Sabtu, 30 November 2013

LIFT PALING BERHANTU DI BRAZIL (VIDEO)

Bagaimana rasanya jika ketika anda sedang menaiki lift bersendirian, tiba-tiba lampu lift berkelip-kelip lalu terpadam, dan muncullah makhluk menyeramkan yang mungkin tak ingin anda temui seumur hidup?

Inilah yang terjadi disebuah lift paling berhantu di Brazil. Mari kita saksikan sendiri bagaimana reaksi para pengguna lift di Brazil ini ketika mengetahui bahwa mereka tidak sendirian di dalam lift.

Walaupun ini hanyalah satu penipuan atau gurauan untuk satu program televisyen disana, namun kita dapat melihat tidak kiralah semaju mana sesuatu bangsa itu bila bab hantu mereka pasti mengalah kepada ketakutan yang tidak terperi... 

LIHAT VIDEO

LELAKI MABUK MAUT DITELAN ULAR SAWA (VIDEO)

Berita yang menggemparkan dari Attapady, Kerala, India, dilaporkan seekor ular sawa telah menelan seorang lelaki yang sedang mabuk.

Seperti yang dilaporkan, kejadian berlaku ketika lelaki itu sedang mabuk sehingga tidak sedarkan diri dan terlentang di luar kedai minuman keras berhampiran sebuah longkang besar tempat ia meneguk minuman.

Ketika tidak sedarkan diri itulah, seekor ular sawa besar yang kelaparan datang dan menelan lelaki itu hidup-hidup. Jika dilihat dari foto di atas, terlihat bahagian perut ular itu kelihatan besar dan membentuk tubuh manusia.

Peristiwa ular memakan manusia yang sedang mabuk itu sangat menggemparkan termasuk di laman jejaring sosial seperti Youtube dan Twitter.

LIHAT VIDEO


SUMBER/beforeitsnews.com

Khamis, 28 November 2013

VIDEO GERGASI LAUT MELETUP

Nasib paus tiada penyudahnya. Keengganan Jepun menghentikan tradisi makanan berasaskan daging mamalia laut terbesar itu seumpama mementingkan diri sendiri.
KEDENGARAN jeritan dan sorakan di tengah lautan. Keterujaan itu seiring dengan kegigihan kumpulan anak kapal yang sedang berusaha menarik seekor paus sepanjang hampir 20 meter naik ke atas kapal.

Darah merah lantas mencemarkan kebiruan air laut di situ. Semakin banyak ia mencurah saat paus itu meronta-ronta minta dilepaskan. Namun, kuasa tombak yang dibedil dari atas kapal gergasi itu jauh tertusuk lalu menembusi tulang-temulangnya.

Setelah berjaya dinaikkan, paus itu menghadap seksaan paling kejam. Ia ditembak berkali-kali untuk memastikan hayatnya benar-benar sudah berakhir. Hanya selepas itu, proses melapah pun bermula.

Kalau membayangkan siri perbuatan itu, ia seolah-olah meletakkan manusia sebagai makhluk yang paling kejam.

Walaupun menerima persepsi sedemikian, bagi pemburu-pemburu paus dari Jepun itu, ia bukanlah satu kekejaman. Sebaliknya, ia suatu proses yang biasa dilakukan para pelaut tersebut untuk mencari sumber makanan bagi mengisi perut yang kosong.
PAUS kelabu seperti ini sentiasa terancam saat ia muncul di permukaan laut untuk mengambil nafas atau bermain dalam kelompoknya.
"Paus ditangkap kerana kami menghargainya. Secara fitrah, ikan paus yang dilahirkan di laut adalah untuk kami memburunya. Kami rasa paus berasa 'gembira' untuk dimakan.

"Saya tidak pernah mendengar sesiapa pun yang mengeluh kesal. Kanak-kanak di sini pun tidak bersedih kerana paus yang mati. Paling nyata, mereka mungkin berkata tangkapan hari ini nampak sedap," kata salah seorang bekas pemburu Yuichi Kimura yang berasal dari Ayukawa, Jepun.

Di restoran-restoran Negara Matahari Terbit itu, hidangan daging paus bukanlah sesuatu yang asing. Makanan eksotik itu menjadi kegemaran malah merupakan sebahagian daripada makanan wajib penduduknya.
KEHADIRAN kapal besar yang dilengkapi tempuling seperti Yushin Maru ini adalah ancaman menakutkan buat paus dan kumpulan pergerakan antipemburuan.
Walaupun menyedari haiwan tersebut sudah semakin pupus, Jepun masih enggan membuang tabiat itu kerana ia telah menjadi tradisi mereka sejak ratusan tahun dahulu.

Menurut kajian, tradisi memakan daging paus dan pemburuannya telah wujud sejak abad ke-12 di Jepun. Tetapi selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, permintaan terhadapnya semakin tinggi lantaran selera terhadap mamalia laut itu semakin meningkat.

Tradisi dan kontroversi

Di negara yang mengalami kekurangan sumber makanan yang serius itu, paus bukan sahaja diambil dagingnya untuk memenuhi selera di meja makan. Bahagian-bahagian paus yang lain turut dijadikan sumber minyak bagi lampu, sabun, baja dan sebagainya.

Kata Yuichi, tradisi atas kapal Jepun tidak seperti amalan anak kapal pemburu paus di Amerika Syarikat. Kalau kapal Amerika membuang daging mamalia tersebut setelah mengambil bahagian tertentu yang boleh dijadikan minyak, pelaut Jepun pula memanfaatkan setiap inci paus yang ditangkap.
DEMONSTRASI yang mengecam kegiatan memburu paus sering dijalankan namun sejauh manakah gesaan itu diberi perhatian?
Isu pemburuan paus dan kerisauan terhadap kepupusannya telah mula dibangkitkan sejak 1925 dan telah dibawa ke Persidangan Geneva. Undang-Undang Pemburuan Paus telah digubal pada 1931 dan mula dikuatkuasakan pada 1934, namun Jepun dan Jerman tidak menghiraukannya.

