Rabu, 10 September 2014

VIDEO SERTA GAMBAR DALAMAN DAN LUARAN YANG SEBENAR PROTON 'IRIZ'

REKA BENTUK HEBAT PROTON - IRIZ
KALAU anda sedang berkira-kira hendak membeli kereta baru rasanya inilah kereta yang sesuai. Jimat minyak harga yang murah dan mempunyai rekabentuk yang canggih.



Menurut sumber PROTON 'IRIZ' dilengkapi dengan 6-airbags untuk keselamatan yang total, di katakan mempunyai Wifi Hotspot terbina dalaman. Ini bermakna internet di mana sahaja...wow!




Tentang harganya yang sebenar admin masih belum mendapat maklumat yang sah. Apa-apa hal pun kita tunggu sehingga pelancarannya nanti pada 25 september ini. Syabas Proton!!




GAMBAR REKAAN DALAMAN PROTON-IRIZ





 GAMBAR REKAAN LUARAN PROTON-IRIZ






LIHAT VIDEO

VIDEO: CARA PALING MUDAH UNTUK MENDAPATKAN AIR KELAPA MUDA


MINUM air kelapa muda memang sedap, kena pulak tengah panas terik. Tapi yang paling malas dan leceh nak kopek kulit kelapa tu...silap-silap parang makan tangan.

Tapi idea brother yang jual air kelapa muda dalam video di bawah ni memang superb. Apa taknya, menurut sumber brother ni cipta sendiri alat untuk mendapatkan air kelapa muda dengan cara yang unik bersih dan mudah.

Langkah pertama cuma kupas sedikit tepi kelapa, lepas tu cocok dekat alat tersebut.

Apalagi! air kelapa muda sudah tersedia untuk diminum. Sungguh hebatkan idea orang kampung ni!. Menurut sumber brother ni tak jual alat ni, cuma untuk dia pakai saja.






LIHAT VIDEO

Selasa, 9 September 2014

VIDEO: DRIFTER PASTI TERCABAR MELIHAT GAYA PEMANDUAN INI. SEBIJIK MACAM MAIN GAME !

Penasihat perlumbaan Need For Speed, Ken Block telah membina litar terhebat, Gymkhana GRID.

Ia merupakan taman permainan yang benar-benar menyeronokkan dan tempat drifter mempamerkan kelajuan semata-mata. Block telah mencabar dirinya memandu di dalam halangan yang serba baru demi meningkatkan skil pemanduannya.

Dengan memandu kereta Ford Fiesta ST RX43 2013, beliau telah melalui halangan seperti mengelilingi bola yang dikawal oleh kren dan melalui bukaan sempit kontena kapal. Saksikan Block melepasi pelbagai halangan seperti drift di sekeliling Lamborghini Aventadors dan mengelak daripada polis yang menaiki Segways.

“Gentlemen, start your engine!”- thevocket.com -

LIHAT VIDEO :

VIDEO: UFO TERHEMPAS DI RUSIA

UFO YANG TERHEMPAS DI RUSIA PADA TAHUN 1968
Pada 1998, rancangan TNT daripada Amerika Syarikat dalam segmennya,‘The Secret Files of KGB’ (DARI FAIL SULIT KGB) telah menyiarkan sebuah penemuan yang memaparkan anggota KGB menyiasat tapak terhempasnya sebuah pesawat yang dipercayai UFO.

Rancangan TNT yang dihoskan oleh Roger Moore dikatakan telah mendapat keizinan ekslusif ini daripada sebuah agen daripada Rusia dengan bayaran 10,000 dollar pada ketika itu. 

LIHAT VIDEO

Rancangan yang bermula dengan anggota-anggota KGB menaiki trak jenis ZIS151 keluaran tahun 1950-an. Anggota-anggota KGB ini kemudiannya turun di sebuah tapak terhempasnya UFO. Kawasan terhempasnya UFO dipercayai berlaku di Sverdlovsky(dahulunya dikenali dengan Yekatrinburg).

Sverdlovsky dikatakan sering menjadi tumpuan UFO sejak tahun 1940-an. Berpuluh-puluh fail penampakan UFO telah direkodkan secara teliti di Sverdlosky. Maka, kejadian yang berlaku pada 1968 adalah kemuncak kepada segala penampakan yang direkodkan sejak Perang Dunia Kedua.

