dijangka kembali kepada bacaan asal menjelang minggu depan.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca, Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata,  perubahan cuaca berlaku akibat tiupan angin timur laut kencang dari China yang sedang mengalami musim sejuk.

“Untuk tempoh dua hingga tiga hari ini, negeri-negeri di Pantai Timur masih akan terkesan dengan cuaca sejuk ini namun menjelang minggu depan ia kembali kepada cuaca asal.

“Litupan awan kurang di seluruh semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi,” katanya .
Nur Husna Najian Hashim, 13 (kanan) bersama adiknya, Nur Husna Najihan Hashim, 8 (kiri) dan sepupunya Nur Sara Rofi terpaksa berpakaian dua lapis dan berselubung dengan kain batik untuk menahan cuaca sejuk akibat perubahan suhu di Kampung Beris Pak Abu, Besut.
Menurutnya, cuaca sejuk di kawasan Kuala Krai yang mencatatkan rekod bacaan 17 darjah Celcius semalam meningkat hari ini kepada 19 darjah Celcius.  

Kata Helmi, negeri-negeri lain seperti di Pantai Barat semenanjung Malaysia dijangka tidak akan mengalami cuaca sejuk.

“Negeri-negeri lain di Semenanjung tidak akan menghadapi cuaca sejuk kerana tiupan angin ini dihalang struktur permukaan bumi bergunung ganang daripada sampai ke negeri-negeri di Pantai Barat," katanya.

Ketika ditanya, kemungkinan negeri-negeri di Pantai Timur akan kembali dilanda hujan lebat akibat perubahan cuaca, beliau menafikan sebaliknya mengatakan tiupan angin kencang akan menyebabkan laut bergelora dan membahayakan kepada nelayan yang turun ke laut.

Beliau menyangkal dakwaan sesetengah pihak mengatakan salji akan melanda Malaysia akibat cuaca sejuk luar biasa yang sedang berlaku.

LIHAT VIDEO

Menurutnya, video yang tersebar luas di laman sosial blog dan Facebook memaparkan kejadian salji berlaku di Indonesia adalah tidak benar.

-SUMBER-

FENOMENA CUACA SEJUK BUKAN KERANA 'MATAHARI TIDUR'

FENOMENA 'Sleeping Sun'
Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menafikan dakwaan berlakunya ‘sleeping sun’ atau kurangnya aktiviti matahari serta perubahan iklim drastik di garisan Khatulistiwa yang menjadi punca kepada perubahan cuaca sejuk yang kini melanda negara.

Pengarah Pusat Cuaca Nasional itu, Muhammad Helmi Abdullah, berkata ia hanya berpunca daripada tempias musim sejuk yang kini melanda negara hemisfera utara terutama tanah besar China.
INILAH gambaran 'KLIA'  jika salji melanda negara agaknya...
Beliau meminta supaya fenomena ini tidak dianggap sebagai pelik dan luar biasa kerana suhu purata yang dicatat masih berada pada tahap normal iaitu tidak melebihi paras 15 darjah Celsius ke bawah kecuali kawasan tinggi di Cameron Highlands.
BEGINILAH pemandangan jika 'KLCC'  dilanda salji...
“Situasi ini biasa dialami di negara kita terutama negeri pantai timur, kewujudan salji seperti didakwa juga mustahil untuk berlaku memandangkan Malaysia dan Indonesia beriklim khatulistiwa dan suhu purata yang dicatatkan sepanjang tahun adalah tinggi,” katanya dihubungi semalam.
CUACA sejuk luarbiasa di Malaysia tiada kena mengena dengan fenomena 'Sleeping Sun'
Beliau mengulas dakwaan orang ramai di laman sosial yang menyatakan perubahan cuaca dingin yang melanda kebanyakan kawasan disebabkan wujud perubahan iklim mendadak serta fenomena ‘sleeping sun’.

Beliau berkata JMM turut meramalkan cuaca dingin ini dijangka mula berkurangan minggu depan ekoran peralihan monsun yang membawa arah angin dari Lautan Pasifik biarpun pergerakan Monsun Timur Laut kebiasaannya berakhir Mac.