Begitupun pada 1947, daging paus telah menguasai pasaran Jepun sebanyak 50 peratus berbanding daging-daging lain. Malah pada sekitar 1954 pula, satu Akta Pemakanan Sekolah telah menyenaraikan daging paus dalam program pemakanan di sekolah kerana mereka percaya ia dapat meningkatkan nutrisi kanak-kanak Jepun.

Tanpa terkesan terhadap tekanan gerakan kumpulan pencinta haiwan dan pelbagai pertubuhan global lain yang mewakili survival haiwan itu, daging paus terus menjadi sebahagian daripada makanan mereka kerana ia dipercayai berkhasiat dan rendah lemak.
KAPAL ini sedang menarik masuk seekor paus minke bersama anaknya di Lautan Antartik. Jepun mendakwa penangkapan paus adalah untuk tujuan ‘penyelidikan’.
Bagaimanapun, selepas ekonomi negara tersebut pulih, permintaan terhadap daging ikan paus sedikit menurun selepas daging-daging lain menjadi popular di pasaran menjelang 1970.

Kerajaan negara tersebut walau bagaimanapun terus berusaha meningkatkan semula permintaan dan minat terhadap daging paus.

Sebuah syarikat telah ditubuhkan dan bertanggungjawab menghantar daging paus ke sekolah, hospital dan restoran. Walaupun pengedarannya percuma, penjualannya tetap dikawal bagi memastikan harganya berada di tahap yang memuaskan.

Pengharaman

Selaras dengan larangan oleh Suruhanjaya Pemburuan Paus Antarabangsa (IWC), misi pemburuan paus di Lautan Antartik bagaimanapun telah dihentikan oleh Jepun pada 1986-1987. Ini berikutan langkah negara-negara Barat yang melobi pengharaman tersebut atas hujah bahawa haiwan itu diburu secara melampau sehingga membawa kepada kepupusan.

Walaupun berat menerima penguatkuasaan itu, Jepun terpaksa akur menghentikan aktiviti memburu paus minke di kawasan pesisiran pantai sejak tahun 1988.
DAGING paus menjadi kegilaan diet rakyat Jepun kerana mempercayai nilai khasiatnya yang tinggi.
Namun, kontroversi itu tidak tamat begitu sahaja. Jepun sebenarnya masih meneruskan aktiviti yang membunuh beratus-ratus ekor paus setahun. Cuma mereka memberi alasan pemburuan dan pembunuhan itu atas nama 'penyelidikan'.

Alasan tersebut telah menerima kritikan daripada negara-negara antipemburuan paus seperti Amerika Syarikat dan Australia yang melihatnya sebagai pemburuan komersial. Umum tahu, paus akan tetap berakhir di atas pinggan sebagai hidangan di restoran dan dapur rumah mereka.

Sepanjang tahun 2009 yang mempunyai 10 musim memburu paus, Jepun yang memiliki sebuah kapal industri, empat kapal tempuling dan dua kapal patrol telah membunuh 935 ekor paus minke, 50 ekor paus fin dan 50 spesies humpback setiap musim.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Suruhanjaya Paus Antarabangsa (IWC), tangkapan paus dengan permit oleh Jepun dari 1988 hingga 2008 di Pasifik Utara dan Hemisfera Selatan adalah sebanyak 11,368 ekor.

Ekoran ia berhampiran perairan Australia, kerajaan negara kanggaru tersebut lantang memberi komen mengenai kegiatan tersebut.

Pada tahun 1994, Australia mengumumkan bahawa kawasan sejauh 200 batu nautika (370 km) yang mengelilingi Wilayah Antartik Australia sebagai Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ). Zon itu termasuk dalam bahagian selatan kawasan Tempat Perlindungan Paus Laut Selatan yang telah diisytihar IWC.

Pada Disember 2007, kerajaan Australia mengumumkan rancangan untuk mengawasi pemburu paus Jepun yang memasuki perairan mereka. Perdana Menteri, Kevin Rudd, turut membuat bantahan rasmi terhadap aktiviti pemburuan paus oleh Jepun dan mengancam untuk mengambil tindakan melalui mahkamah antarabangsa.

"Jika kita tidak boleh menyelesaikan masalah ini secara diplomatik kami tidak akan menunggu lama untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Kami serius dalam hal ini. Saya lebih suka menyelesaikannya secara diplomatik tetapi jika gagal, pasti ada jalan alternatif untuk menyelesaikannya," kata Kevin.

Jepun telah mengundang masalah yang lebih besar apabila kapal milik mereka, Shonan Maru 2, telah melanggar bot canggih milik kumpulan antipenangkapan paus Persatuan Pemuliharaan Sea Shepherd 6 Januari lalu.

Muncung bot bernama Ady Gil itu telah patah akibat dirempuh Shonan Maru 2, dan akibatnya kedua-dua belah pihak saling menyalahkan kedudukan dan peranan masing-masing.

Sea Shepherd dalam satu kenyataan memberitahu, kapal The Shonan Maru 2 tiba-tiba menghidupkan enjin dan melanggar Ady Gil sehingga bahagian depan bot itu putus.