Beberapa bukti yang menyatakan kejadian di Rusia pada 1969 ini benar

1. Pernyataan pelbagai saksi

Pernyataan berkenaan terhempasnya UFO di Rusia pada 1969 telah direkodkan. Saksi itu membuktikan bahawa operasi Sverdlosky Midget benar-benar telah berlaku. Operasi Sverdlosky Midget adalah operasi khas yang dilakukan oleh KGB untuk menyiasat kewujudan tapak terhempasnya UFO.

2. Dokumen

Dalam rancangan TNT kelolaan Roger Moore, terdapat beberapa dokumen sulit daripada Jabatan Pertahanan USSR telah ditunjukkan. Ia diperkukuhkan dengan artikel daripada surat khabar Kuznitsa yang bertajuk ‘Berezovky Dream’ bertarikh 29 November 1968.

Akhbar ini menceritakan dengan terperinci berkenaan objek terbang yang tidak dikenali pada 26 November 1968. Salah satu daripada objek tersebut kemudian terhempas di kawasan hutan di Berezovky, Sverdlosky di Rusia.

3. Surat

Arahan bernombor 481 pada Mac 1969 daripada Kementerian Pertahanan Soviet beralamat kepada Pengarah Pasukan Pertahanan Udara di Kem Tentera Svedlovsky, Leftenan Jeneral A.G. Ponomarenko.

Arahan dalam surat tersebut menyebut tentang bantuan dalam segenap cara kepada pihak berkuasa KGB dalam operasi Sverdlovsky Midget. Surat tersebut kemudian ditandatangani oleh Pengarah Tertinggi Unit Pertahanan Udara USSR, Kolonel Jeneral S.D.Lebedev.

Sebuah lagi surat bertarikh 3 November 1969 kepada Pengarah Jabatan Penyelidikan Saintifik KGB, Kolonel Grigoriev A.I. Surat tersebut mempunyai cop KGB yang jelas. Dalam surat tersebut, ia menceritakan bahawa pada 5 March 1969, sebuah objek yang tidak dikenali telah terhempas di Sverdlovsky.

Objek tersebut mempunyai ketinggian 3 meter dan berdiameter 5 meter. Tambah dalam surat itu lagi, sekujur mayat ‘makhluk asing’ telah dijumpai berhampiran objek yang tidak dikenali tersebut.

Beberapa lagi ciri yang boleh dianggap tulen adalah footage pada permulaan video ini ditayangkan. Ia jelas menunjukkan anggota KGB berseragam lengkap. Anggota KGB kemudian berkawad dengan cara yang mustahil untuk dilakonkan.

Pelbagai kecaman

Kejadian terhempasnya UFO sekitar 1968 bagaimanapun telah dianggap palsu(hoax) dan dikecam oleh beberapa pengkaji UFO. Mereka mendakwa bahawa kawasan terhempasnya UFO tidak menunjukkan circle point atau kesan kebakaran dashyat sepertimana jika berlakunya pesawat-pesawat terhempas.

Mereka juga mendakwa video yang memaparkan saintis-saintis Rusia sedang melakukan bedah siasat kepada sekujur makhluk asing adalah palsu sama sekali.Mereka mengatakan makhluk asing tersebut layak dipanggil patung kerana tidak memiliki ciri-ciri fizikal makhluk asing.
ALIEN
Namun, persoalannya, bagaimana mereka tahu bagaimana rupa sebenar makhluk asing? Untuk pengetahuan, imej makhluk asing dicipta oleh Hollywood. Dan imej inilah yang telah di gunakan di seluruh dunia sehingga kehari ini.

INFO TAMBAHAN:
TEKNOLOGI KOMPUTER DI KATAKAN BERASAL DARI UFO
Untuk pengetahuan anda komputer dan peralatan telekomunikasi yang manusia hari ini gunakan juga dikatakan diambil dari teknologi makhluk asing atau Alien.
INILAH KOD KOMPUTER DISEBALIK GAMBAR-GAMBAR YANG KITA LIHAT
Kerana bahasa yang di gunakan dalam sesebuah perisian komputer sebenarnya berdasarkan bahasa-bahasa yang begitu asing bentuknya yang juga di panggil sebagai kod komputer. Dan kod-kod ini dikatakan sangat menyamai tulisan-tulisan yang terdapat pada kapal angkasa makhluk asing yang terhempas kebumi.