Akhbar ini (hmetro) semalam melaporkan selain tiupan Monsun Timur Laut, kekurangan kepulan awan juga menyebabkan suhu rendah dan menjadikan cuaca sejuk terutama menjelang waktu malam.

Dalam pada itu, rekod jabatan berkenaan sehingga jam 6 petang semalam menunjukkan kebanyakan kawasan yang mencatatkan suhu 17 hingga 21 darjah Celsius kelmarin mula meningkatkan dengan purata kenaikan antara 0.2 darjah hingga dua darjah Celsius.
KANAK-KANAK terpaksa berselubung, tidak dapat menahan sejuk di Kampung Pusu Tinggi, Besut, Terengganu.
Di Kuala Krai, suhu minimum 17.5 darjah Celsius yang dicatatkan kelmarin meningkat 1.6 darjah Celsius kepada 19.1 darjah sementara di tanah tinggi Cameron Highlands, suhu direkodkan adalah 12.3 darjah Celsius.

Antara kawasan yang masih merekodkan bacaan suhu minimum 21 darjah Celsius ke bawah adalah Alor Star (20.4), Batu Embun (19.9), Batu Pahat, Sitiawan dan Butterworth (21.2), Gong Kedak (21.4), Keningau (20.7), Kota Bharu (21), Kuantan (20.8), Lunok Merbau (19.8), Mulu, Senai dan Prai (21.8), Sibu (21.7), Sri Aman (21.1) Subang (21.9) serta 20 darjah dicatatkan di Temerloh.

Kehadiran Monsun Timur Laut ini juga menyebabkan negara kurang menerima hujan selain kehadiran angin kencang dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, pedalaman Sabah serta Sarawak.

-sumber-

Khamis, 23 Januari 2014

'SEPERTI ADA AIS BAWAH TILAM'

ADAKAH Malaysia bakal di landa salji?
JERTIH: Cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini mencatatkan rekod suhu terendah iaitu 19 darjah Celsius di sekitar Besut, pagi semalam.

KANAK-KANAK terpaksa berselubung, tidak dapat menahan sejuk di Kampung Pusu Tinggi, Besut, Terengganu.
Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Jenuwa Husin berkata, selain itu, Kuala Krai, Kelantan, turut merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celcius, semalam, sekali gus mencatatkan rekod pertama di Pantai Timur.

Menurutnya, penurunan suhu itu amat berbeza dengan suhu biasa yang dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini iaitu 23 darjah Celcius di dua kawasan itu.
Nur Husna Najian Hashim, 13 (kanan) bersama adiknya, Nur Husna Najihan Hashim, 8 (kiri) dan sepupunya Nur Sara Rofi terpaksa berpakaian dua lapis dan berselubung dengan kain batik untuk menahan cuaca sejuk akibat perubahan suhu di Kampung Beris Pak Abu, Besut.
Perubahan iklim mendadak di daerah Jertih membuatkan beberapa penduduk di sini terpaksa memakai pakaian tebal.

Lebih memburukkan keadaan akibat perubahan suhu itu beberapa penduduk turut diserang demam apabila suhu kurang daripada 25 darjah Celsius pada waktu malam dan 28 darjah Celsius tengah hari tadi.

Seorang peniaga, Siti Mariam Husin, 54, berkata, sejak perubahan suhu seminggu lalu, dia kini terpaksa memakai pakaian dua lapis dan stokin setiap kali keluar rumah waktu pagi.

Menurutnya, dia dan dua anaknya, Nur Hidayah Hashim, 23, dan Nur Hazira Hashim, 28, terpaksa mandi menggunakan air panas untuk menghangatkan badan pada waktu pagi selain mengalami kesukaran untuk tidur malam.

"Adakalanya saya rasa seperti ada ais di bawah tilam dan untuk menghangatkan badan saya terpaksa guna lebih selimut.

"Pada mulanya saya ingatkan saya sahaja yang merasa perubahan suhu tetapi selepas mendengar perbualan beberapa penduduk di sini barulah saya sedar yang suhu di kawasan kampung semakin sejuk," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beris Pak Abu, dekat sini, petang ini.