Institut Penyelidikan Cetacean (ICR) Jepun pula mendakwa lima warga New Zealand dan seorang rakyat Belanda dalam bot canggih itu cuba merosakkan kemudi dan kipas dengan menggunakan tali selain menembak 'cahaya laser' kepada anak kapalnya dan melontarkan bom busuk.

"Mereka telah membuktikan bahawa mereka tidak mengendahkan undang-undang dan nyawa manusia, sama seperti nyawa paus. Enam anggota kami boleh terbunuh dalam kejadian itu," kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sea Shepherd, Chuck Swift.

Jurucakap bagi ICR, Glenn Inwood, pula membalas dengan menyifatkan tindakan Sea Shepherd itu sebagai usaha meraih publisiti semata-mata.
BOT canggih Ady Gil ini musnah di bahagian hadapannya kerana mendakwa kapal Jepun, Shonan Maru 2, melanggarnya ketika melakukan aktiviti pemburuan paus.
Hakikatnya, selagi ada permintaan dalam pasaran daging paus di Jepun, selagi itulah pemburuan terhadapnya tidak akan berakhir.

Walaupun kesedaran masyarakat Jepun terhadap isu kepupusan paus sudah menampakkan sedikit peningkatan, ia masih belum cukup untuk menghalang kegilaan aktiviti pemburuannya. Tradisi tersebut terlalu kuat untuk dikatakan salah, apatah lagi untuk dihentikan.

sumber

Rabu, 27 November 2013

RAKYAT MALAYSIA JANGAN TERLALU SELESA

Sejak 20 tahun lalu, berlaku perubahan iklim di Malaysia yang berpunca daripada peningkatan kepekatan gas rumah hijau di atmosfera menjadikan negara ini bakal berhadapan dengan kekerapan banjir besar.
TIDAK Mustahil bencana ini boleh berlaku kepada Malaysia...
TARIKH 8 September 2013 semestinya menjadi sebuah lagi potret ngeri buat penduduk di kepulauan Samar yang terletak di tenggara Manila, Filipina. Taufan Super Haiyan dengan kelajuan 315 kilometer per jam (km/j) membadai negara itu mengorbankan hampir 10,000 nyawa di tiga kawasan iaitu Cebu, Leyte dan Bohol.

DAHSYAT ...Taufan Haiyan dilihat dari satelit
Bencana alam yang disifatkan sebagai taufan terburuk untuk tahun ini dikategorikan sebagai taufan tahap lima mendapat perhatian seluruh dunia termasuk kerajaan Malaysia yang menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM3.2 juta selain menghantar pasukan misi bantuan Kemanusiaan Taufan Haiyan ke negara itu.
NEGARA Bertuah...kerap kali terselamat dari bencana alam
Ironinya, Malaysia yang terletak di Asia Tenggara jarang sekali dilanda taufan berskala besar apatah lagi bencana alam yang meragut ribuan nyawa. Damainya negara tercinta ini kerana keadaan Malaysia yang berada di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik selain keadaan geografi yang terletak di garisan khatulistiwa menghalang kepada pembentukan puting beliung dan taufan besar.

Namun, ia bukan bermaksud rakyatnya boleh hidup dengan aman dan berasa diri mereka selamat kerana Malaysia turut terdedah kepada punca pencemaran udara sekali gus bakal berhadapan dengan kekerapan banjir berskala besar.

Naib Pengerusi Kumpulan 1 Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC), Prof. Dr. Fredolin Tangang@Tajuddin Mahmud mendedahkan berdasarkan kajian, iklim sudah berubah sejak 50 tahun lalu, malah semakin drastik sejak 20 tahun lalu akibat peningkatan kepekatan gas rumah hijau di atmosfera.

Kekerapan hujan
TABURAN Hujan yang sering di luar jangkaan amat membimbangkan...
Berikutan itu, dunia mengalami kekerapan hujan yang sangat tinggi menyumbang kepada masalah peningkatan paras laut dengan purata global sebanyak 1 meter (m) sekali gus negara seperti Malaysia terdedah kepada ancaman banjir besar.

"Rekod menunjukkan menjelang abad ke-21 serantau Malaysia mencatatkan peningkatan paras laut (SLR) sebanyak 0.3 hingga 0.6 m di sekitar negara ini.

"Ia berlaku kerana kesan gas hijau yang dibebaskan sama ada secara semula jadi atau buatan manusia secara tidak terkawal sehingga ia terkumpul di atmosfera dan tidak dibebaskan dengan sempurna.
PENCAIRAN Ais di kutub utara semakin membimbangkan dunia...
"Apabila keadaan ini berlaku, ia menyebabkan bumi menjadi panas yang kita gelarkan sebagai pemanasan global. Kesan pemanasan global ialah glasier dan ais di bahagian Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair. Paras laut yang meningkat menjadi bertambah buruk apabila hujan. Kekerapan hujan yang tidak menentu memberi kesan negatif terhadap negara-negara tropika dan khatulistiwa.

"Kekerapan hujan akan mengundang kepada masalah banjir. Inilah bencana alam yang perlu dihadapi dan ditangani Malaysia saban tahun terutama dengan berlakunya peningkatan banjir besar," katanya yang turut menjelaskan pemanasan global akan menyebabkan udara dipenuhi dengan lembapan yang mengundang kepada taburan hujan yang kerap.

Beliau berkata demikian kepada!ketika ditemui dalam pembentangan mengenai Laporan Taksiran (AR5) IPCC dan kaitannya dengan Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi baru-baru ini.

Fredolin yang juga Felo Pusat Institut Perubahan Iklim (IKLIM), Fakulti Sains dan Teknologi, UKM turut melahirkan rasa kecewanya terhadap tahap kesedaran rakyat Malaysia yang rendah mengenai perubahan iklim dan kekurangan pakar dalam bidang itu.