LIHAT VIDEO

Sabtu, 6 September 2014

VIDEO: TANGAN WANITA INI SEPERTI GERGASI

DUANGJAY berusaha menjalani kehidupan seperti biasa dengan membuka gerai jualan meskipun sukar kerana mempunyai tangan besar.
BANGKOK - Seorang wanita berusia 59 tahun dipercayai memiliki sepasang tangan terbesar di dunia apabila setiap satu tangannya mencecah berat 9.5 kilogram, lapor akhbar MailOnline semalam.


Wanita itu, Duangjay Samaksamam terpaksa hidup dengan tangan gergasinya lebih 50 tahun kerana menghidap penyakit macrodystrophia lipomastosa.

Penyakit itu berlaku kerana lemak berkumpul di kedua-dua lengan menyebabkan ia membengkak dari bahagian bahu hingga ke jari.

"Tangan saya amat berat sehingga saya tidak mampu menyikat atau menyapu syampu rambut, ia amat sukar. Beberapa doktor berkata satu-satunya cara penyelesaian ialah dengan memotong kedua-dua tangan jika saya mahu berjalan dengan bebas. Namun, saya enggan berbuat demikian," katanya.

Seorang pakar bedah, Dr. Eiju Uchinuma pula berkata, kes tersebut amat luar biasa, malah punca penyakit itu juga masih tidak diketahui dan ia tidak boleh diubati. - Agensi

World's Biggest Hands: Body Bizarre Episode 3

VIDEO: INILAH KEADAAN MI SEGERA DI DALAM PERUT SELEPAS KITA MAKAN

KEENAKAN rasa dan harga yang murah menyebabkan ramai orang gemar mengambil mi segera ketika lapar.

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati kerana pengambilan secara berterusan akan meningkatkan risiko serangan jantung.

Kajian Dr. Braden Kuo dari General Hospital Massachusetts mungkin akan menyebabkan anda bertukar fikiran untuk menikmati mi segera selepas ini.

Beliau telah menggunakan kamera bersaiz pil untuk melihat keadaan di dalam perut seseorang yang telah memakan mi segera dan keputusannya sangat mengejutkan.

Kajian mendapati mi segera tidak tercerna atau di hadam oleh perut, walaupun selepas 2 jam! Ini boleh menyebabkan badan tidak dapat menyerap nutrien atau zat yang di perlukan yang sepatutnya.
BAHAYA! BAHAN PENGAWET (TBHQ)
Anda perlu berhati-hati kerana kebanyakan mi segera mengandungi pengawet bertoksid yang dikenali sebagai tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ) jika kerap di makan anda mempunyai risiko diserang karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Pengkaji daripada Hospital Jantung Baylor di Texas, Amerika Syarikat, Hyun Joon-shin, berkata, seseorang yang mengambil makanan tersebut sebanyak dua hingga tiga kali seminggu berisiko menghidap sindrom kardio metabolik.

"Sindrom ini mampu meningkatkan risiko terkena penyakit jantung, diabetes, dan strok.

"Mereka turut cenderung mengalami masalah kenaikan berat badan dan kanser," katanya.

Perkara tersebut berlaku kerana makanan tersebut mengandungi garam yang tinggi selain tambahan pengawet di dalam perisa.

Pengawet ini akan berada lama di dalam badan kita. Secara umumnya pasti kita tahu ia tidak elok untuk kesihatan bukan?

Mari saksikan video ini :

Inside stomach Ramen Noodle digestion goes viral

Rabu, 3 September 2014

MENAKJUBKAN LELAKI KAHWINI KEKASIH ZAMAN KANAK-KANAK TERCAPAI

SIAPA sangka impian seorang lelaki di Wilayah Henan, China untuk mengahwini gadis yang juga jirannya sejak 18 tahun lalu kini hampir tercapai.

Zi-heng Wang, 24, menyuarakan hasratnya untuk memperisterikan Qian-qian, 24, kepada ibunya ketika masing-masing berusia enam tahun.

Bagaimanapun, mereka kemudiannya terpisah apabila keluarga Wang berpindah sekaligus terputus hubungan.

Takdir kemudiannya menemukan kedua-duanya 18 tahun kemudian dan mencetuskan semula rasa cinta dalam hati mereka.

Wang dan Qian akan melangsungkan perkahwinan pada 7 September ini.
Menariknya, mereka telah merakamkan semula gambar di atas jambatan yang pernah dikunjungi sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.