Sementara itu, Nur Hazira berkata, dia diserang demam dan sakit kepala sejak berlakunya perubahan suhu seminggu lalu.

Menurutnya, gejala sama turut menimpa beberapa pelanggan kedai ibunya yang memberitahu mereka juga diserang demam panas dan sakit kepala.

Malah katanya, permintaan terhadap minuman berais juga turun mendadak kerana pelanggan meminta air panas ketika memesan minuman di kedainya.

"Dulu ibu terpaksa membuka kipas apabila waktu tengah hari namun kini terpaksa menutup alat elektrik itu kerana suhu cuaca terlalu sejuk.

Semetara itu, Perlis kini sekali lagi merekodkan perubahan suhu yang agak berbeza daripada biasa walaupun pernah dikenali sebagai negeri yang mencatatkan suhu paling panas iaitu 40.1 darjah Celsius pada tahun 1998

Menjelang hujung minggu ini, suhu di sekitar negeri ini dijangkakan boleh turun sehingga 21 atau 20 darjah Celsius pada waktu malam, tidak seperti suhu biasa iaitu 36 darjah Celsius pada waktu siang dan 24 darjah Celsius pada waktu malam

Berdasarkan ramalan cuaca JMM, suhu sepanjang minggu di kebanyakan kawasan di negeri ini adalah 33 darjah celsius pada waktu siang dan 24 darjah celsius pada waktu malam.

Pengarah Pusat Cuaca Nasional JMM, Muhammad Helmi Abdullah, berkata, walaupun ramalan menunjukkan suhu waktu malam di Perlis adalah 24 darjah celsius, beliau tidak menolak jika suhu berkenaan boleh turun sehingga 20 darjah celsius.

“Catatan suhu yang agak rendah daripada kebiasaan ini sebenarnya disebabkan musim Monsun Timur Laut yang turut membawa tiupan angin sejuk dari kawasan sejuk seperti di China dan Siberia.

“Jadi, penurunan suhu boleh dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu tiupan angin dan juga kepulan awan," katanya

Menurutnya, jika tiupan angin lebih kuat dan kepulan awan tidak tebal atau banyak pada waktu malam, suhu akan menjadi lebih rendah dan ia adalah perkara normal.

"Pada awal Januari lalu stesen meteorologi Chuping pernah mencatatkan suhu sehingga 19.8 darjah Celsius.

"Rekod suhu terendah yang pernah direkodkan dari stesen berkenaan adalah 17.8 darjah celsius pada 26 Februari 1998. Selepas minggu ini, suhu dijangka kembali meningkat bermula awal Februari,” katanya yang percaya suhu di sini tidak akan turun kurang daripada 20 darjah celcius pada minggu akan datang," katanya.

Muhammad Helmi berkata, catatan suhu yang rendah kerana musim Monsun Timur Laut ini bukan hanya dialami di Perlis tapi juga negeri di sebelah pantai timur semenanjung.

Disebabkan perubahan suhu yang agak mendadak ini juga, Muhammad Helmi menasihatkan orang ramai supaya memakai pakaian yang bersesuaian jika perlu melakukan aktiviti luar pada waktu malam. -hmetro.com.my-

BIAR BETUL? MALAYSIA PUN DI LANDA SALJI JUGAK!

NURUL IZZAH SAH BUAT FAIL MOHON CERAI

Nurul Izzah, 34
KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini mengesahkan Anggota Parlimen Lembah Pantai daripada PKR, Nurul Izzah Anwar telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

Perkara itu disahkan dalam semakan fail di mahkamah itu.
Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003
Nurul Izzah, 34, anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan itu pada awal bulan ini.

Nurul Izzah memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Seksyen itu merupakan pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Kes itu pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang dua hari lepas.