"Di Malaysia kita tidak mempunyai pakar mengenai bumi dan laut. China contohnya, sudah mewujudkan universiti khas mengkaji laut khusus kepada masalah bencana yang sedang dihadapi dunia masa kini," jelasnya yang menuntut masyarakat peka terhadap perubahan iklim.

Dalam perkembangan lain, UKM melalui FST melancarkan Tabung Kemanusiaan Tragedi Taufan Haiyan peringkat pertama sebelum ia diperluaskan kepada seluruh warga universiti itu.

SUMBER

Isnin, 25 November 2013

VIDEO JELMAAN ROH DITEMPAT KEMALANGAN MAUT

Seram...Sebuah stesen TV di Sepanyol secara tidak sengaja telah merakamkan sesuatu yang menyeramkan ditempat kejadian kemalangan maut. Kejadian menyeramkan itu berlaku semasa wartawan membuat liputan kemalangan tersebut bersama jurukameranya.

Sewaktu membuat liputan jurukamera perasaan tiba-tiba muncul satu lembaga putih melintasi tempat kemalangan seperti bayang-bayang putih. Dalam keadaan gementar jurukamera terus merakamkan kejadian misteri ini tanpa pengetahuan wartawan dan mereka yang ada disitu.

DALAM bulatan merah inilah tiba-tiba jelmaan putih muncul...
Setelah habis membuat liputan barulah perkara misteri ini diberitahu kepada rakan-rakan yang lain. Mungkinkah makhluk itu roh mereka yang maut ditempat kemalangan atau jelmaan makhluk ghaib yang sengaja menyebabkan kemalangan itu?

LIHAT VIDEO



Sabtu, 23 November 2013

VIDEO PEMBANTU RUMAH DIDERA KEJAM

Kalau di tempat kita selalunya keluar berita pembantu rumah mendera anak majikannya. Tapi di Arab Saudi selalunya yang kena dera adalah pembantu rumah itu sendiri. Satu video yang di muat naik di LiveLeakK.Com telah mendedahkan seorang pembantu rumah berbangsa Ethiopia digantung kakinya keatas lalu dipukul tanpa belasa kasihan oleh seisi keluarga.

Difahamkan keluarga tersebut berbangsa Arab Saudi, kerana satu kesalahan yang kecil...memang zalim dan sadis sekali. Menurut satu laporan baru-baru ini dari "Amnesty International" menyelar pencabulan hak asasi manusia di negara itu semakin teruk terutama kepada pembantu rumah warga asing

.Dinegara-negara Teluk pembantu rumah warga asing dianggap sebagai hamba, bayaran upah yang tidak setimpal dengan keringat yang dikeluarkan serta dilayan sebagai tawanan oleh majikan masing-masing.

LIHAT VIDEO

Ini bukan perkara baru disana tetapi sudah lama, dan seolah-olah telah menjadi tradisi. Beruntunglah bibik-bibik yang kerja dinegara kita. Bukan saja dilayan dengan baik malah gajinya juga agak lumayan. Hujan batu dinegara sendiri hujan emas dinegara orang...lebih baik di dinegara sendiri.  

SUBHANALLAH VIDEO BATU TERBAKAR SEJAK RIBUAN TAHUN DI TURKI

Kejadian alam ini amat luarbiasa sekali, Kira-kira 80 km sebelah barat daya dari ibu kota daerah Turki "Antalya", bersebelahan dengan bandar Cirali di sebelah barat daya Turki , Ada batu yang terus menyala ia terletak di sebuah gunung yang berbatu dan di dalam batu itu terus mengeluarkan api yang menyala selama ribuan tahun lamanya.



Ada Puluhan nyalaan batu yang terus membakar di bahagian yang berhampiran dengan gunung,sebab-sebab  api menyala masih lagi menjadi misteri. 

LIHAT VIDEO

Rakyat Turki menyebut Batu Terbakar itu dengan sebutan Yanartas dan mereka menganggarkan bahawa api itu telah menyala selama 2500 tahun lamanya.


Selama beratus-ratus tahun yang lalu , para nelayan Turki boleh melihat nyalaan api itu dari laut dan mereka sering memanfaatkannya sebagai penunjuk arah untuk mengemudi arah kapal tapi pada masa ini Batu Terbakar itu sering digunakan oleh para pendaki untuk memasak dan membancuh teh atau sebagai penghangat disaat cuaca sejuk .


Nyalaan api itu menurut beberapa lagenda kuno, telah melahirkan sebuah mitos tentang Chimera. Menurut Mitos Chimera di gambarkan sebagai binatang bernafas api, dengan tubuh dan kepala berbentuk singa, dan sebuah kepala kambing yang tumbuh dari punggungnya, dan ekor yang hujungnya berupa kepala ular.

Jumaat, 22 November 2013

SAH CUTI DITUKAR KEPADA JUMAAT DAN SABTU BERMULA 1 JANUARI 2014 - SULTAN JOHOR

SUPAYA  rakyat negeri ini dapat beribadat dengan tenang.
MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.

Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.

Keputusan yang telah dijangkakan itu diumumkan pada Sabtu sempena dengan hari keputeraan baginda yang ke-55.

LIHAT VIDEO

"Keputusan ini dibuat ekoran maklum balas daripada beberapa pihak bagi memudahkan orang Islam menunaikan solat Jumaat dengan tenang pada hari Jumaat," titah baginda ketika berucap pada majlis yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di bandar diraja, Muar.

Spekulasi pertukaran hari cuti HUJUNG minggu di negeri itu timbul lebih awal apabila dokumen kerajaan negeri bocor di Internet.

Pada ketika ini, negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu di negeri masing-masing.

Sebelum ini pada 1994, Johor juga menggunapakai sistem yang sama di mana hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti hujung minggu.

SUMBER

VIDEO SEBUAH PULAU KELUAR DARI LAUTAN DI JEPUN

ASAP keluar dari sebuah gunung berapi yang mewujudkan pulau kecil dekat Kepulauan Ogasawara, Jepun
Letusan gunung berapi  di laut Jepun Pada 21/11/2013 telah mewujudkan sebuah pulau kecil di perairan Jepun. Ia merupakan kejadian pertama yang berlaku dalam tempoh beberapa dekad di negara ini.

Anggota-anggota tentera laut Jepun mengesan pulau tersebut menerusi asap yang menjulang tinggi ke langit di sekitar Kepulauan Ogasawara yang terletak 1,000 kilometer ke selatan Tokyo. Pulau itu wujud akibat letusan gunung berapi di laut.
Diameter pulau itu ialah 200 meter.
"Asap masih keluar dari pulau tersebut. Kami mengeluarkan amaran pelayaran bahawa pulau tersebut wujud dari debu yang jatuh di kawasan tersebut," kata seorang jurucakap sebuah agensi maritim Jepun. Diameter pulau itu ialah 200 meter.

LIHAT VIDEO

Beberapa letusan berapi pada tahun 1970-an dan 1980-an telah mewujudkan beberapa buah pulau kecil di Jepun.Namun, sebahagian pulau kecil itu turut lenyap akibat ditengelami laut. - Agensi

HANTU PENANGGAL

KISAH HANTU PENANGGAL tidak asing bagi orang Melayu, kisah seram mengenai penanggal sering kali kita dengar. Lebih-lebih lagi ketika pulang ke kampung. Memang seram terbayangkan hantu penanggal ni berpisah kepala dengan badan dan terbang mencari mangsa dengan usus yang terlekat di kepala. Mangsa yang dicari tak lain tak bukan wanita yang sedang melahirkan anak.


Hantu penanggal dipercayai saka turun-temurun yang membolehkan tuannya menjelma sebagai sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa.

Aktres Elly Suriati turut berminat dengan kisah hantu penanggal untuk dihasilkan dalam bentuk filem sulung arahannya. Sebagai pengarah wanita, percubaan Elly untuk menghasilkan filem hantu Penanggal ketika dirinya sedang mengandung empat bulan, menuntut keberanian dan risiko yang tinggi.

Ironinya, sedang dia sibuk mengarah filem yang memerlukan masa penggambaran dilakukan pada pukul 7 petang hingga 6 pagi dan banyak dilakukan di dalam hutan, menyebabkan kandungannya gugur. Bagaimanapun, Elly dan suaminya, Azri Iskandar menganggap apa yang berlaku sebagai suatu takdir buat diri mereka.

Secara peribadi, karya sulung Elly itu cukup unik. Walaupun subjek utamanya adalah mengenai hantu penanggal tetapi Elly bijak menyuntik kelainan. Unik yang dimaksudkan apabila Elly menggabungkan tiga budaya iaitu Melayu, Jawa dan Arab dalam karya yang berkisar sekitar tahun 1960-an itu.
 Ummi Nazeera 
Pemilihan aktres Ummi Nazeera membawakan watak bernama Murni yang menerima saka hantu penanggal daripada neneknya (lakonan Normah Damanhuri) cukup bersesuaian. Wajah klasik Ummi dengan lakonannya yang cukup berkesan menjadikan Penanggal menarik.

Kisah bermula apabila Murni dipaksa untuk mewarisi saka penanggal daripada neneknya. Dia cuba menolak saka tersebut tetapi malangnya saka itu tetap memburunya. Akhirnya, saka neneknya berjaya memasuki tubuh Murni dan menjadikan wajah buruknya menjadi cantik.
KISAH hantu penanggal yang mengganas mahu menghirup darah wanita yang baru bersalin dijadikan fokus utama filem Penanggal.
Bagaimanapun, Murni yang berasal dari Tanah Melayu terpaksa melarikan diri ke sebuah kampung di Jawa kerana identiti keturunannya yang membela saka penanggal diketahui penduduk.

Di Jawa, saka Murni mula memburu wanita-wanita yang baru melahirkan anak. Penduduk kampung mulai resah dan ingin tahu siapakah sebenarnya penanggal. Rahsia Murni terbongkar apabila seorang penduduk iaitu Anom Merah (Nadia Mustafar) yang sedang sarat mengandung terlihat leher Murni.
Murni bergelut di dalam lumpur...
Sementara itu, di Tanah Arab pula, memaparkan kejelitaan seorang gadis bernama Sharifah Zahrah (lakonan Fasha Sandha) yang menjadi idaman dua beradik iaitu Syed Yusoff (Azri Iskandar) dan Syed Umar (Zul Ariffin). Namun, Sharifah Zahrah lebih menyukai Syed Yusoff dan mereka akhirnya bertunang.
MEMANG seram dan berbaloi menonton filem ini...
Selesai bertunang, Syed Yusoff dan Syed Umar menggembara ke Kota Lama. Perjalanan mereka terhenti di tanah Jawa apabila mereka dapati beberapa penduduk kampung cuba mencederakan Murni apabila mendapat tahu dia adalah penanggal.

Syed Yusoff cuba menyelamatkan Murni tanpa menyedari saka penanggal berada di dalam badan wanita itu.