Mahkamah menetapkan 18 Februari ini untuk sebutan semula kes itu.
SAAT bahagia...
Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang lelaki berumur empat tahun. - Bernama

sumber/ kosmo!online

KOPI 3 DALAM 1 PENUH DENGAN KIMIA

PENGUNAAN bahan kimia yang keterlaluan dalam produk minuman dan makanan sudah tidak terkawal lagi. Ada yang sanggup mencampurkan semua jenis bahan kimia yang dihasilkan dari makmal ke dalam formula minuman sachet lalu mendakwa produk mereka mengandungi kopi berkualiti yang terpilih. Sebagai contoh, berikut senarai bahan-bahan untuk 2 jenis minuman kopi sachet segera yang dikeluarkan oleh SYARIKAT YANG SAMA.

JENAMA A:
Kandungan: Gula, krimer bukan tenusu, kopi segera

JENAMA B:
Kandungan: Non-dairy creamer (glucose syrup, refined hardened vegetable lauric fats (coconut and/or palm kernel oil) sodium caseinate, dipotassium phosphate (E340ii), emulsifier (E472, E472e), sodium polyphosphate (E452i, silicon dioxide (E551)), sugar, foaming creamer (glucose syrup solids, vegetable fats, milk solids, stabilizer (E340ii), emulsifier E481, flavoring, instant coffee, coffee flavor.

UNTUK jenama A, lihatlah betapa mudahnya mereka senaraikan bahan-bahan yang terkandung di dalam kopi itu semudah ABC. Sebenarnya adalah mustahil hanya 3 bahan sahaja yang terkandung iaitu gula, krimer dan kopi segera.

Mereka sebenarnya menyembunyikan bahan-bahan kimia lain yang sememangnya diperlukan untuk menjadikan serbuk kopi 3 dalam 1 ini tahan lama, tidak bergumpal, sentiasa kekal dalam keadaaan serbuk dan tidak lembap.

Kalau tiada bahan-bahan kimia ini, serbuk kopi ini tentu sudah rosak, tidak boleh dibancuh dengan air panas dan akan hilang segala "rasa" kopinya. Jadi, anda jangan percaya dengan senarai bahan-bahan yang ringkas sebegini. Hakikatnya, ada banyak lagi bahan yang disembunyikan dari pengetahuan pengguna.

BAGI jenama B, ia mungkin lebih jujur dengan menyatakan senarai berbagai jenis bahan kimia yang ditambah ke dalam serbuk kopi 3 dalam 1 mereka. Perlu diambi lkira bahawa bahan yang pertama sekali dalam senarai ialah bahan yang paling banyak digunakan dalam suatu produk dan yang paling sedikit di senarai terakhir sekali. 

Pertama dalam senarai ialah krimer bukan tenusu yang diperbuat dari sirap glukosa (atau lebih dikenali sebagai High Fructose Corn Syrup), lemak sayuran yang telah diproses (sama ada dari kelapa atau minyak isirung kelapa sawit), sodium caseinate (berasal dari susu), dipotassium phosphate (E340ii).

Emulsifier (E472, E472e), sodium polyphosphate (E452i - juga adalah sejenis emulsifier), silicon dioxide (E551 - sejenis bahan anti-gumpalan), gula, foaming creamer (adalah krim untuk menghasilkan buih supaya kopi kelihatan menyelerakan), lemak sayuran (atau lemak trans), pepejal susu, penstabil (hanya nyatakan nombor E340ii iaitu dipotassium phosphate), kemudian emulsifier yang ke-empat (hanya nyatakan nombor E481 - sebenarnya pencarian TSM ialah Sodium stearoyl-2-lactylate), perasa, kopi segera dan perisa kopi. 

Begitu banyak senarai bahan-bahan kimia yang digunakan dalam serbuk kopi 3 dalam 1 ini dan ianya dalam senarai terawal berbanding kopi di senarai terakhir sekali. Tiga bahan terakhir dalam senarai ini juga menimbulkan banyak persoalan. Minuman kopi segera sepatutnya sudah tentu mengandungi kopi paling banyak dan sepatutnya diletakkan di senarai yang pertama sekali.