Berjaya atau tidak untuk Murni pulang ke jalan yang diredhai Allah dengan bantuan Syed Yusof? 
FILEM Penanggal mempunyai cerita tersendiri apabila pengarahnya, Elly Suriati mengalami keguguran ketika mengarah naskhah sulung arahannya ini.
Nak tahu kenalah pergi menonton filem Penanggal yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam bermula 28 November ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan sebuah filem yang mendapat pujian bukan sahaja daripada media tempatan, tetapi juga media antarabangsa. Tempah tiket hari ini juga . Takut-takut sold out nanti

LIHAT VIDEO

Rabu, 20 November 2013

KEBAIKAN DAUN GANJA YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI

INILAH rupa daun ganja.
Sebut sahaja ganja sudah pasti kita terbayang keburukannya kerana ianya sering digunakan uhtuk di jadikan bahan khayal dan berseronok.Di sebalik semua itu tahukah anda tentang kebaikan daun ganja itu?

 Terdapat lebih daripada 400 sebatian "cannabinoids" bahan ini terbukti mampu mengubati kanser, mengurangkan kecenderungan psikotik pesakit schizophrenia dan mengubati pelbagai penyakit kronik yang lain.
POKOK Ganja sukar hidup jika tidak dijaga dengan rapi.
Sebatian-sebatian berkhasiat perubatan tersebut diantaranya seperti cannabidiol (CBD), cannabinol (CBN), cannabichromene (CBC), cannabigerol (CBG) dan tetrahydrocannabivarin (THCV). Kandungan ini tidak boleh membuat anda mabuk.

Malangnya di Malaysia, undang-undang Dadah No. 35 Tahun 2009, memasukan sebatian-sebatian tersebut sebagai Dadah Golongan 1. Dimata kerajaan Malaysia, sebatian-sebatian cannabinoids non-psikoaktif dianggab sama berbahayanya dengan heroin mahupun Napza lain.

Berbeza dengan pandangan para penyelidik perubatan di dunia, sebatian-sebatian cannabinoids tersebut mampu menjadi ubat yang selamat dan berkesan dalam melawan penyakit-penyakit kronik. Untuk itu mari kita lihat lebih dalam mengenai sebatian-sebatian berkhasiat menyalahi undang-undang tersebut.

KHASIAT PERUBATAN DALAM DAUN GANJA

CANNABIDIIOL (CBD)

Setelah THC, CBD merupakan cannabinoids yang paling banyak dikaji oleh ahli sains. Ditemukan pertama kali tahun 1940, majoriti saintis mengatakan bahawa CBD mungkin sahaja menjadi satu-satunya cannabinoid yang paling penting. Bahkan para saintis menganggab CBD sebagai sebatian perubatan terbaik yang dimiliki pokok ganja.

Hasil kajian Antonio Zuardi yang diterbitkan The Brazilian Journal of Psychiatry tahun 2008 mendapati pelbagai potensi perubatan dari cannabidiol untuk mengubati parkinson, alzheimer, serebral iskemia, diabetes, rheumatoid arthritis, keradangan, mual dan kanser.

Tahun 2009, saintis dari Israel dan Itali mengembangkan penemuan tersebut dan mendapati bahawa CBD memiliki sifat anxiolytic (anti-cemas), anti-psikotik, anti-epilepsi, neuroproteksi, vasorelaxant (membesarkan pembuluh darah), Antispasmodic (meringankan kejang otot), anti- ischemic (memperlancar aliran darah), anti-kanser, antiemetic (menghilangkan mual dan muntah), anti-bakteria, anti-diabetes, anti-inflammatory (anti keradangan / pembengkakan), dan merangsang pertumbuhan tulang.

Martin Lee, pengasas dan pengarah Project CBD, yang menyifatkan cannabidiol sebagai “The Cinderella Molecule”; Sebatian kecil yang tidak beracun, non-psikoaktif dan multiguna.

CANNABINOL (CBN)

Cannabinol adalah produk ekstrak dari THC. Pertama kali ditemui saintis pada tahun 1896. Sebatian cannabinol ditemui dapat membantu proses tidur, mengurangkan rasa sakit mahupun kejang, melambatkan gejala ALS (Penyakit Lou Gehrig), meningkatkan nafsu makan, dan menghentikan penyebaran residu ubat-ubat tertentu.

CANNABICHROMENE (CBC)

CBC pertama kali ditemui pada tahun 1966. Secara khusus banyak ditemui pada tanaman ganja yang baru dituai. Namun, kajian terhadapnya belum dilakukan sebanyak CBD ataupun CBN.

Sebuah ringkasan jurnal-jurnal di tahun 2009 mendapati fungsi CBC sebagai anti-inflammatory (anti keradangan / pembengkakan), anti-mikrob, analgesik, anti-kanser, dan merangsang pertumbuhan tulang.

Kajian terbaru di tahun 2011 mendapati bahawa CBC boleh mempengaruhi hujung saraf autonomi dalam mengubah rasa sakit.

CANNABIGEROL (CBG)

Sama seperti CBC, CBG juga kurang mendapat perhatian serius dari para saintis. Berdasarkan hasil penemuan dalam The British Journal of Pharmacology tahun 2011, ekstraksi CBG-chemotype boleh dijadikan agen antiseptik yang sempurna dan selamat untuk membunuh bakteria.

Kajian terbaru kemudian mendapati bahawa sebatian non-psikoaktif tersebut mampu mengubati pelbagai gangguan sistem saraf autonomi, termasuk epilepsi.

TETRAHYDROCANNABIVARIN

Dijumpai tahun 1970, THCV merupakan sebatian khas yang boleh ditemui pada cannabis yang berasal dari selatan afrika.

Mengikut dosnya, THCV boleh menjadi agen antagonis bagi THC (dos rendah THCV dapat menurunkan nafsu makan) atau malah sebaliknya (dosis tinggi THCV bermanfaat untuk proses pembentukan tulang).

Tidak seperti CBD, CBN, CBC, dan CBG, dosis tinggi THCV mampu membuat anda mengalami fenomena “melayang atau khayal” (lebih rendah dari THC).
DAUN Ketum juga banyak khasiatnya, tetapi kini ramai yang mengunakkannya dengan cara yang salah.
Bagi saya, tumbuh tumbuhan ini juga seperti daun ketum yang sekarang ini di kategorikan sebagai beracun kerana sikap segelintir orang yang mengambilnya dengan tujuan untuk berkhayal dan berseronok dengan cara yang salah.

CHRISTINE PLACE BUKAN VILLA NABILA?

VILLA NABILA
Walaupun kes remaja hilang di"Villa Nabila" sudah ditutup, serta semuanya sudah terungakai namun keghairahan masyarakat khususnya rakyat Johor tidak pernah terpadam. Buktinya baca fakta-fakta terkini yang telah dikorek dan di selongkar...
SUASANA disini nyaman dan tenteram namun sedikit menyeramkan...
JOHOR BAHRU - Nama kediaman usang terletak di Jalan Skudai, di sini, atau lokasi lebih tepat berhadapan dengan Selat Tebrau secara tiba-tiba menjadi popular di negara ini.

Semuanya gara-gara seorang remaja lelaki yang didakwa ‘hilang’ selepas mengunjungi Christine Palace atau ada segelintir mendakwa rumah lama itu sebagai Villa Nabila.

Cerita bermula dengan kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, yang disedari ibunya selepas tidak pulang ke rumah sejak hari Sabtu lalu.

Setelah dimaklumkan oleh rakan anaknya bahawa Mohamad Izzat ada mengunjungi rumah terbabit, ibu berusia 38 tahun itu segera membuat laporan polis di Danga Bay, di sini malah cuba mencari anaknya di lokasi terbabit.

Hati seorang ibu, sudah tentu sanggup melakukan apa sahaja kerana bimbang dengan keselamatan anak sendiri malah tindakan ibu Mohamad Izzat tidak salah dalam hal ini.

Lebih menyedihkan apabila khabar angin yang tersebar di lama sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas memasuki villa itu, manakala tujuh yang lain berjaya keluar, namun polis menafikannya.

Bagaimanapun, kehebatan laman sosial pada masa kini menyebabkan ramai pihak percaya dengan kenyataan disiarkan malah menyebabkan aliran lalu lintas Jalan Skudai, di sini, menuju ke pusat bandar menjadi perlahan.

Selepas tersebarnya berita kehilangan Mohamad Izzat, remaja terbabit kemudiannya ditemui kembali, namun bukan kerana disorokkan makhluk halus.

Sebaliknya, beliau sendiri menyorok di rumah rakan wanitanya di Rumah Pangsa Taman Desa Mutiara, di sini, sekali gus menyangkal dakwaan penyebar berita tidak benar.

Ramai pihak digembar-gemburkan dengan cerita kononnya kediaman Villa Nabila sebagai ‘keras’ atau berpenunggu malah boleh didapati dengan pelbagai versi.

Soalnya, yang mana satu adalah Christine Place dan yang mana satu merupakan Villa Nabila? Atau mungkinkah Christine Place dan Villa Nabila merupakan lokasi serta bangunan kediaman sama?

Malah sebuah laman blog, http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com turut menyatakan terdapat dua Christine Place lain di sekitar Johor Bahru selain lokasi terletak di hadapan Pantai Lido.

Dua lokasi lain terletak di Jalan Abdul Samad, di sini, dan Wadi Hana atau lebih mudah di kedudukan berdepan dengan Balai Polis Trafik Cawangan Johor Bahru Selatan.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi terletak di Jalan Abdul Samad mendapati terdapat serpihan bangunan kelihatan di antara semak dan lalang yang tumbuh meliar.

Sementara lokasi di Wadi Hana pula sukar untuk dipastikan, namun ada penduduk memberitahu bangunan asal sudah dirobohkan kemudian dibangunkan bangunan kedai.

Di lokasi sama, terdapat juga sebuah rumah usang yang mungkin boleh dikaitkan dengan Christine Place, namun sukar untuk disahkan kebenarannya.

Kebenaran mula terbongkar

Bagi penulis blog Untold Histories of Malaya, Mohd Razi Zainal Ariffin, 32, dakwaan sesetengah pihak mengenai kejadian pembunuhan sehingga menyebabkan kawasan itu berhantu adalah tidak benar.

Menceritakan pengalamannya bersama rakan-rakan yang kerap menjejaki kawasan terbabit kira-kira 10 tahun lalu, Mohd Razi menafikan kawasan yang dikenali sebagai ‘Villa Nabila’ itu ‘keras’ dan berpenunggu.

“Sepuluh tahun lalu saya dan rakan-rakan kerap berkunjung ke kawasan ini namun tidak pernah menerima sebarang gangguan.

“Malah sehingga kini tiada kejadian pelik yang berlaku selepas kami mengunjungi kawasan itu, cerita mengenai kejadian pembunuhan di situ hanyalah rekaan dan lokasi itu menjadi tumpuan disebabkan perasaan ingin tahu masyarakat,” katanya.

Menurutnya, kawasan berkenaan mempunyai dua bangunan berasingan termasuk sebuah bangunan tiga tingkat yang dijadikan restoran dan sebuah rumah satu tingkat di atas tapak di atas bukit dinamakan Christine Place.