Kemudian ada PERASA (flavoring) dan PERISA KOPI (coffee flavor). Bagi mereka yang tidak mengerti, perasa dan perisa kopi adalah kopi. Hakikatnya, ia adalah bahan kimia yang dihasilkan untuk meniru citarasa seperti kopi dan mereka tidak senaraikan apakah nama bahan kimia tersebut. 

Sebenarnya inilah yang 'menimbulkan' aroma kopi semasa ditambahkan air panas padahal ia bukan kopi sebenar. Ramai yang menyangka kerana aroma atau bau kopi yang kuat, itu menandakan ia kopi yang pekat atau itulah biji kopi sebenar. Realitinya, pengguna minum lebih banyak bahan kimia berbanding kopi walaupun produk dipasarkan sebagai kopi segera 3 dalam 1. 

Harap ini dapat membantu menyedarkan pengguna bahawa mereka sebenarnya telah ditipu selama ini. Meskipun semua bahan yang disenaraikan ini diluluskan oleh Kesatuan Eropah (EU), ia tidak seharusnya digunakan terlalu banyak dalam minuman dan diminum setiap pagi dan petang.

Ini bukan lagi tabiat semulajadi apabila anda menelan bahan kimia setiap hari. Aroma kopi yang kuat itu sebenarnya adalah bau yang terhasil dari bahan kimia yang dihasilkan di makmal. Teknologi serba maju hari ini mampu menghasilkan apa saja bahan yang mengeluarkan bau atau aroma tanpa menggunakan bahan sebenar.

Daripada semua senarai di atas, mungkin hanya gula, kopi dan krimer sahaja yang anda kenal dan ia boleh didapati di pasaran. Selain itu, semua bahan lain tidak pernah anda dengar atau sentuh. 

PUNCA RAMAI YANG MEMBELI TERMASUK SAYA!

1 - Minuman ini murah dan mudah diperolehi, serta mudah untuk diminum dan disasarkan kepada mereka yang mempunyai gaya hidup yang sentiasa sibuk. Setiap satu daripada minuman ini biasanya mengandungi sehingga 4.4 sudu teh gula atau kira 80 kcal (Kilo kalori)!

2 - Glukosa dalam gula memberikan pengguna ‘tenaga’ yang mereka fikir akan membantu menyediakan lebih tenaga di tempat kerja atau di sekolah. Pengambilan sesuatu yang tinggi kandungan gulanya dan pada masa yang sama mempercayai bahawa gula sumber tenaga sebenar, ramai percaya mereka merasa lebih bertenaga. Bagaimanapun, ia tidak benar dan hanya kesan plasebo.

3 - Apa yang sebenarnya ialah kita mendapat semua tenaga yang kita perlukan daripada sumber makanan kita. Menurut Garis Panduan Pemakanan Malaysia yg diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan pada 1999, untuk memastikan kita memperolehi semua kalori harian yang diperlukan oleh kita daripada makanan, apa yang diperlukan ialah memakan makanan seimbang daripada pelbagai jenis makanan dan memakannya secara sederhana.

Ini sudah cukup untuk menyediakan kita dengan purata keperluan tenaga harian antara 1500 hingga 2500 kcal.  

Anda fikir bau minyak wangi seperti bau epal, oren, dan lain-lain diekstrak dari buah-buahan sebenar?

-thesecretmedicines-   

Rabu, 22 Januari 2014

KES LELAKI ANGKUH TERAJANG POLIS SUDAH KE MAHKAMAH

LELAKI angkuh ini cuba menumbuk Polis.
Kuala Lumpur: Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki dipercayai penceroboh sebuah kawasan ladang milik FELDA di Sabah menendang dan memaki hamun seorang anggota polis bantuan FELDA kini tersebar di media sosial.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku pada 2011 bagaimanapun video berkenaan baru disebarkan semalam. 
LELAKI angkuh ini memarahi polis .
Rakaman video durasi 2.12 minit itu menunjukkan seorang lelaki menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda memarahi beberapa anggota polis bantuan dalam satu kawasan ladang. 

Rakaman itu bermula ketika lelaki berkenaan mendakwa pondok miliknya dirobohkan, namun ia dinafikan anggota polis bantuan terbabit dan seterusnya bertanyakan bagaimana lelaki itu tahu perbuatan meroboh itu dilakukan pihaknya.