“Keseluruhan kawasan itu merupakan milik ahli perniagaan bergelar Datuk dan menamakan rumah tersebut sebagai Christine Place sempena nama anak perempuan sulungnya Christine,” katanya.

Katanya, bagaimanapun kawasan berkenaan disita oleh pihak bank untuk membayar hutangnya pada tahun 1986 selepas pemilik syarikat hartanah itu disahkan bankrup.
Pondok berhampiran pintu masuk ke Christine Palace.
“Sejak itu kawasan berkenaan mula terbiar dan ditinggalkan kosong, namun kejadian pembunuhan yang didakwa berlaku di rumah itu adalah tidak benar,” katanya.

Beliau berkata, selain kediaman yang menghadap Pantai Lido, Christine Place turut dikaitkan dengan dua lokasi lain di mana salah satunya merupakan tapak kediaman bekas pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di Jalan Tebrau.

“Terdapat dua lagi kawasan dinamakan Christine Place di Jalan Abdul Samad, namun difahamkan bangunan di situ sudah dirobohkan.

“Manakala sebuah lagi kawasan Christine Place terletak di Jalan Tebrau yang sebelum ini merupakan tapak kediaman Datuk Onn Jaafar,” katanya.

Penulis blog itu memberitahu mengetahui kisah sebenar mengenai status kediaman itu selepas dihubungi pengurus restoran yang dilantik oleh Sing Hock untuk menguruskan restorannya sebelum kawasan itu disita.
Kediaman milik seorang doktor yang dipercayai keras dan berpenunggu.
Selain itu, beliau berkata, terdapat sebuah villa kosong bersebelahan dengan Christine Place yang menjadi kediaman seorang doktor dan keluarganya di Jalan Straits View, di sini, satu ketika dahulu.

Bagaimanapun, kediaman terbabit dikatakan berhantu selepas didakwa berlakunya kejadian pembunuhan.

“Villa itu adalah kepunyaan seorang doktor, namun kejadian pelik dan seram mula berlaku selepas doktor berkenaan dikatakan menembak mati kesemua ahli keluarganya sebelum membunuh diri.

“Kejadian berlaku sekitar tahun 1970-an, sejak itu villa berkenaan mula terbiar dan diakui agak ‘keras’,” katanya.

Bekas rumah Datuk Onn

Mengukuhkan lagi fakta mengenai Christine Place yang dikaitkan sebagai kediaman Datuk Onn Jaafar yang juga bekas Menteri Besar Johor, Sinar Harian menghubungi anaknya Leftenan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn.
Rumah batu putih di atas bukit milik seorang Datuk.
Jaafar mengesahkan bapanya pernah mendiami kawasan berkenaan yang kini dikenali sebagai Christine Place pada tahun 1935 selepas diperkenankan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada ketika itu.

“Kami sekeluarga mula tinggal di situ sejak ia mula siap dibina. Ketika itu bapa saya baru pulang dari Singapura dan memberitahu kami akan menetap di Wadi Hana kerana ada kediaman disediakan di situ.

“Pada masa itu, bapa saya merupakan Setiausaha Peribadi kepada TMJ dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Katanya, bagaimanapun mereka sekeluarga berpindah dari kediaman berkenaan ke Batu Pahat pada tahun 1945 selepas bapanya dilantik menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat dan tidak mengetahui status kediaman terbabit selepas itu.

“Sebelum ini kami juga mempunyai tanah di kawasan itu namun sudah dijual dan kini kami tidak tahu menahu mengenai status kediaman itu selepas berpindah,” katanya.

Masih jadi tumpuan umum
 
Villa Nabila terbiar sepi lebih dari 40 tahun...

Meskipun remaja yang hilang sudah ditemui, rumah usang ditinggalkan sejak 40 tahun lalu terus mendapat perhatian daripada orang ramai.

Tiada rasa takut dan gentar, ada segelintir daripada mereka membawa anak kecil untuk melihat sendiri Christine Palace atau Villa Nabila yang menghadap Pantai Lido, di sini, itu.

Kelihatan pihak berwajib sudah meletakkan pagar zink berwarna biru untuk menutupi kawasan terbabit dan berkemungkinan dalam masa terdekat, ia akan ditutup kepada umum.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati, keadaan kawasan rumah terbabit tidak terurus dengan tangga dan dinding bangunan kayu kian mereput.

Walaupun secara zahir struktur bangunan seperti tidak kukuh, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat suasana dalaman kediaman seterusnya merakam gambar kenangan.

Tidak ketinggalan, Jamilah Kassim, 54 dari Pulau Pinang turut membawa empat cucunya yang berusia seawal dua tahun untuk meninjau ke dalam kawasan banglo yang dikatakan berhantu itu.

“Makcik datang ke sini bersama empat cucu untuk meninjau ke kawasan banglo ‘tinggal’ ini selepas menyaksikan beritanya di televisyen.

“Kami berani datang ke sini selepas ramai pihak mengatakan tempat ini tidak berhantu malah remaja yang dikatakan hilang di sini juga sudah ditemui,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kunjungan itu juga sebagai pengajaran kepada cucunya agar tidak keluar dari rumah tanpa kebenaran dan pengawasan orang lebih dewasa.

Sementara itu, pemuda yang ingin dikenali sebagai Jeevan, 26 berkata, mula mengetahui mengenai banglo kosong itu selepas heboh di laman sosial dan disiarkan melalui berita.

“Saya datang ke sini bersama lima rakan yang lain dan singgah selepas pulang dari kerja untuk meninjau sendiri kawasan yang dikatakan berhantu.

“Kawasan seperti ini menarik perhatian ramai kerana penuh misteri dan mempunyai kisah tersendiri,” katanya.

SUMBER