Lelaki terbabit kemudian mendakwa ada melihat kesan tapak kasut anggota polis bantuan di kawasan berkenaan sebelum anggota itu bertanyakan sekiranya ada bukti lain seperti cap jari mereka di kawasan itu.
GAYA angkuh lelaki menaiki Jeep menendang polis.
Berang dengan jawapan diberikan anggota itu, lelaki terbabit turun daripada kenderaannya sebelum menendang dan menumbuk seorang daripada anggota berkenaan. 

Selepas itu , lelaki terbabit mengarahkan mereka untuk membuat laporan polis sebelum anggota itu memberitahu akan membawa perkara itu ke mahkamah. 

Selain itu, lelaki berkenaan bagai mencabar anggota berkenaan dengan mengarahnya untuk menumbuk mukanya, namun anggota berkenaan tidak melayan provokasi lelaki terbabit. 

“Kita jumpa di mahkamah. Ini bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Kami cuma mahu berunding dan menjalankan tugas,” kata anggota itu. 

Meskipun anggota polis bantuan itu cuba diprovokasi namun dia tidak melawan. 
Ini menyebabkan lelaki itu seperti tidak berpuas hati dan cuba sekali lagi untuk menumbuk anggota berkenaan, namun diselamatkan anggota lain. 
LELAKI angkuh ini lagaknya seperti samseng.
“Kau tengok muka saya,” kata lelaki itu selepas anggota berkenaan tekad dengan keputusan untuk membawa kes itu ke mahkamah. 
SIAPAKAH dia sebenarnya...sungguh berani lagaknya?
Sementara itu, sumber polis yang mengesahkan rakaman video itu menyatakan kejadian itu berlaku di Lahad Datu, Sabah pada 2011 dan kes berkenaan sudah dibawa ke mahkamah.

LIHAT VIDEO :

FENOMENA SALJI DI INDONESIA DAN FILIPINA KEJUTKAN SAINTIS

FENOMENA aneh salji turun di utara Indonesia.
SEBELUM ini kita telah digemparkan dengan berita turunnya salji di beberapa buah negara seperti Mesir dan Vietnam ianya amat menakjubkan. Ramai yang mengatakan ini adalah petanda akhir zaman. Para saintis mengatakan paksi bumi telah berganjak dari tempat asalnya, inilah yang membuatkan kecelaruan cuaca dan iklim dunia.

Tetapi tahukah anda ada lagi satu berita yang mengemparkan! sebelum kejadian turunnya salji di Mesir dan Vietnam, negara Indonesia dan Filipina jugas telah terlebih dulu turun salji. Tetapi kejadian ini tidak dihebohkan, mungkin atas sebab-sebab tertentu.
FENOMENA aneh ini berlaku di suatu pagi yang dingin di Indonesia.
Fenomena yang sangat luar biasa ini telah mengejutkan penduduk di kawasan utara Indonesia. Menurut keterangan video, kejadian ini berlaku disuatu pagi dimana cuacanya tersangat sejuk dan tidak di sangka-sangka pada pagi itu juga turunnya salji. Indonesia adalah sebuah negara beriklim tropika, fenomena ini sangat mengejutkan.

Anda boleh saksikan video dalam bahasa Inggeris di bawah ini dengan tajuk "Fenomena salji yang pertama kali di rantau Asia (Indonesia dan Filipina)". Fenomena ini telah mengejutkan para saintis dunia. 
FENOMENA luarbiasa salji juga dilaporkan turun di selatan Filipina.
-ALAMCYBER2020- Berita ini tidak dapat dipastikan kesahihanya, namun setelah saya search ada satu berita dari www.republika.co.id ada satu berita berkaitan  'Ribut salji' di sana dengan tajuknya "Fenomena Alam Aneh, Badai Salju Hantam Sumatra Barat".


LIHAT VIDEO SALJI TURUN DI INDONESIA!


LIHAT VIDEO SALJI TURUN DI SELATAN FILIPINA!